Puan Hayati

Wednesday, March 21, 2012

Musibah Itu Hikmah




Demi masa!
Sesungguhnya manusia dalam kerugian,
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
(103:1-3)



"Dia menjadikan malam memasuki ke dalam siang, dan menjadikan siang memasuki ke dalam malam. Dia mengetahui apa yang di dalam dada."
(57:6)




Inilah alkisahnya.mengenangkan jam kesayangan yang dicuri oleh pencuri dirumah rehat pantai puteri. Jam yang sempat dirakamkan sebelum kehilangnya mempunyai sentimental value yang sangat mendalam .Namun apakan daya ianya …… hanya kenangan. Allah Maha mengetahui segala isi hati.

Moga Puan Nor bersabar dan redha sepenuh hati...... from the bottom of your heart! Pasti hikmahnya akan diberikan oleh Allah!

Setiap kali sesuatu yang kurang baik terjadi kepada kita, pastinya ia adalah satu hikmah. sekiranya ada orang mengambil kesempatan keatas diri kita, yakinlah yang tak lama lagi Allah akan memberi ganjaran yang amat lumayan kepada kita sekiranya kita redha kejadian itu.Inilah dinamakan sebagai petua kehidupan seharian kita...kesabaran dan keredoaan.
( When somebody take advantage of you, put your chin up and smile. For sure your get more from ALLAH )

"Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, dan matikanlah kami dalam keadaan Islam (berserah bulat-bulat kepadaMu)"(Al-A'raf : 126)




Sunday, March 11, 2012

Bahaya Di Rumah Rehat Pantai Puteri Terengganu

Perjalanan jauh 800km dari Selangor ke Terengganu malam 9/3/2012 untuk menghadiri undangan majlis kenduri anak kawan berakhir dengan trajedi yang sedih dimana berlaku pecah masuk dibilik pada malam itu dalam masa hanya 2 jam berehat.Segala kad pengenalan, kad bank dan wang yang disimpan dalam satu beg dicuri!!!
 
 Puan nor cukup menyesal menyewa di rumah rehat pantai puteri ,Tok Jembal ,Teluk Ketapang , Kuala Terengganu yang lokasinya berhampiran kawasan pantai di hujung Lapangan Terbang Sultan Mahmud.Pada malam itu ,






Oleh kerana larut malam dan malas menyusahkan teman, puan Nor tidak menalipon kawan nya yang telahpun menyediakan Rumah penginapan . Waktu melalui jalan dikawasan pantai, pejabat penginapan diPantai puteri masih beroperasi.Puan Nor pun mendaftar dan masuk bilik jam 3.00 pagi.Malang tak berbau......


Check in jam 3pagi itu mengundang pencuri professional . Puan Nor dan suami tersedar dari tidur pada jam 5.30 pagi , mereka sungguh terperanjat kerana barang peribadi ,wang ,handphone lesap, Bayangkan barang hilang dalam bilik hanya dalam masa 2jam terlelap .



 
Awal jam 7.00 pagi (10/03/2012 ) mereka membuat lapuran di balai polis Gong Badak di kuala Terengganu.Apabila diberitahu, pegawai polis di tempat itu hanya menggelengkan kepala…”.hai!....tempat ini memang bermasaalah……banyak sangat rekod jenayah datang dari penginapan ini.Banyak kecurian dan pecah masuk berlaku.”

Polis datang siasat, tetapi peliknya pengusaha dan pekerjanya buat selamba tanpa ada rasa tanggung jawab apa terjadi di situ. Puan Nor termenung panjang macamana nak meneruskan perjalanan tanpa satu sen pun dan dimana sumber kewangan nak dicari kerana semua kad didalam beg itu. Pegawai polis dengan nada marah menyatakan ….”Bodoh betul depa ni…adake kita datang siasat tempat dia, dia tak sapa dan tenguk pun……ini kes berat.”ini ada kes gunting dalam selimut.




Sebelum ini, pelajar UNIZA diarahkan pindah keluar kerana Tidak Selamat setelah rumah sewanya dalam kawasan itu dipecah masuk.Sungguh kesihan orang Terengganu ni……menurut info polis ,Rata-rata dikawasan itu Penagih dadah adalah orang berbangsa melayu........Jangan sangka tinggal dikawasan Melayu selamat!!!.....Awas .....!!!!.. Jauhi kawasan ini ........!!!!..Anda akan terkial bersendirian tanpa pembelaan .
 




Polis menasihati supaya jangan menyewa lagi ditempat itu kerana risiko sangat tinggi. Banyak lagi penginapan ditempat lain.Sewalah di kawasan agak jauh dari pantai ,kerana di kawasan pantai ini banyak penagih dadah.

Sekiranya ada penduduk terjumpa 2 beg kecil ini yang sama ukuran lebih kurang 7in atau 17cm seperti digambar dibawah (purse hitam dan purse kain merah putih) yang dibuang dikawasan sampah atau sekitar sila hantar ke balai polis Gong badak .Kuala Terengganu,
(Att. Sjn Azmi atau norhaliza) tel 09-6672222