Puan Hayati

Monday, March 31, 2008

Fatwa Kesan Rokok .Kenapa Menjadi Haram ?



Fatwa kepada menghisap rokok,kenapakah ia menjadi haram ?.Rokok memang memudaratkan kesihatan kepada sesiapa sahaja yang menghisapnya, oleh itu ia bukan lagi bertaraf makruh tetapi lebih dari itu.Setiap batang rokok yang dinyalakan akan mengeluarkan lebih 4 000 bahan kimia beracun, setiap sedutan, menyerupai satu sedutan maut. kandungan asap rokok mengandungi bahan radioaktif (Polonium-201) dan bahan-bahan yang digunakan di dalam cat (Acetone), pencuci lantai (Ammonia), ubat gegat (Naphthalene), racun serangga (DDT), racun anai-anai (Arsenic), gas beracun (Hydrogen Cyanide) yang digunakan di "bilik gas maut" bagi pesalah yang menjalani hukuman mati.

Tar yang terdapat dalam rokok mengandungi bahan kimia yang diketahui menjadi penyebab kanser (karsinogen). Bahan seperti Benzopyrene iaitu sejenis Policyclic Aromatic Hydrocarbon (PAH) telah lama disahkan sebagai agen yang memulakan proses kejadian kanser.

Karbon Monoksida adalah gas beracun yang biasanya dikeluarkan oleh ekzos kenderaan. Gas ini menjejaskan bekalkan oksigen ke tisu-tisu hingga ianya menjadi terencat dan akhirnya boleh menyebabkan maut sekiranya paras karbon monoksida di dalam badan melebihi 60%.Apabila racun rokok itu memasuki tubuh manusia, ianya akan membawa kerosakkan pada setiap organ disepanjang laluannya, iaitu bermula dari hidung, mulut, tekak, saluran pernafasan, paru-paru, saluran penghazaman, saluran darah, jantung, organ pembiakan, sehinggalah ke saluran kencing dan pundi kencing.

Nikotin turut menjadi punca utama risiko serangan penyakit jantung dan strok. Hampir satu perempat mangsa pesakit jantung berpunca dari tabiat merokok.Nikotin, seperti juga dadah heroin, amfetamin dan kokain, bertindak balas di dalam otak dan mempunyai kesan kepada sistem mesolimbi dan menjadi punca utama penagihan. Sindrom ketagihan terhadap nikotin dilihat dengan gejala gian,berkelakuan seperti mengalami gangguan akal dan dalam keadaan yang amat tertekan sekali.Memang terlalu sukar untuk sesiapa yang telah terjerat dengan ketagihan merokok, meninggalkan tabiat itu untuk selamanya, kecuali dengan ikhtiar yang serius.

Nicotine Withdrawal Syndrome dapat dikesan dengan simptom
:
• Mudah marah
• Tertekan
• Resah gelisah
• Tidak dapat berehat dengan cukup
• Tidak dapat menumpukan perhatian
• Selera makan meningkat
• Keinginan untuk merokok semula
• Tidak dapat tidur
• Degupan jantung yang lemah

Semua simptom ini dapat diatasi melaui penggunaan Nicotine Replacement Therapy (NRT) yang boleh didapati di farmasi melalui nasihat doktor.

Kesan-kesan buruk dikaitkan dengan merokok adalah
• Barah paru-paru dan berbagai jenis kanser
• Kelelahan akibat COAD dan emphysema
• Sakit jantung
• Kerosakan pada salur darah spt Peripheral Vascular Diseases
• Kanser pundi kencing
• Air mani tidak normal
• Lemah ingatan
• Meningkat risiko anak yang di kandung, terbantut perkembangan, sistem pernafasan pada bayi terganggu

Monday, March 24, 2008

Bagaimana Mencari Yang Halal ?.



Mencari yang halal dan menjauhkan yang haram dalam makanan adalah wajib kepada semua orang Islam, Selalulah perhatikan bagaimana makanan yang akan kita makan itu .Bagaimana cara pembuatan nya? . Makanan akan menjadi darah dan akan masuk kedalam hati kita. Insan yang mempunyai hati yang bersih akan mudah dididik dan akan rajin menunaikan solat serta beramal soleh .

Pekara utama yang perlu dilihat jika ingin makan diluar, seperti restoran atau di kedai , hendaklah diperhatikan logo kedai. Pernah saya keluar Negara melihat kedai seperti kedai orang Islam , Penyambutnya bersongkok dan berkain pelikat. Tetapi alangkah terperanjatnya apabila melihat signboard dipintu tentera tertulis “restaurant babi panggang”. Begitu juga halnya dengan kedai mamak , tersilap haribulan termasuk kedai Berbangsa India, Melihat tokong yang besar dikaunter berbayar barulah terperasan.Bagaimana jika petunjuk ini tak nampak dimata? Awasilah… Beringat.lah…

Perhatikan juga tukang masak dan pelayan kedai itu. Sekiranya Nampak tak menyenangkan dari segi kebersihan lahiriah , elakkan.Sekiranya tukang masak moden berambut dye…pastikan kalau dibasuh air boleh menebusinya, jika tidak …bermaana solatnya tak sah kerana mandi wajibnya tak sah. Air tangan nya memasak makanan itu? Carilah kedai orang yang menunaikan solat kerana dalam penyediaan masakan ,setiap kerja diiringi dengan selawat dan bacaan Bismillah
. Makanan lebih berkat.

Bagi pengemar masakan menggunakan telur, risik kepada tukang masak tersebut , samada telur itu sudah dibasuh dahulu sebelum digunakan. Jika ia senyum atau ketawa bermaana tiada, jadi janganlah makan..Tukang masak yang pegang telur dan kemudian nya menarik mee atau tepung, bermaana najisnya berpindah ke makanan itu.Makanan bernajis tidak suci lagi . Adakah ia halal?. Apakah makna suci dan bersih dalam Islam?

Panduan untuk mencari yang halal , carilah yang ada tanda HALAL Jakim. Tak perlu risau siapa yang buat. Namun begitu sejak kebelakangan ini, logo itu tak menjamin juga.Oleh itu gunakan “instinct”. Jika ada rasa ragu-ragu , tinggalkan.Takut dan dikuatiri makanan itu adalah “syubbah “. Halal dan Haram semua telah mengetahui dengan jelas tetapi perkara “syubbah “agak mengelirukan .Mengikut Para Ulama , mereka berpendapat bahawa ianya lebih cenderung ke arah Haram berbanding Halal . Oleh itu berbanyaklah lah kita menelitinya sebelum menjamahnya.

Allah menyuruh kita memakan makanan yang halal dan baik. Ini bermakna halal saja tidak cukupi. Ini bemakna jika sekadar ada tanda logo halal saja masih belum memadai .Kita perlu juga melakukan penyelidikan tentang kandungan makanan itu. Adakah ianya baik ? Kaji juga baik yang macam mana ? Dari segi apa yang dikatakan baik itu ?
Kaji kandungan makanan dan kesihatan kita adakah bersesuaian?. Orang yang berpenyakit darah tinggi kena kurangkan garam. Orang yang berpenyakit kencing ,manis kena kurangkan gula dan kabohaidrat. Kanak –kanak perlu makanan yang berperotin tinggi dan kaya dengan kalsium untuk pembesaran . Kena kaji lebel makanan , sebagai orang yang pintar kita mesti bijak menguruskan kesihatan diri untuk mencapai tahap kesihatan yang sangat sihat.

Badan yang sihat akan lahirlah pemikiran yang bernas . Idea menuju kecermelangan hidup akan sentiasa diperolehi.Lahirlah insan yang sihat fizikal,mempunyai kebersihan rohani dan memiliki tatasusila yang paling dituntut dalam Islam.Insan beradab-sopan, insan yang taat kepada kedua ibu –bapa, insan yang pandai bergaul dengan masyarakat, Insan yang pemurah dan penyayang dan banyak lagi sifat-sifat terpuji akan dapat dicapai hasil dari makanan yang baik.