Puan Hayati

Wednesday, November 21, 2007

Mengatasi Jerawat - Home Remedy For Acne



Terdapat Sepuluh Tip

1.Elakkan makanan berlemak
2.Elakkan makanan bergoreng
3.Elakkan makanan bergula dan minuman gas
4.Minumlah air kosong yang banyak
5.Banyak makan buahan dan sayuran segar
6.Elakkan makanan berempah atau makanan yang memanaskan badan seperti coklat dll
7.Elakkan makanan atau penggunaan harian yang bersifat asid
8.Dapatkan tidur yang cukup
9.Cuci muka dengan air limau
10.Gunakan mask madu


Penjagaan muka penting untuk menghindari jerawat dan cara terbaik mengawal pertumbuhan jerawat adalah dengan menggunakan produk penjagaan kulit yang betul agar tidak berminyak.

Pada waktu pagi dan sebelum masuk tidur cuci wajah (gunakan limau atau salicylic acid - asid lemak tepu ) yang membantu menanggalkan pori-pori daripada lebihan sebum. Pori-pori tersumbat adalah antara penyebab masalah kulit.

Sapukan krim pelembap yang ringan kandungannya untuk melindungi kulit daripada kekeringan. Pelembap wajah , mask madu atau guna glycolic acid bertindak menanggalkan sel-sel kulit mati secara berterusan.

Sunblock yang bebas minyak adalah disarankan kerana ia mampu melindungi kulit daripada sinar UVA dan UVB,

Wednesday, October 17, 2007

Wajarkah mengambil makanan tambahan?


RAMAI orang bertanya, “adakah vitamin atau makanan tambahan (supplement) berkesan?” atau “bila ianya diperlukan?”. Lebih parah lagi, ada yang bertanya “adakah ia berbaloi untuk dibeli?”.Kenapa ?? ?
Semua persoalan itu mungkin dapat dijawab jika adanya kesedaran mengenai pentingnya penjagaan kesihatan tubuh badan dari awal.

Apatah lagi, tabiat pemakanan kita yang terdedah dengan lemak, manisan dan bahan toksik beracun, menyebabkan pengambilan makanan tambahan sangat penting.


Jika di Amerika Syarikat satu daripada tiga rakyatnya atau 100 juta masyarakat negara berkenaan mengambil makanan tambahan setiap hari dan membelanjakan sekitar AS$6.5 bilion (RM24.7 bilion) setahun untuk tujuan berkenaan, bagaimana pula di negara kita?

Pakar Perunding Kesihatan, Zulkifli Ahamad berkata, jumlahnya amatlah sedikit dan kesedaran masyarakat kita masih lagi rapuh iaitu 50-50.

Tidak dinafikan, memang ada golongan muda, sama ada bekerjaya ataupun masih bersekolah, yang mengamalkan pengambilan makanan tambahan sebagai rutin kehidupan seharian.

Sama ada diambil dari rumah sebaik selepas bersarapan pagi atau sebelum masuk tidur. Ada juga mengambilnya untuk membentuk otot dan lebih ramai sebagai tujuan kecergasan tubuh badan,untuk membantu meningkatkan sistem imunisasi dan mencergaskan diri


Hakikatnya, kesesuaian sesuatu produk bergantung kepada keperluan badan. Namun, kata Zulkifli, pengambilan makanan tambahan daripada sumber semula jadi seperti tumbuh-tumbuhan, lebah, hasil tenusu dan herba adalah digalakkan bagi mengelakkan terjadinya kesan sampingan.

Bagaimanapun, katanya, tidak ada guna pengambilan makanan tambahan atau vitamin yang teratur, jika tidak minum air secukupnya (lapan gelas sehari) atau terlebih kandungan kafein dan gula di dalam badan.

Faktor berkenaan akan menyebabkan makanan tambahan yang diambil kurang memberi kesan positif.

Apapun, satu peringatan penting! Apa juga makanan tambahan yang anda ambil, pastikan terpapar lambang Kementerian Kesihatan Malaysia, bagi memastikan bahan itu teruji dan  selamat berada di dalam tubuh badan.


Amalkan dari zaman kanak-kanak

SARANAN kerajaan mencegah lebih baik daripada mengubati seharusnya dipandang serius oleh segenap masyarakat di negara ini betapa penjagaan kesihatan dari awal amat penting berbanding merawat.

Zulkifli berkata, tidak seperti masyarakat Jepun yang majoriti masyarakatnya mampu hidup sehingga 100 tahun kerana pengambilan makanan sihat dan juga makanan tambahan di usia muda, masyarakat di negara ini kurang mempunyai kesedaran dalam aspek pemakanan yang hakikatnya terdedah dengan bahan beracun atau toksik tanpa disedari.
“Ramai orang kita ingat, kehidupan mereka sudah cukup bagus, lebih-lebih lagi bila tiada tanda-tanda sakit di usia muda.

“Mereka juga lebih suka mengambil ubatan berasaskan dadah seperti yang mengandungi parasitomol yang sekadar menghilangkan kesakitan buat seketika.

“Ramai juga tidak tahu bahawa dalam satu hidangan nasi yang mengandungi ayam dan sayuran, sebenarnya terdedah dengan bahan toksik.

“Sebab itulah, pengambilan makanan tambahan berasaskan sumber semula jadi yang diperkaya dengan vitamin di dalamnya akan membantu menyeimbangkan kesihatan badan
, Benarkah ??” katanya kepada i-Kon.

Dia berkata, ada kanak-kanak berusia empat hingga tujuh tahun yang mengalami penyakit kencing manis atau masalah obesiti dan kerana itu, pengambilan makanan tambahan digalakkan selewat-lewatnya pada usia 18 tahun dan seawal usia setahun.

“Ini perlu kerana sekarang ini pada usia 24 tahun pun ada yang menghidapi serangan jantung. Jadi adalah lebih baik diamalkan pengambilan makanan tambahan dari kecil lagi,” katanya.


INGAT!!! Maklumkan kepada pakar kesihatan:

1. Jika mempunyai alahan atau reaksi luar biasa terhadap sebarang ubat-ubatan, makanan dan apa juga makanan tambahan atau bahan pewarna.

2. Jika mengalami masalah pemakanan tertentu seperti kurang kandungan garam dan gula. Kebanyakan bahan ubatan mengandungi bahan aktif dan cecair perubatan.

3. Jika mengalami lebih daripada satu masalah kesihatan akibat pengambilan makanan tambahan.

4. Jika mengalami kesusahan mengingati sesuatu dan membaca label.


FAKTA: Siapa yang patut mengambil vitamin/makanan tambahan.

.• Dewasa

Golongan dewasa jarang mengambil makanan seimbang dalam pemakanan mereka. Malah pada lingkungan usia ini juga mereka akan kehilangan vitamin dan mineral penting dalam badan.

Bagi individu yang kurang terdedah dengan cahaya matahari, mereka selalunya kekurangan Vitamin D .Vitamin B penting kerana mereka ini sentiasa stress dan memerlukan Vitamin E yang terlalu tinggi untuk mengatasi masaalah saraf,

Kandungan dos Vitamin A berlebihan mungkin tidak merbahaya bagi golongan awal dewasa, tetapi menjadi bahan toksik kepada golongan akhir dewasa..

• Perokok

Merokok boleh menyebabkan kehilangan beberapa vitamin penting, terutama Vitamin C. Berpandukan kajian, 25 peratus perokok wanita dan 31 peratus perokok lelaki kekurangan Vitamin C.

Pengambilan asid folik sebagai makanan tambahan sangat digalakkan, bagaimanapun pengambilan dos vitamin antioksida yang terlalu banyak akan membawa bahaya.

Daripada mengambil makanan tambahan, kebanyakan perokok digalakkan mengambil buah-buahan segar, sayuran dan bijiran dalam diet masing-masing..

• Peminum alkohol

Golongan ini selalunya menghadapi masalah kekurangan kepelbagaian vitamin dalam badan. Paling bahaya apabila kekurangan Vitamin B1 (thiamin), asid folik, Vitamin B6, B2 dan Vitamin C..

• Pengamal diet dan vegetarian


Individu dalam program pengurangan berat badan 1,000 kalori sehari, digalakkan mengambil multivitamin dan membuat pemeriksaan paakar kesihatan secara kerap.

Manakala bagi vegetarian, pengambilan makanan tambahan yang mengandungi roboflavin, Vitamin B12 dan Vitamin D, sangat diperlukan.

Mereka yang tidak mengambil bahan tenusu atau telur dan juga daging, mempunyai kebarangkalian mengalami kekurangan Vitamin A. Namun bagi yang mengambil daging, telur dan hasil tenusu, tahap kandungan zat besi perlu diambil berat..

• Wanita mengandung dan menyusu

Vitamin B sangat perlu bagi menambah kandungan vitamin sedia ada..

• Bayi dan kanak-kanak

Bayi yang mengambil susu ibu sihat selalunya memiliki vitamin secukupnya, kecuali beberapa kejadian kurangnya Vitamin K dan D. Ini kerana susu badan kurang mengandungi Vitamin K. Oleh kerana itu, bayi yang baru lahir sering disuntik dengan vitamin.

AMARAN!!!

Pengambilan Vitamin D secara berlebihan meningkatkan kadar toksik berbahaya dalam badan. Oleh kerana itu, tiada siapa digalakkan mengambil vitamin D dalam kehidupan seharian, melainkan atas nasihat doktor atau pakar kesihatan.


Perhatian ! Setiap usaha itu Tentu ada Kebaikan 

Kepada yang bermasaalah kulit , suppliment ini memang memberi kesan yang cepat ,,,,klik disini

Kepada yang malas makan suppliment  boleh guna krim "calit-calit tegang " ....klik disini 
Krim Ajaib ;Sesuai untuk suami yang lemah juga .nampak kesan secepat lima minit sahaja


______________________________________________
Sumber; Berita Harian

Sunday, September 30, 2007

Lemon Membasmi Kuman


Lemon antiseptic semulajadi, yang mampu melawan jangkitan dan menhalang pembiakan kuman Lemon juga berkesan untuk mengubati msaalah kulit,gastrik,sakit kerongkong,asma/lelah, sakit kepala, sakit sendi dan demam.

Lemon jika ditambahkan ke dalam makanan ,pasti membuka selera

Wednesday, September 26, 2007

Memilih Sayuran


Pilih sayuran berdaun yang segar dan berwarna hijau

Golongan jenis kekacang seperti kacang panjang,kacang buncis,bende ,tauge, lihat perubahan warnanya. Cari yang segar dan tidak lebam

Jenis buah seperti tomato,peria,terong, cili, kentang,jagung.Lihat disekelilingnya. Pilih yang tiada lebam,batang yang masih segar bagi cili dan jagung, pilih tomato dan cili yang bebas dari serbuk putih yang melekat dibuah dan jika pilih kentang,cari yang bersih tiada tunas dibuahnya.Tunas buah menunjukkan Kentang itu tinggi bahan "puren" yang meyebabkan gout

Sayuran berwarna kulit yang terang sangat digalakkan.Sayuran mengandungi serat yang tinggi,mudah di hadam dan baik untuk usus.Sayuran juga banyak mengandungi karotena dan antioksida yang dapat menjauhi penyakit kanser,tekanan darah tinggi dan penyakit jantung.

Ketagih Makanan Segera


Mungkin anda tidak meyedari semua makanan segera mempunyai aroma yang sama.Seperti yang diketahui ,MSG (Monosodium Glutamate )banyak digunakan dalam makanan segera.

Makanan segera mengandungi garam, lemak dan gula yang sangat tinggi.
Pengambilan harus dihadkan kerana kurang baik untuk kesihatan

________________________________________________________________-
Steven A Witherly, PHD.CEO Technical Product Inc.Consultant.

Lobak Merah


Apabila membeli lobak merah atau carrot pilih yang berwarna gelap kerana lebih mengandungi Beta Karotean berbanding yang berwarna cerah.Tua lebih baik daripada yang muda.

Beta Karotena adalah antioksida yang diubah menjadi vitamin A apabila berada di dalam tubuh.Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung dan kanser.

Seperti mana yang kita tahu ,sayuran lobak merah baik untuk mata, dapat menyembuhkan sembelit,asma,masaalah gigi,kesukaran tidur,memperbaiki kesihatan rambut,kulit dan kuku.

Lobak merah dimakan mentah lebih baik. Oleh itu digalakkan dimasak acar sahaja.



_____________________________________________________________________
Philip W. Simon,PHD .Jabatan Pertanian Amerika Syarikat

Makanan untuk kulit



Makanan untuk menjaga kulit agar awet muda.
1.Ikan- asid omega -3
2.Buah blue-barry kaya dengan fitokimia
3.Oatmeal kaya dengan serat
4.Cantaloupe seperti Honeydew mengandungi beta carotean, vitamin c dan banyak air.
5.sayuran Hijau yang kaya dengan klorofil

__________________________________________________________________
The Wrinkle Cure,Nicholas Perricone,MD Dermatologis