Puan Hayati

Sunday, November 6, 2016

Harapan Menggunung Tinggi

Sedih melanda
Dalam hati kecil ku Allah sentiasa bersama , tawakal perlu tinggi..
Namun kalbu yang terusik sungguh sukar di ubati...

Itulah keluhan sahabat ku....
saban hari ku lihat wajah nya suram, Sukar melukis senyuman...
apakah daya ku untuk membantunya

Hidup ini hanya sementara,
Hidup ini hanya pentas dunia , kita pelakon yang memegang watak..
habis tempoh , lakunan kita tak di perlukan lagi..


Ingatlah sahabat dekatkan diri mu dengan pencipta mu, pasti engkau bahagia di suatu masa nanti. akhirnya aku dapat tahu masaalah  sahabat ku ini

ceritanya, dia telah berkahwin hampir  5 tahun , namun belum memperoleh anak yang menceriakan suasana rumah tangga mereka.Bukan tak pernah hamil, tetapi  baby dalam kandungan itu hanya bertahan selama 3 bulan sahaja dan di sahkan mati dalam kandungan. Macam2 test yang dijalankan masih belum membuahkan hasil.

Akhirnya mereka berubat secara syifa. katanya terkena sihir..

Ada yang tak puas hati ....
Bak kata orang tua  kalau makan sedap , jangan tunjuk pada orang lain... sebab mungkin orang itu tak mampu  untuk dapatkan apa yang kau ada.Terlalu menunjuk hal keluarga, harta benda kita , tak memberi apa2 faedah sebenarnya.Hati kecil  manusia  hanya minta di puji. Hakikatnya pasti ada segelintir manusia yang mengeji.Tak semua orang di dalam media social dan real life yang suka kita.