Puan Hayati

Thursday, December 16, 2010

Selidik Makanan Anda Hari Ini !!..... Halal ????


Ini adalah ringkasan dari nota sahabat kita, untuk mencari yang halal.
Anda Pernah makan Babi @ khinzir ?????

Mungkin kita ada memakannya cuma tak perasan atau tanpa kita sedari...........
Sahabat menghantar email dan menceritakan beberapa peristiwa yang boleh dijadikan panduan kita seharian .

kes pertama.1.

kawan dia ni tiap-tiap malam lepas sahaja habis kerja dia mesti makan di gerai dimana Tokeh nya Cina dan pekerja nya Indon.Dia suka sangat makan mee kari.

Pada satu malam dia balik lambat, oleh kerana nak makan dia pergi juga ke gerai itu. Nasib baik tokey tu reserved untuk dia . Sambil makan, Tokeh tu pun mencuci periuk belanga nya. Waktu dia nak membasuh tangan,nampak lah tulang yang keluar dari periuk yang di basuh nya .

Dia bertanya."Eh Tokeh, pakai tulang ke masak kari, you kata tak makan daging. ?" “ooo “ jawabnya….”Ini bukan lembu, ini pork maa baru sedap sikit masak kari, tak taruk tak sedap maa."

…..Uuweeek dia pun muntah keluar semua isi perutnya……dan katanya rasa nak minum air tanah je …… nak samak peruk dia. Nak buat macam mana…..?????.Sudah menjadi darah daging. ……awas.


kes kedua.2.
Cerita seorang kawan berdasarkan pengalamannya dalam industri memproses makanan, boleh dikatakan semua product dari oversea yg bertanda halal sebenarnya tidak halal.

Bagi mereka haram itu pork iaitu daging babi manakala pork product yang lain seperti lard (minyak babi), pork fat (lemak babi), ham  (ini asal nama hamburger) dan bacon (hirisan nipis daging babi yang biasa serve during breakfast), pork instestine  (perut babi) dll tidak mengapa pada /bagi seorang Muslim.

Dia yang pernah bekerja di Hotel KL, di situ terdapat satu BUTCHER Dept.....
1. Semua jenis sausage menggunakan pork casing. Pork casing adalah saluran usus yg digunakan sebagai kulit sausage. Semua ingredients untuk sausage diblend bersama pork fat untuk membuat sausage itu firm dan tak mudah break. Jadi kalau sausage itu Chicken or beef still contain pork. Daging ayam dan lembu tak cukup lemak untuk membentuk apa-apa shape. Jika sebarang proses tidak menggunakan lemak babi, ia senang pecah

2. Pork fat juga digunakan dalam proses membuat turkey roll,chicken roll, meatloft, pastrami dan salami. Benda ini semua boleh didapati di supermarket dan digunakan secara meluas sebagai toping PIZZA.

3. Bagi sesiapa yg suka makan buffet.. cold cuts yg disusun lawa-lawa pada buffet table seperti Terrine dan Pate pun ada lemak babi.

Kepada sesiapa penggemar sosej @ frankfurter ( daging hot-dog ).Kajian yang dibuat oleh Persatuan Pelajar - Pelajar Islam Se Malaysia mendapati kebanyakan sosej yang diimport adalah tidak halal begitu juga yang diedarkan oleh syarikat tempatan sekiranya mereka mendapat bekalan dari luar Negara.


kes ketiga.3.

Seorang kawan telah menceritakan yang bapanya adalah seorang pekerja TNB di bahagian pembaik pulih bekalan elektrik. Pada satu hari bapanya bertugas membetulkan bekalan elektrik di kawasan Jenjarum Banting. Semasa pekerja-pekerja lain sedang melakukan kerja-kerja pembaikan pulih bekalan, beliau telah merayau-rayau di kawasan sekitar.

(Setiap pekerja pembaiki pulih bekalan TNB mempunyai kebenaran memasuki kawasan yang melibatkan penggunaan elektrik),secara tidak sengaja beliau telah memasuki sebuah kilang memproses makanan,dilihatnya daging-daging ayam berlonggok-longgok bersebelahan dengan daging babi yang berlonggok-longgok .Rupa-rupanya kilang tersebut membuat burger dimana daging ayam dan daging babi dicampur dan digaul bersama untuk dijadikan burger.Beliau telah bertanya kepada tokeh tersebut mengapa dicampurkan daging babi dengan daging ayam!

Tokeh tersebut memberitahu kalau tidak dicampur burger yang hendak dibuat susah untuk melekat dan dibentuk. Katanya , burger ini tidak dijual terus kepada orang Melayu. Tapi jika mana-mana supplier yang tak cukup stok akan ambil burger daripada kilang tersebut.

“ Lu ingat itu supplier cukup ka untuk supply satu Malaysia” (Tak tahu supplier mana yang ambil dari dia). Tokeh tersebut siap berkata "SIAPA KATA MELAYU TAK MAKAN BABI", menyirap darah bapanya .

Balik tu dia buat aduan di JAIS. Bila JAIS buat serbuan tak ada apa-apa yang jumpa,kilang tersebut pun takde. Mungkin dah pindah bila menyedari ada orang dah tahu aktiviti beliau.

Siapa yang suka makan burger tu berhati-hatilah mungkin ada yang bercampur dengan daging babi.Bila kes JE timbul, rupanya berjuta-juta babi ada di Malaysia. Purata satu hari babi dikeluarkan dari ladang ternakan beratus ribu. Yang peliknya takan beratus ribu babi ini dimakan oleh orang Cina saja. Mungkin sebahagian darinya dibuat bahan makanan yang lain, lepas tu bagi orang Melayu makan. Yang peliknya lagi kebanyakan yang jual burger tu orang Melayu.


kes keempat.4.

Seorang Chef memberitahu pengalamannya, di dalam restoran hotel 5 bintang yang menghidangkan buffet.Terdapat 5 bahagian dapur masakan ,diantara nya Masakan Melayu, Masakan Barat, Masakan Cina....Setiap dapur diketuai seorang Chef yang dipanggil Eksekutif Chef.Setiap dapur akan memasak makanan tertentu untuk buffet tersebut. Resepi makanan yang dimasak daripada setiap dapur adalah hak mutlak Eksekutif Chef, tiada orang lain berhak memberi komen tentang resipi yang telah ditetapkan.

Eksekutif Chef ini terdiri daripada orang yang pakar dan ahli di dalam masakannya untuk menjaga kualiti makanan yang dihasilkan. Sekiranya Dapur Masakan Melayu tentulah eksekutif Chefnya adalah seorang Melayu. Sekiranya western maka pakarnya tentulah orang dari luar negara, begitu juga masakan cina dan lain- lain.

Sesetengah Chef yang mungkin berasal dari luar negara mempunyai cara memasak mereka yang tersendiri. Jika mereka sudah biasa meletakkan arak di dalam makanan di luar negara, mereka pasti akan meletakkan Arak ketika memasak di dapur sini.
Beliau melihat bagaimana arak dituang di dalam sup bawang (onion soup) yang dimasak

Menurut chef tersebut,terdapat dua mesin pengisar daging di dapur tempat beliau bekerja. Satu bertulis "PORK" pada papan tanda berdekatan dan satu lagi bertulis "NON-PORK". Tapi dia amat kecut perut.. bila semua orang seperti tak nampak (atau buat-buat tak nampak) sahaja papan tanda itu... Kejap yang pork dimasukkan ke mesin yang ini, sekejap yang di sana ... sehinggakan, beliau terpaksa mengangkat tanah dan air untuk mencuci mesin tersebut setiap kali habis bertugas.

Sesetengah hotel mengasingkan pinggan yang digunakan untuk menghidangkan khinzir di satu tempat yang berasingan untuk dicuci. Ini adalah kerana, pencuci pinggan dahulunya adalah di kalangan orang Islam. Tetapi sekarang, pencuci pinggan adalah di kalangan orang Myanmar dan Bangladesh . Mereka bukannya tahu pinggan mana yang ada khinzir ataupun tidak. Untuk memudahkan kerja, semuanya dicampurkan sekali. Habis semuanya....

Chef itu juga ada bercerita tentang kek-kek yang dihidangkan yang mempunyai arak, contohnya tiramisu. Banyak juga dessert dan kek yang tidak halal dihidangkan.Bagaimana ingin mengetahui kek yang kita makan mengandungi bahan tersebut ?. Apabila kek yang ada wain, rasanya seakan-akan masam sedikit.

Adakalanya, daging yang di grill, ayam-ayam atau makanan yang dibakar adalah halal. Begitu juga dengan makanan laut. Namun, Chef menasihatkan agar lebih berhati-hati dengan pelbagai sos atau pencicah yang disediakan bersama kerana ia dikhuatiri tidak halal. 

Sekiranya beliau melihat orang Islam mendekati makanan-makanan yang tidak halal, maka dia akan mendekati mereka dan berbisik "Encik, makanan ni tidak halal..." Jadi nasiblah kepada para pelanggan Islam yang lain sekiranya tidak sengaja menikmati makanan yang haram

Kicap Cap Gajah dan Cap Sotong digunakan di dalam masakan Tom Yam dan masakan lain oleh kebanyakan tukang masak dari Selatan Thai.Kedua-dua kicap itu mempunyai bahan diperbuat dari babi sebagai pelemak



Kicap kipas udang pemiliknya adalah orang Melayu tetapi Kicap Tamin manis telah dijual kepada pengusaha Cina.Masaalah lagi bila ada saja yang ingin meniru.....

.GAMBAR menunjukkan kicap Cap Kipas Udang tiruan (kiri) yang mempunyai penutup plastik berlubang (dalam bulatan) berbanding kicap asli.Berhati-hati



Terkenang masaalah remaja dizaman ini begitu sukar dikawal ,berkemungkinan dari kesilapan kita sendiri sebagai ibu bapa yang membawa rezeki kerumah.Beritahu kepada yang lain . Semoga kita sentiasa berwaspada.…....

Wednesday, December 15, 2010

Inilah Punca Anak Sukar Di Didik...



10 Ramuan Berbahaya Dalam Mi Segera .
Sedarkah anda mi segera mengandungi bahan berikut dalam ramuannya. Anda turut mengambilnya bersama dengan mi segera anda.
1.Kalsium Sulfat: Kapur Paris.

2.Asid Tartarik: Bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk memutihkan cermin. Lebih beracun berbanding 100% alkohol tulen.

3.Kalsium Oksida:
Digunakan rawatan sisa buangan dan dalam racun serangga.

4.Tertiary Butylhydroxyquinone (TBHQ):
Produk berasaskan petroleum; satu bentuk butane (cecair dalam pemetik api)
.
5.BHT: Risiko karsinogen dan kesan berbahaya kepada ginjal.

6.Propyl Gallate:
Satu xenoestrogen (sebatian seperti hormon). Boleh memberikan kesan sampingan kepada pembiakan, perkembangan janin yang sihat dan menghalang pengeluaran sperma

7.Pentasodium triphosphate:
Bahan pencuci paling berkuasa (sering digunakan dalam bahan cuci), bahan samak untuk kulit; juga digunakan dalam pengeluaran kertas, penapisan petroleum, aplikasi lombong dan rawatan air.

8.Propylene Glycol: Pelarut sintetik yang dianggap racun neurologi. Digunakan untuk pembuatan bahan pendingin, antibeku automotif, cecair yang berfungsi dalam tekanan hidraulik dan sebagainya. Jumlah berlebihan yang diambil boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang.

9.Polydimethylsiloxane:
Digunakan dalam kanta sentuh, syampu (untuk menjadikan rambut berkilat dan licin), minyak pelincir dan jubin tahan panas.

10.Pewarna tiruan (contohnya: Sunset Yellow FCF dan Tartrazine): Menyumbang kepada hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak; mungkin turut menyumbang kepada gangguan visual dan pembelajaran, kerosakan saraf; mungkin menjadi penyebab kanser.

sumber ; Utusan Pengguna.(CAP)

Tukar makanan ini dengan Ramen yang lebih sihat. Klik



 Risalah perlu kita baca terutama yang Diedarkan  oleh mereka  yang perihatin,  Satu waktu dahulu telah di edarkan oleh Dr. Rasheed Mos, Universiti Malaya KL,Persatuan Pengguna Malaysia, Majlis Agama Islam Malaysia & Jabatan Kastam Malaysia,Kajian Telah Dibuat Oleh Mahasiswa UTM, UUM, USM,UM,UKM,dan CAP.


Di antara Senarai Barang Yang Mengandungi bahan Babi, Nyata dan terang  kalau tidak berhati-hati terberikan kepada anak .



Bawa anak ke Hotel juga harus di perhatikan kerana ada masaalah begini yang mengelirukan




Anak anugerah  Allah yang di pertanggung jawab kepada kedua ibu-bapanya. Anak di lahirkan suci Ibu -Bapa lah yang menjadikan mereka Majusi atau Nasrani.

 Jadilah pengguna perihatin.Pengambilan lemak babi ini menjadikan masyarakat sekarang telah hilang rasa malu,sukar di didik,terlalu kurang ajar dan suka kepada perkara-pekara yang meruntuhkan akidah ,kegiatan dosa besar seperti berzina ,pekerjaan haram seperti berjudi dan minum arak sangat berleluasa.




Lagi makanan mengandungi bahan Tidak Halal:


Senarai Barang Yang Mengandungi Alkohol Unsur-Unsurnya



Barangan ini senang di dapati  dimana kedai , awas



Banyak juga produk yang mengelirukan kita, oleh itu sentiasalah peka jika rasa ragu-ragu...JANGAN



Jauhilah-perkara-perkara-yang-syubhah.html

 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menarik balik sijil pengesahan halal yang diberikan kepada syarikat Dindings Poultry Processing Sdn Bhd berikutan proses penyembelihan ayam di kilangnya meragukan.......Berhati-hati membeli ayam dipasaraya2

BERITA TENTANG TESCO ; Untuk makluman semua

1.Ayam keluaran Perak Duck yang dijual di Tesco didapati *TIDAK HALAL* dan telah disaman RM 5 juta. Disiarkan dalam NST ms 26 dan Berita Harian.
2.Terdapat bendasing dalam coca cola yg belum dibuka.
3.Kopi Pahlawan - kopi yg dilaporkan mengandungi racun membawa maut
4.Bebola ikan yg diproses dari usus babi keluaran GSB Seafood Ent

Ihsan dari SHEIKH MOHD NAZRI BIN SHEIK ABU
PERBADANAN PUTRAJAYA.
Moga anda di berkati kerana memberi info.




Sekarang yang ada tanda HALAL Nampaknya ,itu tak menjamin juga.
Kerana berita tentang KILANG BIHUN BERAS INDAH SDN. BHD. ( Co. No. 365216-T) yang bertindak menipu dan mengaburi pengguna serta orang ramai dengan meletakkan tanda halal sendiri dalam tulisan jawi/rumi. kilang ini mengeluarkan jenama CAP CILI, CAP KETUPAT, CAP LANGSAT dan CAP CABAI BURUNG ia tidak pernah mendapat kelulusan logo/cop halal dari JAKIM. Malah permohonan mereka untuk sijil pengiktirafan pernah di tolak pihak Majlis Agama Islam Pulau Pinang.


Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus,.
.namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu




When our family went out to eat, we started asking at the restaurants what menu items contained MSG. Many employees, even the managers, swore they didn’t use MSG. But when we ask for the ingredient list, which they grudgingly provided, sure enough, MSG and Hydrolysed Vegetable Protein were everywhere.Burger King, McDonald’s, Wendy’s, Pizza Hut, Taco Bell, every restaurant -- even the sit-down eateries like TGIF, Chili’s, Applebee’s, and Denny’s -- use MSG in amazing abundance. KFC formerly known as Kentucky Fried Chicken seemed to be the WORST offender: MSG was in every chicken dish, salad dressing and sauce. No wonder I loved to eat that coating on the skin -- their secret spice was MSG! 

More Info klik 


USA merupakan pengeluar soya terbesar. sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen pada wanita,ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.Secara kesimpulannya kita umat Islam dilemahkan secara halus melalui pemakanan kita

Perhatian untuk ibu hamil. jagalah makanan anda untuk keselamatan janin atau bayi anda supaya dapat disemai kesucian diri nya dari makanan syubhah sejak awal lagi.






E-CODES /E-INGREDIENTS (NOTE: These emulsifiers are haram) :
-
Lapuran dari M.Anjad Khan Medical Research Institute United States.Menceritakan seorang kawanya bekerja sebagai pegawai di badan Pengawasan Ubat dan Makanan (POM)di Pegal Perancis.Tugasnya adalah mencatat semua barang makanan dan ubatan..

Mereka membuat kodifikasi bahasa untuk memasuki pasaran negara islam yang hanya diketahui oleh Badan POM sahaja, Orang awam tidak mengetahuinya.Lihatlah lebel semasa membeli,

KOD numbers:E100,E120,E140,E141,E153,E160,(A)
E210,E213,E214,E216,E234,E252,E270,E280,
E325,E326,E327,E334,E335,E336,E337, E422,E430,E431,E432,E433,E434,E435,E436,E440,E470,E471,E472,E473,E474,E475,E476,E477
E478,E481,E482,E483,E491,E492,E493,E494,E495,
E542,E570,E572,E631,E635,
E904.



-------------------------------------------------------------------------------------
Mana-mana produk yang bertanda halal jika kandungannya telah diperbetulkan sila beritahu.Ini demi maruah seorang muslim.sila beri komen untuk di kongsi bersama.

__________________________________________
Perkataan "Contains alcohol" hanya di tulis kecil sahaja di belakang tin tersebut





RED BULL = SLOW DEATH 
France & Denmark have banned it from the country...
This drink is SOLD in all the supermarkets IN OUR country and our children ARE CONSUMING IT ON A TRIAL BASIS, IT can be mortal. More Info

MINUMAN BERKARBONAT ALAF BARU!!!

Carlsberg baru sahaja mengeluarkan dua produk minuman tin terbarunya bernama JOLLY SHANDY berperisa LEMON dan ORANGE
Malah corak dan warna tin  seakan  sama seperti tin minuman biasa F&N,Drinho, Yeos.
Minuman  INI  tak berkhasiat,
COKE  tidak bagus untuk kesihatan (KANDUNGAN GULA TINGGI, berasid,)
 pH dalam lingkungan 3.5, sangatlah beracun.

Air Kikapoo pula berasal daripada syarikat arak!
 Monarch Baverage.

Apa yang membimbangkan kita semua umat Islam ialah kemungkinan ia dipasarkan secara terbuka dan meluas sehinggakan ada nanti umat Islam yang terbeli minuman tersebut. .


Kopi adalah  minuman kegemaran Nabi Muhamad selain susu dan madu
namun sekarang kita mengemari teh.


KASUT YANG ANAK ANDA PAKAI ?.......CUBA PERHATIKAN 
.....
----------------------------------------------------------------.-
NOTA RINGKAS;


Berhati-hati memilih kasut. 
Kasut ini diperbuat dari kulit babi; 
Tandanya terdapat tiga bintik


Anak akan menjadi bijak jika  sumber makanan  itu berstatus 
 Halal, Suci lagi Bersih.

Thursday, June 10, 2010

Buah Kiwi (Actinidia chinensis)



Buah kiwi (Actinidia chinensis), kaitkan dengan Australia dan New Zealand .Isi buah kecil yang berbentuk bujur dan berkulit coklat yang berbulu halus ini, berwarna hijau zamrud yang terang dan separuh lut sinar dengan aturan beberapa urat putih di bahagian tengahnya dan mempunyai biji-biji hitam yang kecil. Rasa isinya agak berkrim, enak dan lazat hampir menyamai rasa campuran buah strawberi dan pisang, serta mempunyai rasa manis yang unik.

Buah ini mengandungi vitamin A, B1, B2, potasium, niasin dan asid posfat dan juga kaya dengan klorofil dan mempunyai sumber antioksidan yang terbaik .Kandungan antioksidan dalam buah ini dapat membantu imunisasi tubuh mengatasi radikal bebas /Kandungan zat lutein dapat mencegah kanser prostat dan penyakit yang disebabkan virus atau bakteria

tidak mengandungi lemak.Kandungan magnesium dan vitamin C yang terdapat dalam buah ini ,menjadikan hati /liver dapat bekerja/berfungsi dengan lebih baik/maksima. Buah kiwi juga mengandung serat yang tinggi bagus untuk yang sedang ber diet. Amino arginine-nya membantu peredaran darah dan mampu mengatasi masalah impotensi

70% tubuh manusia mengandung air. Jika tiba-tiba berlaku cirit birit atau muntah. Bahagian tubuh yang berisiko adalah gagal ginjal/buah pinggang. Buah ini dapat digunakan sebagai sumber energi, karena mengandung kalori yang dapat diubah menjadi energi. Satu biji buah dijangkakan mendapat 80-90 kalori.

Seorang kawan bercerita dia dan suaminya disahkan terkena demam denggi dan di masukkan ke hospital.Kes pesakit denggi biasanya dikenali dengan symptom;demam yang tinggi, menggigil,rasa loya,keluar bintit-bintit di kulit, sakit-sakit badan dan sendi.Platlet dalam darah suaminya turun sehingga 18.Doktor terpaksa menambah Platlet (platlet transfusion )……dengan minum jus kiwi dan memakan sedikit buah kiwi platletnya mendadak naik menjadi 82 ,sementara isterinya pula bacaan 76 naik ke 170…sangat menakjubkan.

Untuk kecukupan serat per hari,kita perlukan sekitar 25-30 gram. Satu mangkuk kecil sayur atau satu buah diperkirakan mengandung serat 4 gram. Jika Anda malas makan sayur, anda perlu makan 8 buah untuk memenuhi keperluan serat 30 gram,.

Tuesday, June 1, 2010

Buah Kurma (Phonex Dactylifera )


Buah Kurma (Tamar). adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex dactylifera yang boleh dimakan segar atau yang telah dikeringkan.Rasa buah kurma segar cukup enak ,ranggup kerana biasanya buah ini disejukkan untuk mengelakkannya daripada rosak.

Buah Kurma mempunyai banyak gred dan berbagai panggilan.Sewaktu di Maddinah saya lebih suka makan kurma nabi.Warnanya agak hitam dan buahnya lebih kecil daripada yang lain dan agak bulat sedikit.Harganya jauh lebih mahal berbanding dengan jenis kurma yang lain.DBuah kurma kaya dengan zat besi, kalsium, sodium, vitamin A dan C, fosforus, potasium dan juga mengandungi sejenis bahan protein dan garam galian yang menghentikan tindak balas luar biasa yang dicetuskan oleh gluten dalam usus kecil. Jika dibiarkan, tindak balas itu akan menyebabkan pengeluaran sel darah putih secara berlebihan.

Kurma mempunyai pelbagai khasiat yang tercatit didalam Al-Quran. Buah kurma sangat sesuai untuk wanita waktu kehamilan atau selepas kelahiran memandangkan buah ini kaya dengan unsur zat besi dan kalsium.

Firman Allah:
Maksudnya: "Dan gegarlah ke arahmu pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak. Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merungsingkan".

Rasulullah juga pernah bersabda mengenai hal ini, sabdanya:
"Beri makan buah tamar kepada isteri-isteri kamu yang hamil dan barang siapa yang memakan buah tamar tersebut semasa hamilnya, maka anak yang akan lahir itu akan menjadi seorang anak yang penyabar dan bersopan-santun, kerana makanan Siti Maryam binti Imran ketika melahirkan Nabi Isa a.s adalah buah tamar".

Buah Delima (Punica Granatum)



Buah delima adalah sejenis buah yang berasal dari Mediterranean yang banyak digunakan dalam perubatan tradisional untuk mengubati pelbagai jenis penyakit. Bentuk buahnya seperti epal dengan di dalamnya mempunyai beratus-ratus biji.Biji-biji inilah yang dimakan .Rasanya sedap ,masam-masam manis.
Buah delima merupakan salah satu buah yang terdapat di dalam syurga . Sebagaimana firman Allah (Q:55:68)
Maksudnya: "Pada keduanya juga terdapat buah-buahan serta pohon-pohon kurma dan delima".

Buah delima mempunyai pelbagai keistimewaan. Buah ini mengandungi zat besi, kalsium, folforus, vitamin A dan C. Zat besi yang terdapat di dalam buah delima dianggap sebagai unsur penting dalam pembentukan darah merah. Seseorang yang kekurangan zat besi akan mengalami penyakit anemia.

Sejak zaman dahulu ahli perubatan Yunani menggunakan ubat ini sebagai ubat cacing. Alkaloid yang terdapat pada kulit buah membuat cacing melekat pada dinding usus manusia melepaskan pegangannya. Buah delima masam pula boleh mencegah dari muntah, menghentikan cirit-birit dan melawaskan air kencing.

Terdapat kajian yang menyatakan bahawa biji delima dapat dijadikan ubat luka-luka yang teruk dan kebenjolan. Caranya dengan mengambil biji-biji delima ditumbuk dan dicampurkan dengan sedikit madu dan disapukan pada bahagian luka.Berguna juga untuk menurunkan berat badan .Ambil dua genggam daun delima muda diramas-ramas dengan air masak, dicampurkan sedikit garam. Dapatkan perahan pati, minum dua kali sehari.

Delima banyak mengandung antioksidan boleh melawan penyakit ketumbuhan /tumor.Menurut kajian Kanser prostat adalah jenis kanser kedua yang mengancam pria setelah kanser paru-paru.

Dapatkan produk ini  disini
  

                                                    INFO DETAIL DELIMA  KLIK
 

Friday, March 19, 2010

Perbandingan Khasiat Acai Berry



Acai berry banyak diperkatakan di negara barat kerana khasiat yang ditawarkan. Ia pernah dibincangkan di rancangan Oprah, malah pernah diwartakan di Buletin Utama TV3.




Dapatkan Nu3 Acai Plus kerana Sifat antioksida buah Acai yang kuat mampu mempertahankan badan daripada pelbagai penyakit dengan mengurangkan kerosakan oksidaan pada sendi-sendi, kulit, jantung dan mata. Terbukti berkesan untuk anda yang mengalami masalah pernafasan, SEMBELIT, SAKIT LUTUT DAN SENDI ,kekecutan otot dan masaalah METABOLISMA.Nu3 Acai plus dapat menurunkan berat badan (lose weight )secara natural.

BUAH ACAI ( Euterpe Oleracea)



Beri acai atau nama botaninya euterpe oleracea berwarna purple gelap didapati mengandungi antioksida yang tinggi - malah lebih tinggi dari anggur, bluberry, blackberry atau buah delima. Boleh dikatakan kandungan antioksida di dalam buah Acai berry adalah antara yang tertinggi di dunia.



ACAI BERRY

1). Kandungan Anti-Oksidan yang tinggi - Anthocyanin:
-Meningkatkan penghasilan insulin sebanyak 50% & menolong mencegah penyakit kencing manis.
-Mempertingkatkan kesan anti-oksida, melambatkan penuaan dan mengekalkan kecantikan luaran & kesihatan badan.
-Mempercekapkan pengedaran darah & merendahkan tekanan darah, justeru mencegah trombosis dan penyakit2 kardiovaskular (jantung).
-Anti Radang.
-Menjamin kesihatan mata.

2). Mengandungi Asid-asid Lemak Penting (Omega 3, 6 & 9):
-Meningkatkan paras HDL (lipoprotein ketumpatan tinggi) & mengurangkan kolestrol LDL yang tidak baik dalam darah untuk mencegah penyakit-penyakit kronik seperti penyakit kardiovaskular, artritis, strok, penyakit kencing manis, kolestrol tinggi, tekanan darah tinggi, depresi dan kanser juga.

3). Kandungan Serat yang tinggi membantu penghadaman dan mengelakkan sembelit.

4). Mengandungi pelbagai Vitamin (E, C, B1, B2, B3 & Mineral (Kobalt, Kromium, Kalsium, Besi etc):
-Vitamin B Kompleks: membantu proses metabolisme, menjaga kesihatan kulit & otot, meningkatkan fungsi sistem pertahanan badan dan sistem saraf.
-Vitamin C memperbaiki sel-sel kulit & merangsangkan sintesis kolagen, sejenis unsur protin gentian yang membentuk kulit, rawan, tulang & tisu perantaraan lain.
-Vitamin E ialah sejenis anti-oksida yang bermanfaat untuk melingdungi struktur membran daripada rosak, mencegah penyakit jantung & melambatkan penuaan.
-Kobalt membentuk sel-sel darah merah serta vitamin B; mencegah anemia.
-Kromium adalah penting dalam metabolisme gula, membantu mencegah penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi.
-Kalsium memberi kesan terhadap pembentukan tulang & gigi; mencegah penyakit osteoporosis.
-Zat Besi adalah penting dalam pengangkutan oksigen daripada paru-paru ke tisu serta meningkatkan sistem imuniti badan.

5). Mengandungi phytosteroid yang membantu mengurangkan kolestrol dalam badan.