Puan Hayati

Thursday, December 16, 2010

Selidik Makanan Anda Hari Ini !!..... Halal ????


Ini adalah ringkasan dari nota sahabat kita, untuk mencari yang halal.
Anda Pernah makan Babi @ khinzir ?????

Mungkin kita ada memakannya cuma tak perasan atau tanpa kita sedari...........
Sahabat menghantar email dan menceritakan beberapa peristiwa yang boleh dijadikan panduan kita seharian .

kes pertama.1.

kawan dia ni tiap-tiap malam lepas sahaja habis kerja dia mesti makan di gerai dimana Tokeh nya Cina dan pekerja nya Indon.Dia suka sangat makan mee kari.

Pada satu malam dia balik lambat, oleh kerana nak makan dia pergi juga ke gerai itu. Nasib baik tokey tu reserved untuk dia . Sambil makan, Tokeh tu pun mencuci periuk belanga nya. Waktu dia nak membasuh tangan,nampak lah tulang yang keluar dari periuk yang di basuh nya .

Dia bertanya."Eh Tokeh, pakai tulang ke masak kari, you kata tak makan daging. ?" “ooo “ jawabnya….”Ini bukan lembu, ini pork maa baru sedap sikit masak kari, tak taruk tak sedap maa."

…..Uuweeek dia pun muntah keluar semua isi perutnya……dan katanya rasa nak minum air tanah je …… nak samak peruk dia. Nak buat macam mana…..?????.Sudah menjadi darah daging. ……awas.


kes kedua.2.
Cerita seorang kawan berdasarkan pengalamannya dalam industri memproses makanan, boleh dikatakan semua product dari oversea yg bertanda halal sebenarnya tidak halal.

Bagi mereka haram itu pork iaitu daging babi manakala pork product yang lain seperti lard (minyak babi), pork fat (lemak babi), ham  (ini asal nama hamburger) dan bacon (hirisan nipis daging babi yang biasa serve during breakfast), pork instestine  (perut babi) dll tidak mengapa pada /bagi seorang Muslim.

Dia yang pernah bekerja di Hotel KL, di situ terdapat satu BUTCHER Dept.....
1. Semua jenis sausage menggunakan pork casing. Pork casing adalah saluran usus yg digunakan sebagai kulit sausage. Semua ingredients untuk sausage diblend bersama pork fat untuk membuat sausage itu firm dan tak mudah break. Jadi kalau sausage itu Chicken or beef still contain pork. Daging ayam dan lembu tak cukup lemak untuk membentuk apa-apa shape. Jika sebarang proses tidak menggunakan lemak babi, ia senang pecah

2. Pork fat juga digunakan dalam proses membuat turkey roll,chicken roll, meatloft, pastrami dan salami. Benda ini semua boleh didapati di supermarket dan digunakan secara meluas sebagai toping PIZZA.

3. Bagi sesiapa yg suka makan buffet.. cold cuts yg disusun lawa-lawa pada buffet table seperti Terrine dan Pate pun ada lemak babi.

Kepada sesiapa penggemar sosej @ frankfurter ( daging hot-dog ).Kajian yang dibuat oleh Persatuan Pelajar - Pelajar Islam Se Malaysia mendapati kebanyakan sosej yang diimport adalah tidak halal begitu juga yang diedarkan oleh syarikat tempatan sekiranya mereka mendapat bekalan dari luar Negara.


kes ketiga.3.

Seorang kawan telah menceritakan yang bapanya adalah seorang pekerja TNB di bahagian pembaik pulih bekalan elektrik. Pada satu hari bapanya bertugas membetulkan bekalan elektrik di kawasan Jenjarum Banting. Semasa pekerja-pekerja lain sedang melakukan kerja-kerja pembaikan pulih bekalan, beliau telah merayau-rayau di kawasan sekitar.

(Setiap pekerja pembaiki pulih bekalan TNB mempunyai kebenaran memasuki kawasan yang melibatkan penggunaan elektrik),secara tidak sengaja beliau telah memasuki sebuah kilang memproses makanan,dilihatnya daging-daging ayam berlonggok-longgok bersebelahan dengan daging babi yang berlonggok-longgok .Rupa-rupanya kilang tersebut membuat burger dimana daging ayam dan daging babi dicampur dan digaul bersama untuk dijadikan burger.Beliau telah bertanya kepada tokeh tersebut mengapa dicampurkan daging babi dengan daging ayam!

Tokeh tersebut memberitahu kalau tidak dicampur burger yang hendak dibuat susah untuk melekat dan dibentuk. Katanya , burger ini tidak dijual terus kepada orang Melayu. Tapi jika mana-mana supplier yang tak cukup stok akan ambil burger daripada kilang tersebut.

“ Lu ingat itu supplier cukup ka untuk supply satu Malaysia” (Tak tahu supplier mana yang ambil dari dia). Tokeh tersebut siap berkata "SIAPA KATA MELAYU TAK MAKAN BABI", menyirap darah bapanya .

Balik tu dia buat aduan di JAIS. Bila JAIS buat serbuan tak ada apa-apa yang jumpa,kilang tersebut pun takde. Mungkin dah pindah bila menyedari ada orang dah tahu aktiviti beliau.

Siapa yang suka makan burger tu berhati-hatilah mungkin ada yang bercampur dengan daging babi.Bila kes JE timbul, rupanya berjuta-juta babi ada di Malaysia. Purata satu hari babi dikeluarkan dari ladang ternakan beratus ribu. Yang peliknya takan beratus ribu babi ini dimakan oleh orang Cina saja. Mungkin sebahagian darinya dibuat bahan makanan yang lain, lepas tu bagi orang Melayu makan. Yang peliknya lagi kebanyakan yang jual burger tu orang Melayu.


kes keempat.4.

Seorang Chef memberitahu pengalamannya, di dalam restoran hotel 5 bintang yang menghidangkan buffet.Terdapat 5 bahagian dapur masakan ,diantara nya Masakan Melayu, Masakan Barat, Masakan Cina....Setiap dapur diketuai seorang Chef yang dipanggil Eksekutif Chef.Setiap dapur akan memasak makanan tertentu untuk buffet tersebut. Resepi makanan yang dimasak daripada setiap dapur adalah hak mutlak Eksekutif Chef, tiada orang lain berhak memberi komen tentang resipi yang telah ditetapkan.

Eksekutif Chef ini terdiri daripada orang yang pakar dan ahli di dalam masakannya untuk menjaga kualiti makanan yang dihasilkan. Sekiranya Dapur Masakan Melayu tentulah eksekutif Chefnya adalah seorang Melayu. Sekiranya western maka pakarnya tentulah orang dari luar negara, begitu juga masakan cina dan lain- lain.

Sesetengah Chef yang mungkin berasal dari luar negara mempunyai cara memasak mereka yang tersendiri. Jika mereka sudah biasa meletakkan arak di dalam makanan di luar negara, mereka pasti akan meletakkan Arak ketika memasak di dapur sini.
Beliau melihat bagaimana arak dituang di dalam sup bawang (onion soup) yang dimasak

Menurut chef tersebut,terdapat dua mesin pengisar daging di dapur tempat beliau bekerja. Satu bertulis "PORK" pada papan tanda berdekatan dan satu lagi bertulis "NON-PORK". Tapi dia amat kecut perut.. bila semua orang seperti tak nampak (atau buat-buat tak nampak) sahaja papan tanda itu... Kejap yang pork dimasukkan ke mesin yang ini, sekejap yang di sana ... sehinggakan, beliau terpaksa mengangkat tanah dan air untuk mencuci mesin tersebut setiap kali habis bertugas.

Sesetengah hotel mengasingkan pinggan yang digunakan untuk menghidangkan khinzir di satu tempat yang berasingan untuk dicuci. Ini adalah kerana, pencuci pinggan dahulunya adalah di kalangan orang Islam. Tetapi sekarang, pencuci pinggan adalah di kalangan orang Myanmar dan Bangladesh . Mereka bukannya tahu pinggan mana yang ada khinzir ataupun tidak. Untuk memudahkan kerja, semuanya dicampurkan sekali. Habis semuanya....

Chef itu juga ada bercerita tentang kek-kek yang dihidangkan yang mempunyai arak, contohnya tiramisu. Banyak juga dessert dan kek yang tidak halal dihidangkan.Bagaimana ingin mengetahui kek yang kita makan mengandungi bahan tersebut ?. Apabila kek yang ada wain, rasanya seakan-akan masam sedikit.

Adakalanya, daging yang di grill, ayam-ayam atau makanan yang dibakar adalah halal. Begitu juga dengan makanan laut. Namun, Chef menasihatkan agar lebih berhati-hati dengan pelbagai sos atau pencicah yang disediakan bersama kerana ia dikhuatiri tidak halal. 

Sekiranya beliau melihat orang Islam mendekati makanan-makanan yang tidak halal, maka dia akan mendekati mereka dan berbisik "Encik, makanan ni tidak halal..." Jadi nasiblah kepada para pelanggan Islam yang lain sekiranya tidak sengaja menikmati makanan yang haram

Kicap Cap Gajah dan Cap Sotong digunakan di dalam masakan Tom Yam dan masakan lain oleh kebanyakan tukang masak dari Selatan Thai.Kedua-dua kicap itu mempunyai bahan diperbuat dari babi sebagai pelemak



Kicap kipas udang pemiliknya adalah orang Melayu tetapi Kicap Tamin manis telah dijual kepada pengusaha Cina.Masaalah lagi bila ada saja yang ingin meniru.....

.GAMBAR menunjukkan kicap Cap Kipas Udang tiruan (kiri) yang mempunyai penutup plastik berlubang (dalam bulatan) berbanding kicap asli.Berhati-hati



Terkenang masaalah remaja dizaman ini begitu sukar dikawal ,berkemungkinan dari kesilapan kita sendiri sebagai ibu bapa yang membawa rezeki kerumah.Beritahu kepada yang lain . Semoga kita sentiasa berwaspada.…....

5 comments:

Anonymous said...

Probably the best food you can eat is something that was never wrapped or bottled in plastic. Thecloser you can get to a food's original source the healthier you will be. There's more to it than that, but start there.

Anonymous said...

You need to totally rethink your lifestyl

Anonymous said...

This website definitely has all of the information and facts I wanted concerning this subject and didn't know who to ask

Anonymous said...

I am regular reader, how are you everybody? This paragraph posted at this site is actually fastidious

Anonymous said...

Hey There. I found your blog using msn. This is a really well written article. I will be sure to bookmark it and come back to read more of your useful info. Thanks for the post. I'll definitely comeback.