Wednesday, March 21, 2012

Musibah Itu Hikmah



Demi masa!
Sesungguhnya manusia dalam kerugian,
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
(103:1-3)



"Dia menjadikan malam memasuki ke dalam siang, dan menjadikan siang memasuki ke dalam malam. Dia mengetahui apa yang di dalam dada."
(57:6)



Inilah alkisahnya.mengenangkan jam kesayangan yang dicuri oleh pencuri dirumah rehat pantai puteri. Jam yang sempat dirakamkan sebelum kehilangnya mempunyai sentimental value yang sangat mendalam .Namun apakan daya ianya …… hanya kenangan. Allah Maha mengetahui segala isi hati.

Moga Puan Nor bersabar dan redha sepenuh hati...... from the bottom of your heart! Pasti hikmahnya akan diberikan oleh Allah!

Setiap kali sesuatu yang kurang baik terjadi kepada kita, pastinya ia adalah satu hikmah. sekiranya ada orang mengambil kesempatan keatas diri kita, yakinlah yang tak lama lagi Allah akan memberi ganjaran yang amat lumayan kepada kita sekiranya kita redha kejadian itu.Inilah dinamakan sebagai petua kehidupan seharian kita...kesabaran dan keredoaan.

( When somebody take advantage of you, put your chin up and smile. For sure your get more from ALLAH )

"Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, dan matikanlah kami dalam keadaan Islam (berserah bulat-bulat kepadaMu)"(Al-A'raf : 126)





Sunday, March 11, 2012

Bahaya Di Rumah Rehat Pantai Puteri Terengganu

Perjalanan jauh 800km dari Selangor ke Terengganu malam 9/3/2012 untuk menghadiri undangan majlis kenduri anak kawan berakhir dengan trajedi yang sedih dimana berlaku pecahmasuk dibilik pada malam itu dalam masa hanya 2 jam berehat.Segala kad pengenalan, kad bank dan wang yang disimpan dalam satu beg dicuri।

Puan nor cukup menyesal menyewa di rumah rehat pantai puteri ,Tok Jembal ,Teluk Ketapang 21300 Kuala Terengganu yang lokasinya berhampiran kawasan pantai di hujung Lapangan Terbang Sultan Mahmud.Pada malam itu ,Oleh kerana larut malam dan malas menyusahkan teman, puan Nor tidak menalipon kawan nya yang telahpun menyediakan Rumah penginapan . Waktu melalui jalan dikawasan pantai, pejabat penginapan diPantai puteri masih beroperasi.Puan Nor pun mendaftar dan masuk bilik jam 3.00 pagi.Malang tak berbau......

Check in jam 3pagi itu mengundang pencuri professional . puan Nor dan suami tersedar dari tidur pada jam 5.30 pagi , mereka sungguh terperanjat kerana mendapati barang peribadi ,wang ,handphone lesap, Bayangkan barang hilang dalam bilik hanya dalam masa 2jam terlelap.

Awal jam 7.00 pagi (10/03/2012 ) mereka membuat lapuran di balai polis Gong Badak di kuala Terengganu.Apabila diberitahu, pegawai polis di tempat itu hanya menggelengkan kepala…”.hai!....tempat ini memang bermasaalah……banyak sangat rekod jenayah datang dari penginapan ini.Banyak kecurian dan pecah masuk berlaku.”

Polis datang siasat, tetapi peliknya pengusaha dan pekerjanya buat selamba tanpa ada rasa tanggung jawab apa terjadi di situ. Puan Nor termenung panjang macamana nak meneruskan perjalanan tanpa satu sen pun dan dimana sumber kewangan nak dicari kerana semua kad didalam beg itu. Pegawai polis dengan nada marah menyatakan ….”Bodoh betul depa ni…adake kita datang siasat tempat dia, dia tak sapa dan tenguk pun……ini kes berat.”ini ada kes gunting dalam selimut.


Sebelum ini, pelajar UNIZA diarahkan pindah keluar kerana Tidak Selamat setelah rumah sewanya dalam kawasan itu dipecah masuk.Sungguh kesihan orang Terengganu ni……menurut info polis ,Rata-rata dikawasan itu Penagih dadah adalah orang berbangsa melayu........Jangan sangka tinggal dikawasan Melayu selamat!!!.....Awas .....!!!!.. Jauhi kawasan ini ........!!!!..Anda akan terkial bersendirian tanpa pembelaan .

Polis menasihati supaya jangan menyewa lagi ditempat itu kerana risiko sangat tinggi. Banyak lagi penginapan ditempat lain.Sewalah di kawasan agak jauh dari pantai ,kerana di kawasan pantai ini banyak penagih dadah.

Sekiranya ada penduduk terjumpa 2 beg kecil ini yang sama ukuran lebihkurang 7in atau 17cm seperti digambar dibawah (purse hitam dan purse kain merah putih) yang dibuang dikawasan sampah atau sekitar sila hantar ke balai polis Gong badak .Kuala Terengganu,
(Att. Sjn Azmi atau norhaliza) tel 09-6672222

Sunday, October 30, 2011

Sijil Halal JAKIM


Berikut adalah beberapa maklum balas dari JAKIM tentang status halal-haram restoran dan makanan :-

1. Restoran berikut telah mendapat pengesahan halal JAKIM :

1) McDonald

2) A&W

3) Secret Recipe

2. Restoran berikut telah ditarik sijil pengesahan halal JAKIM kerana gagal mematuhi syarat dan piawaian halal :

1) Victoria Station

2) Kam Lun Ta

3) Lotus Family Restoran

3. Restoran berikut tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM :

1) San Francisco Steakhouse

2) Chicken Rice Shop

3) Kiwi Express

Bagi minuman ringan keluaran syarikat F&N seperti Coke dan 100 plus telah mendapat pengesahan halal JAKIM

Bagi kuih bulan dan kuih bakul yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM adalah halal sebagai contoh yang dikeluarkan oleh syarikat KG Pastry atau Noraini’s Cookies dan lain-lain yang ada menggunakan logo halal JAKIM

kecuali kuih bulan dari Kam Lun Tai kerana telah ditarik balik pengesahan halalnya disebabkan berlaku perlanggaran syarat dan peraturan halal yang ditetapkan

2. Ayam segar yang dibungkuskan atas nama Farmbest adalah dikeluarkan oleh Syarikat Sin Mah Sdn Bhd, syarikat ini telah mendapat pengesahan halal JAKIM

3. Tentang mewarnakan rambut dari segi hukum syarak terbagi kepada :

i. Harus mewarnakan rambut dengan warna selain hitam. Warna hitam hanya harus bagi yang berpenyakit sahaja.

ii. Makruh mewarnakan rambut bagi orang muda.

iii. Haram mewarnakan rambut bagi orang yang terlalu tua.

iv. Haram mewarnakan rambut tanpa tujuan.

v Harus mewarnakan rambut dengan izin suami.

Dari segi bahan pewarna rambut yang ada di pasaran terbahagi kepada 2 jenis, yang mana kedua-duanya adalah halal dari segi bahan kandungan. Yang menjadi persolan adakah pewarna tersebut telap air atau tidak ? Pewarna rambut yang di pasaran biasanya akan tertulis pada kotak PERMANENT DYE atau SEMI PERMANENT DYE .

Mengikut kajian jenis yang Semi-Permanent Dye adalah jenis yang tidak telap air dan ianya tidak boleh dipakai oleh orang Islam. Begitu juga sebaliknya

JAKIM sendiri tidak pernah mengeluarkan sijil halal untuk produk pewarna rambut kerana ia dikilangkan di luar negara Untuk pengetahuan, JAKIM hanya akan keluarkan sijil halal untuk produk yang diproses di Malaysia sahaja .

4. Sehingga kini pengeluar makanan supplement dan produk makanan kesihatan yang telah berdaftar dengan JAKIM adalah syarikat Upha Kebanyakan makanan supplement dari syarikat Upha telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan soft gel untuk kapsul yang digunakan adalah halal.

Produk jenama Blackmores, Solaray, Seven Seas, 21 Century tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, kerana itu tidak dapat dipastikan kapsul yang digunakan itu walau pun didakwa bersumberkan lembu tetapi tidak diketahui sama ada lembu itu disembelih atau tidak Produk yang tidak mendapat pengesahan halal ini adalah kerana itu adalah produk import, maka pengedar dan pengeluar bertanggungjawab mendapatkan pengesahan halal dari badan Islam di negara asal produk tersebut diimport.

5. Restoran Dome dan seluruh rangkaiannya tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, maka kerana itu tidak dapat dipastikan status kehalalan makanan dan minuman yang disediakan di restoran ini

6. Food court Suria KLCC

Soalan: Saya ingin tahu samada semua stall di food court Suria KLCC halal ? kerana tiada papan tanda yang membezakan gerai yang halal dengan yang tidak halal.

Saya juga ingin tahu samada semua restoran di Suria KLCC menghidangkan makanan yang halal (walaupun ada yang menjual arak ): Madam Kwan’s, Spring Garden, Rain Nudle House, Bukhara, Chillis, California PIzza, Kelantan Delights, Chakri’s Palace, Rotiboy Bakeshoppe, Auntie Anne’s Pretzels, Cinnabon, Al-Marjan , Bong Sen (Vietnamese) , Chinoz On the Park, Dome Café, Genki Sushi, Gloria Jean’s Coffees, House of Sudanese Food, San Francisco Steak House/Santini.

Jawapan: Gerai-gerai makan di Medan Selera di KLCC tidak ada yang mendapat pengesahan halal JAKIM termasuklah juga semua restoran yang disenaraikan itu

7. Baker’s Cottage telah mendapat pengesahan halal dari JAIS ( JabatanAgama Islam Selangor ), La Boheme tidak dapat dipastikan status halal kerana tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM. King’s Confectionery telah mendapat pengesahan halal JAKIM , Status makanan yang disediakan di Giant dan Tesco ada sebahagiannya yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM , manakala Jusco hendaklah merujuk kepada logo halal yang digunakan pada pembungkusan produk kerana Jusco tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM secara khusus

8. Kedai Bread Talk & Bread Story tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM

9. Sehingga kini JAKIM tidak pernah memberi pengesahan halal ke atas Restoran Burger King , maka dengan itu tidak dapat dipastikan status kehalalan produk yang dijual

10. Bagi produk Ramli Burger dan Ayamas , memang telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan kedua-dua syarikat ini sentiasa mematuhi peraturan halal JAKIM

11. Coffee Bean telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan semua bahan yang digunakan adalah halal tetapi Starbuck memang tidak pernah memohon pengesahan halal JAKIM , maka tidak dapat dipastikan kehalalan bahan atau produk di tempat tersebut

Sumber;

Forward info from Majer Hussaien