Puan Hayati

Friday, February 4, 2022

HALAL ITU BAGAIMANA ??

 Tanggung jawab seorang penjaga , ibu bapa atau suami adalah memberikan nafkah kepada ahli dibawah tanggung nya.Salah satu bentuk nafkah adalah memberikan makan dan minum secukupnya.

Pastinya, sebagai seorang muslim  mestilah memberikan makanan yang halal dari segi cara mendapatkan dan bentuk makanan itu sendiri.Sabda Rasulullah yang bermaksud, 

 “Setiap daging yang tumbuh daripada makanan yang haram, maka api nerakalah yang layak baginya”. (Riwayat at-Tirmizi).

 Kesihan kepada anak-anak , kerana jika seseorang memakan makanan yang haram dan syubhah maka hatinya akan menjadi gelap. Jangan di tanya kenapa anak ini  menjadi kurang ajar  atau susah di didik, bengap otak, nakal dan membuat perkara yang tak di jangkau akal, bukan salah mereka tetapi berbalik kepada yang memberi mereka makan minum.

 Allah SWT berfirman di dalam al-Quran:

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُلُواْ مِن طَيِّبَٰتِ مَا رَزَقۡنَٰكُمۡ

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, Makanlah daripada benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu…”

Surah al-Baqarah (172)

Allah SWT memerintahkan kepada umatnya untuk mencari sumber rezeki yang paling baik dan halal. Setiap makanan yang dimakan akan menjadi darah daging kepada seseorang. Hal ini kerana, jika seseorang memakan makanan yang haram dan syubhah maka hatinya akan menjadi gelap. Selain itu, setiap daging yang tumbuh daripada perkara yang haram nescaya azab neraka baginya. Oleh itu, benarlah sabda Nabi SAW:

إِنَّ الْحَلَالَ بَيِّنٌ، وَإِنَّ الْحَرَامَ بَيِّنٌ، وَبَيْنَهُمَا مُشْتَبِهَاتٌ لَا يَعْلَمُهُنَّ كَثِيرٌ مِنَ النَّاسِ، فَمَنِ اتَّقَى الشُّبُهَاتِ اسْتَبْرَأَ لِدِينِهِ، وَعِرْضِهِ، وَمَنْ وَقَعَ فِي الشُّبُهَاتِ وَقَعَ فِي الْحَرَامِ

Maksudnya: “Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Di antara keduanya terdapat perkara-perkara yang syubhah (samar-samar) yang tidak diketahui oleh orang banyak. Maka siapa yang takut terhadap syubhah bererti dia telah menyelamatkan agamanya dan kehormatannya. Dan siapa yang terjerumus dalam perkara syubhah, maka akan terjerumus dalam perkara yang diharamkan”.

Riwayat Muslim (107)

 

Oleh karena itu para suami , kepala keluarga wajib berilmu tentang hukum sumber penghasilan yang haram agar dapat menghindarinya.Kewajiban  hanya menafkahi dari sumber penghasilan yang halal.Jauh dari duit rasuah atau mencuri.Sedikut nukilan untuk renungan bersama, kisah yang memperingatkan diri kita dan keluarga supaya berhati2  dalam memilih makanan.

 Orang yang berpegang padaAgama Islam dan mengamalkan cara hidup Islam di panggil Muslim.Orang Melayu ,   dikenali sebagai Melayu Muslim.Tetapi bukan semua Melayu itu Muslim , sama seperti bangsa2 lain juga.

Cerita yang biasa kita dengar. Melayu pantang nampak seorang Melayu makan di kedai pork free....maka berduyun-duyunlah Melayu lain ikut masuk makan.....




Kedai makan “NO PORK”

Ikuti kisah seorang Chef  , seorang tukang masak  yang berkerja di sekitar selangor dan KL, pengalaman hampir 10 tahun berkerja di pelbagai jenis hotel dan restaurant. Terdetik dia nak berkongsi cerita ini setelah melihat beberapa posting berkaitan isu makan di kedai tanpa sijil halal namun berlabel "pork free", ramai Muslim yang dilihat makan dan minum di kedai sebegini. Jadi biarlah dia sebagai orang yang bergelumang dalam industri ini berkongsi sikit cerita pada semua. 

" Restoran pork free biasanya di miliki oleh Non Muslim, mereka tak mahu apply sijil halal sebab susah dan bagi mereka buang masa dan duit, dan sebenarnya tak mungkin akan lulus, kenapa? Saya akan ceritakan di bawah. Tapi oleh kerana mereka sedar 70% hasil jualan biasanya datang dari kaum Melayu yakni muslim maka mereka memilih untuk meletakkan logo “No Pork” di kedai mereka."

Pernah saya berkerja di sebuah syarikat di KL, sebagai chef makanan "Western" dan Melayu, tetapi atas kerana perubahan hala tuju perniagaan, owner tempat saya berkerja menambah sisi perniagaan iaitu restaurant makan tengahari “pork free”, jujurnya saya terlibat dengan operasi dari awal hingga sekarang. Saya dapat melihat segenap aspek apa yang berlaku dalam restaurant "pork free".

Sebab apa mereka tak mahu mohon sijil halal JAKIM sedangkan mereka mahu pelanggan dari orang Muslim? Pertama, ada sebahagian mereka mahu menjual alcohol di premis yang sama, kedua, bahan masakan yang mereka guna tidak memiliki sijil halal, dan pengeluarnya diragui. Kenapa ini berlaku, jujurnya, pemilik restoran ini bukanlah jahat atau sengaja, yang saya dapati ialah mereka tidak betul betul memahami konsep halal itu. Saya pernah cuba menegur bekas majikan saya, tapi dia masih kurang faham. Bagi beliau, cukup sekadar tidak menggunakan produk babi sudah cukup sesuai untuk pelanggan islam. Pemahamannya kurang.

Betul, tiada babi yang di gunakan, tapi, di dapur, ada cooking wine, ayam yang di guna di ragui sembelihan, (pernah check tiada kesan sembelihan), makanan dalam tin dari syarikat yang sama yang mengeluarkan produk babi, bahan bahan yang di import terus dari China, Taiwan dan sebagainya, (atas alasan rasa dan quality lebih baik) tiada cop halal jakim, bahkan tiada cop halal mana mana pun, ini adalah contoh apa yang saya dapat lihat dari pengalaman sendiri, betul pork free, tapi pasti ia tidak halal untuk di muslim.


Bekas majikan saya mengaku sendiri, hampir 70 peratus hasil jualan dari Melayu Muslim, hinggakan dia perlu menggaji pekerja Muslim wanita bertudung untuk berkerja di ruang hadapan, supaya Muslim berani untuk makan di situ, hakikatnya, tukang masak adalah non muslim, bahan masakan juga diragui dan tidak halal. Iya, tidak ada menggunakan babi, tapi masih tidak halal untuk muslim.

Wallahhi, saya rasa bertanggungjawab untuk share hakikat ni, sebab saya ada dalam industri,  sekurang kurangnya, ini pengalaman di tempat saya pernah berkerja, mungkin tempat lain berbeza, tapi untuk renungan kita bersama, mari berfikir  kenapa restoran ini tak mahu dapatkan sijil halal JAKIM, sedangkan mahu pelanggan dari Melayu Islam (sanggup pamerkan logo Pork Free). Jika tak pasti halal atau haram, sudah pasti menjadi ragu ragu, syubhah, kita muslim kena elakkan.

Akhir kata, pada yang membaca, tolong renungkan semula, kenapa bersusah susah makan yang syubhah sedangkan boleh cari yang pasti halal.

Harap perkongsian ini membuka mata semua.


Noted: Terima kasih pada chef yang berkongsi maklumat ni. Semoga di rahmati Allah.