Puan Hayati
Showing posts with label lawas kencing. Show all posts
Showing posts with label lawas kencing. Show all posts

Tuesday, June 1, 2010

Buah Delima (Punica Granatum)



Buah delima adalah sejenis buah yang berasal dari Mediterranean yang banyak digunakan dalam perubatan tradisional untuk mengubati pelbagai jenis penyakit. Bentuk buahnya seperti epal dengan di dalamnya mempunyai beratus-ratus biji.Biji-biji inilah yang dimakan .Rasanya sedap ,masam-masam manis.
Buah delima merupakan salah satu buah yang terdapat di dalam syurga . Sebagaimana firman Allah (Q:55:68)
Maksudnya: "Pada keduanya juga terdapat buah-buahan serta pohon-pohon kurma dan delima".

Buah delima mempunyai pelbagai keistimewaan. Buah ini mengandungi zat besi, kalsium, folforus, vitamin A dan C. Zat besi yang terdapat di dalam buah delima dianggap sebagai unsur penting dalam pembentukan darah merah. Seseorang yang kekurangan zat besi akan mengalami penyakit anemia.

Sejak zaman dahulu ahli perubatan Yunani menggunakan ubat ini sebagai ubat cacing. Alkaloid yang terdapat pada kulit buah membuat cacing melekat pada dinding usus manusia melepaskan pegangannya. Buah delima masam pula boleh mencegah dari muntah, menghentikan cirit-birit dan melawaskan air kencing.

Terdapat kajian yang menyatakan bahawa biji delima dapat dijadikan ubat luka-luka yang teruk dan kebenjolan. Caranya dengan mengambil biji-biji delima ditumbuk dan dicampurkan dengan sedikit madu dan disapukan pada bahagian luka.Berguna juga untuk menurunkan berat badan .Ambil dua genggam daun delima muda diramas-ramas dengan air masak, dicampurkan sedikit garam. Dapatkan perahan pati, minum dua kali sehari.

Delima banyak mengandung antioksidan boleh melawan penyakit ketumbuhan /tumor.Menurut kajian Kanser prostat adalah jenis kanser kedua yang mengancam pria setelah kanser paru-paru.

Dapatkan produk ini  disini
  

                                                    INFO DETAIL DELIMA  KLIK
 

Monday, March 31, 2008

Fatwa Kesan Rokok .Kenapa Menjadi Haram ?



Fatwa kepada menghisap rokok,kenapakah ia menjadi haram ?.Rokok memang memudaratkan kesihatan kepada sesiapa sahaja yang menghisapnya, oleh itu ia bukan lagi bertaraf makruh tetapi lebih dari itu.Setiap batang rokok yang dinyalakan akan mengeluarkan lebih 4 000 bahan kimia beracun, setiap sedutan, menyerupai satu sedutan maut. kandungan asap rokok mengandungi bahan radioaktif (Polonium-201) dan bahan-bahan yang digunakan di dalam cat (Acetone), pencuci lantai (Ammonia), ubat gegat (Naphthalene), racun serangga (DDT), racun anai-anai (Arsenic), gas beracun (Hydrogen Cyanide) yang digunakan di "bilik gas maut" bagi pesalah yang menjalani hukuman mati.

Tar yang terdapat dalam rokok mengandungi bahan kimia yang diketahui menjadi penyebab kanser (karsinogen). Bahan seperti Benzopyrene iaitu sejenis Policyclic Aromatic Hydrocarbon (PAH) telah lama disahkan sebagai agen yang memulakan proses kejadian kanser.

Karbon Monoksida adalah gas beracun yang biasanya dikeluarkan oleh ekzos kenderaan. Gas ini menjejaskan bekalkan oksigen ke tisu-tisu hingga ianya menjadi terencat dan akhirnya boleh menyebabkan maut sekiranya paras karbon monoksida di dalam badan melebihi 60%.Apabila racun rokok itu memasuki tubuh manusia, ianya akan membawa kerosakkan pada setiap organ disepanjang laluannya, iaitu bermula dari hidung, mulut, tekak, saluran pernafasan, paru-paru, saluran penghazaman, saluran darah, jantung, organ pembiakan, sehinggalah ke saluran kencing dan pundi kencing.

Nikotin turut menjadi punca utama risiko serangan penyakit jantung dan strok. Hampir satu perempat mangsa pesakit jantung berpunca dari tabiat merokok.Nikotin, seperti juga dadah heroin, amfetamin dan kokain, bertindak balas di dalam otak dan mempunyai kesan kepada sistem mesolimbi dan menjadi punca utama penagihan. Sindrom ketagihan terhadap nikotin dilihat dengan gejala gian,berkelakuan seperti mengalami gangguan akal dan dalam keadaan yang amat tertekan sekali.Memang terlalu sukar untuk sesiapa yang telah terjerat dengan ketagihan merokok, meninggalkan tabiat itu untuk selamanya, kecuali dengan ikhtiar yang serius.

Nicotine Withdrawal Syndrome dapat dikesan dengan simptom
:
• Mudah marah
• Tertekan
• Resah gelisah
• Tidak dapat berehat dengan cukup
• Tidak dapat menumpukan perhatian
• Selera makan meningkat
• Keinginan untuk merokok semula
• Tidak dapat tidur
• Degupan jantung yang lemah

Semua simptom ini dapat diatasi melaui penggunaan Nicotine Replacement Therapy (NRT) yang boleh didapati di farmasi melalui nasihat doktor.

Kesan-kesan buruk dikaitkan dengan merokok adalah
• Barah paru-paru dan berbagai jenis kanser
• Kelelahan akibat COAD dan emphysema
• Sakit jantung
• Kerosakan pada salur darah spt Peripheral Vascular Diseases
• Kanser pundi kencing
• Air mani tidak normal
• Lemah ingatan
• Meningkat risiko anak yang di kandung, terbantut perkembangan, sistem pernafasan pada bayi terganggu