Puan Hayati

Wednesday, March 16, 2011

Nanas atau Ananas Cosomos


Nanas sejenis buah tropika yang dikenali dengan nama saintifiknya Ananas cosomos berasal dari keluarga Bromeliaceae dipercayai berasal dari Bahagian Timur Amerika Selatan. la diperkenalkan di Tanah Melayu pada abad ke 16 oleh orang-orang Portugis. Selaras dengan perkembangan tanaman getah, pada tahun 1921 nanas mula ditanam di Singapura, Johor dan Selangor sebagai tanaman kontan. Malaysia merupakan salah satu negara pengeluar utama nanas dunia selain daripada Thailand, Filipina, Indonesia, Hawaii, Ivory Coast, Kenya, Brazil, Taiwan, Australia, India dan Afrika Selatan.

Jus nanas merupakan sejenis minuman yang lazat dan baik untuk kesihatan yang mengandungi kandungam gula yang tinggi serta kaya dengan vitamin A, B dan C.kandungan Vitamin C yang tinggi yang amat diperlukan untuk kesihatan dalam membantu menyembuhkan luka atau cedera di samping penyerapan zat besi ke dalam saluran darah. mengatasi kekeringan dibahagian bibir dan kulit muka

Kandungan Vitamin B di dalam buah nanas terutamanya B1 (thiamin) berfungsi dalam membantu proses penghadaman dan melicinkan proses pencernaan dalam usus manakala Vitamin B3 (niacin) bersama kandungan kabohidratnya dapat mengawal sistem penghadaman agar sentiasa sihat.

Kandungan potassium bersama-sama sodium di dalam buah nanas dapat mengawal imbangan air dalam tubuh manusia. membantu mengurangkan acidosis dan oedema dengan menyingkirkan lebihan air di dalam badan.

Buah nanas kaya dengan kandungan enzimnya yang tinggi iaitu enzim bromelain , Tugas bromelain membantu proses penghadaman protein yang terdapat dalam makanan dan memudahkan penyerapan protein ke dalam tubuh Bromelain jugak berfungsi mempercepatkan penyembuhan luka.

Enzim Bromelain yang sangat berguna di dalam sektor perubatan di mana ianya digunakan dalam meluas semasa pembedahan di dalam mengawal pembengkakka, membantu mengurangkan radang (inflamasi), jangkitan dan menghalang berlakunya pembekuan darah. Bromelain boleh dibeli di farmasi dalam bentuk kapsul.

kandungan asid aspartik yang terdapat dalam nenas dapat membantu penyakit gout, Aspartik asid ini dapat membantu badan menyingkirkan lebihan Ammonia yang terdapat di dalam badan yang sangat berbahaya kepada sistem saraf kita.

Nanas merupakan ramuan penting dalam rawatan tradisional. Ia melancarkan perjalanan haid , Jadi, bagi mereka yang mengandung, elakkan makan nenas untuk mengelakkan keguguran. berkesan mengatasi masalah-masalah pencernaan, pundi kencing, cacing dan kelesuan badan. Ia juga merupakan penawar yang penting bagi mengatasi penyakit batu karang. Amalan meminum jus nanas terbukti berkesan untuk mengatasi masalah kencing tidak lawas

Setengah orang, makan terlalu banyak nenas mungkin akan membawa masalah kepada mereka, buah nenas mengandungi 5-hydroxyptamine yang menyebabkan salur darah, terutamanya yang terdapat di dalam otak mengecut. Jadi, akibatnya, tekanan darah akan meningkat dan mungkin akan mengalami sakit kepala.Buah nenas juga menyebabkan gatal-gatal pada lidah selepas memakannya. Untuk mengelakkan nya , potong buah nenas kepada kepingan kecil dan rendam dalam air garam sebelum makan.
.



                                                                         INFO DETAIL

Atomy Finezyme adalah suplement kesihatan fungsional dengan rasa nanas yang segar.

Mengandung 6 jenis enzyme (Amylas, Protease, Lipase, Cellulase, Lactase, Bromelain) & 3 jenis Koenzime/vitamin ( Vitamin B1, Pantothenic acid dan
Biotin) yang dikenal untuk meningkatkan metabolisme
Kegunaan:
- Membantu badan dalam memecahkan protein dan gula yang sukar dicerna seperti gluten, kasein dan laktosa.
- Memperbaiki gejala refluks asid dan IBS.
- Memudahkan penyerapan nutrisi dan mencegah kekurangan nutrien.
Manfaat lainnya:
1. Mengatasi masalah pencernaan
2. Mengatasi perut kembung
3. Asam lambung selalu naik
4. Membantu menghancurkan makanan
5. Meningkatkan penyerapan gizi