Puan Hayati
Showing posts with label Halal. Show all posts
Showing posts with label Halal. Show all posts

Friday, February 4, 2022

HALAL ITU BAGAIMANA ??

 Tanggung jawab seorang penjaga , ibu bapa atau suami adalah memberikan nafkah kepada ahli dibawah tanggung nya.Salah satu bentuk nafkah adalah memberikan makan dan minum secukupnya.

Pastinya, sebagai seorang muslim  mestilah memberikan makanan yang halal dari segi cara mendapatkan dan bentuk makanan itu sendiri.Sabda Rasulullah yang bermaksud, 

 “Setiap daging yang tumbuh daripada makanan yang haram, maka api nerakalah yang layak baginya”. (Riwayat at-Tirmizi).

 Kesihan kepada anak-anak , kerana jika seseorang memakan makanan yang haram dan syubhah maka hatinya akan menjadi gelap. Jangan di tanya kenapa anak ini  menjadi kurang ajar  atau susah di didik, bengap otak, nakal dan membuat perkara yang tak di jangkau akal, bukan salah mereka tetapi berbalik kepada yang memberi mereka makan minum.

 Allah SWT berfirman di dalam al-Quran:

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُلُواْ مِن طَيِّبَٰتِ مَا رَزَقۡنَٰكُمۡ

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, Makanlah daripada benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu…”

Surah al-Baqarah (172)

Allah SWT memerintahkan kepada umatnya untuk mencari sumber rezeki yang paling baik dan halal. Setiap makanan yang dimakan akan menjadi darah daging kepada seseorang. Hal ini kerana, jika seseorang memakan makanan yang haram dan syubhah maka hatinya akan menjadi gelap. Selain itu, setiap daging yang tumbuh daripada perkara yang haram nescaya azab neraka baginya. Oleh itu, benarlah sabda Nabi SAW:

إِنَّ الْحَلَالَ بَيِّنٌ، وَإِنَّ الْحَرَامَ بَيِّنٌ، وَبَيْنَهُمَا مُشْتَبِهَاتٌ لَا يَعْلَمُهُنَّ كَثِيرٌ مِنَ النَّاسِ، فَمَنِ اتَّقَى الشُّبُهَاتِ اسْتَبْرَأَ لِدِينِهِ، وَعِرْضِهِ، وَمَنْ وَقَعَ فِي الشُّبُهَاتِ وَقَعَ فِي الْحَرَامِ

Maksudnya: “Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Di antara keduanya terdapat perkara-perkara yang syubhah (samar-samar) yang tidak diketahui oleh orang banyak. Maka siapa yang takut terhadap syubhah bererti dia telah menyelamatkan agamanya dan kehormatannya. Dan siapa yang terjerumus dalam perkara syubhah, maka akan terjerumus dalam perkara yang diharamkan”.

Riwayat Muslim (107)

 

Oleh karena itu para suami , kepala keluarga wajib berilmu tentang hukum sumber penghasilan yang haram agar dapat menghindarinya.Kewajiban  hanya menafkahi dari sumber penghasilan yang halal.Jauh dari duit rasuah atau mencuri.Sedikut nukilan untuk renungan bersama, kisah yang memperingatkan diri kita dan keluarga supaya berhati2  dalam memilih makanan.

 Orang yang berpegang padaAgama Islam dan mengamalkan cara hidup Islam di panggil Muslim.Orang Melayu ,   dikenali sebagai Melayu Muslim.Tetapi bukan semua Melayu itu Muslim , sama seperti bangsa2 lain juga.

Cerita yang biasa kita dengar. Melayu pantang nampak seorang Melayu makan di kedai pork free....maka berduyun-duyunlah Melayu lain ikut masuk makan.....




Kedai makan “NO PORK”

Ikuti kisah seorang Chef  , seorang tukang masak  yang berkerja di sekitar selangor dan KL, pengalaman hampir 10 tahun berkerja di pelbagai jenis hotel dan restaurant. Terdetik dia nak berkongsi cerita ini setelah melihat beberapa posting berkaitan isu makan di kedai tanpa sijil halal namun berlabel "pork free", ramai Muslim yang dilihat makan dan minum di kedai sebegini. Jadi biarlah dia sebagai orang yang bergelumang dalam industri ini berkongsi sikit cerita pada semua. 

" Restoran pork free biasanya di miliki oleh Non Muslim, mereka tak mahu apply sijil halal sebab susah dan bagi mereka buang masa dan duit, dan sebenarnya tak mungkin akan lulus, kenapa? Saya akan ceritakan di bawah. Tapi oleh kerana mereka sedar 70% hasil jualan biasanya datang dari kaum Melayu yakni muslim maka mereka memilih untuk meletakkan logo “No Pork” di kedai mereka."

Pernah saya berkerja di sebuah syarikat di KL, sebagai chef makanan "Western" dan Melayu, tetapi atas kerana perubahan hala tuju perniagaan, owner tempat saya berkerja menambah sisi perniagaan iaitu restaurant makan tengahari “pork free”, jujurnya saya terlibat dengan operasi dari awal hingga sekarang. Saya dapat melihat segenap aspek apa yang berlaku dalam restaurant "pork free".

Sebab apa mereka tak mahu mohon sijil halal JAKIM sedangkan mereka mahu pelanggan dari orang Muslim? Pertama, ada sebahagian mereka mahu menjual alcohol di premis yang sama, kedua, bahan masakan yang mereka guna tidak memiliki sijil halal, dan pengeluarnya diragui. Kenapa ini berlaku, jujurnya, pemilik restoran ini bukanlah jahat atau sengaja, yang saya dapati ialah mereka tidak betul betul memahami konsep halal itu. Saya pernah cuba menegur bekas majikan saya, tapi dia masih kurang faham. Bagi beliau, cukup sekadar tidak menggunakan produk babi sudah cukup sesuai untuk pelanggan islam. Pemahamannya kurang.

Betul, tiada babi yang di gunakan, tapi, di dapur, ada cooking wine, ayam yang di guna di ragui sembelihan, (pernah check tiada kesan sembelihan), makanan dalam tin dari syarikat yang sama yang mengeluarkan produk babi, bahan bahan yang di import terus dari China, Taiwan dan sebagainya, (atas alasan rasa dan quality lebih baik) tiada cop halal jakim, bahkan tiada cop halal mana mana pun, ini adalah contoh apa yang saya dapat lihat dari pengalaman sendiri, betul pork free, tapi pasti ia tidak halal untuk di muslim.


Bekas majikan saya mengaku sendiri, hampir 70 peratus hasil jualan dari Melayu Muslim, hinggakan dia perlu menggaji pekerja Muslim wanita bertudung untuk berkerja di ruang hadapan, supaya Muslim berani untuk makan di situ, hakikatnya, tukang masak adalah non muslim, bahan masakan juga diragui dan tidak halal. Iya, tidak ada menggunakan babi, tapi masih tidak halal untuk muslim.

Wallahhi, saya rasa bertanggungjawab untuk share hakikat ni, sebab saya ada dalam industri,  sekurang kurangnya, ini pengalaman di tempat saya pernah berkerja, mungkin tempat lain berbeza, tapi untuk renungan kita bersama, mari berfikir  kenapa restoran ini tak mahu dapatkan sijil halal JAKIM, sedangkan mahu pelanggan dari Melayu Islam (sanggup pamerkan logo Pork Free). Jika tak pasti halal atau haram, sudah pasti menjadi ragu ragu, syubhah, kita muslim kena elakkan.

Akhir kata, pada yang membaca, tolong renungkan semula, kenapa bersusah susah makan yang syubhah sedangkan boleh cari yang pasti halal.

Harap perkongsian ini membuka mata semua.


Noted: Terima kasih pada chef yang berkongsi maklumat ni. Semoga di rahmati Allah. 

 




Tuesday, September 23, 2014

Apa Yang DIkatakan Halal Makanan Itu?


TAKRIF MAKANAN HALAL MENURUT Al-Quran dan Sunnah

1. Makanan halal hanya boleh dikatakan halal apabila yang membuatnya terdiri Dari kalangan umat Islam itu sendiri. kerana orang-orang bukan Islam tidak tahu makna HALAL terutama mereka tidak mengerti apa itu Allah dan Rasul. Tiada diniatkan kerana Allah semasa ia dibuat,. Tiada dimulakan dengan Bismillah. Mengenyangkan tapi tiada berkat.

2. Skop makanan HALAL itu bukan sekadar memakan makanan tersebut, tetapi juga mengambil RUH ISLAM dari pengusaha makanan tersebut! Tetapi kalau pengusaha/pembuat itu orang kafir,maka pastinya RUH KAFIR itulah yang diambilnya…. Kalau mereka sendiri tidak HALAL dan SUCI, bagaimana makanan yang mereka buat boleh diketagori HALAL???? Mereka tidak Tahu HUKUM THOHARAH ; jenis air yang boleh dan tidak boleh digunakan; mana satu najis kecil / besar . - mereka ini tidak tahu status HALAL atau  SUCI dari segi AGAMA ISLAM kerana mereka tidak mandi hadas/junabah,

 HADAS , erti kata lain adalah NAJIS tidak SAMAK kalau pegang anjing / babi ,
Bagi mereka pegang tidak mengapa - macam pegang kucing saja. Adakah anda terfikir......????
Peluk cium anjing sebelum buat makanan , bancuh tepung buat kek/roti, biskut

3. Dalam Islam, makanan dan minuman bukan saja berperanan untuk keperluan jasmani. Makanan juga berperanan untuk membentuk rohani seorang Muslim supaya menjadi manusia yang berwibawa. Tiada nur Islam yang boleh merubah hati.

Apabila CAHAYA KEKUFURAN (keingkaran) ini melimpah masuk ke dalam makanan yang dimakan, maka akan membiaklah BENIH-BENIH KUFUR di dalam diri tersebut. Maka dari saat itu bermulalah penentangan terhadap Perintah dan Larangan Allah dan Rasul sedikit demi sedikit. Bermula dari kanak-kanak sehinggalah dewasa.

4. Kita akui bahawa jasmani memerlukan makanan tetapi bukan dengan cara yang berlebihan sehingga boleh menjejaskan kesihatan badan. Badan memerlukan makanan sekadar untuk kekuatan fizikal dan mental. Lantaran itu Rasullah s.a.w mengajar umat manusia cara untuk memenuhi keperluan fizikal bukan menurut nafsu dan berlebih-lebihan.

6. Sumbernya diragui. Setiap makanan mempunyai Mhz - atau Gelombang .Makanan mempunyai gelombang yang berbeza. Makanan yang segar lebih tinggi gelombangnya daripada makanan kering. Makanan dalam tin mempunyai kosong gelombang dan tiada manafaat langsung. Madu umpamanya mempunyai gelombang sehingga 250Mhz. Lagi tinggi Mhz pada makanan tersebut adalah terlebih baik buat tubuh badan manusia.

  Apabila gelombang asli (makanan) bertemu dengan cahaya (nur) agama Islam , maka ia akan menghasilkan satu bentuk dinamik yang dipanggil "RELUNG CAHAYA". Relung cahaya ini akan menghasilkan impak yang memberi bekas pada hati, lidah dan anggota manusia sehingga merubah dari gelap kepada NUR.


Buku biologi, buku pemakanan mengkaji bahawa untuk mendapat vitamin B dan menambah darah ,kita digalakkan untuk memakan hati haiwan dan hati ayam.......tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman.

KENAPA ???
Kerana MMEMAKAN HATI AYAM BOLEH MELEMBABKAN OTAK.

TAHUKAH ANDA  ...???  
HATI merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan.
 kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. SANGGUP KITA makan toksin tersebut serta MEMBENGAPKAN otak kita
..

Islam telah pun menetapkan makanan yang halal dan yang haram. Makanan halal boleh dijelaskan sebagai sesuatu bahan makanan yang suci dan baik (halalan tayyiba) di samping ia tidak melanggari syariat Islam sewaktu mendapatkannya, menyediakannya dan menggunakannya.

Ini selaras dengan firman Allah yang bermaksud: Maka makanlah makanan yang halal (suci) lagi baik daripada rezeki yang telah diberikan Allah kepadamu dan bersyukurlah di atas nikmat Allah...(an-Nisa': 14)Arak, khinzir dan anjing adalah contoh makanan yang majoriti umat Islam mengetahuinya sebagai benda yang haram.

Al-Quran telah menggariskan panduan tambahan bagi menentukan sesuatu makanan itu haram atau dilarang Islam. Ini berdasarkan firman Allah yang bermaksud:

" Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai, darah, daging babi, binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, yang mati tercekik, mati dipukul, mati jatuh, mati ditanduk, yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih dan yang disembelih atas nama berhala serta (diharamkan) kamu menilik nasib dengan anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik." (al-Maaidah: 3)

Bab halal dan haram telah diperjelaskan dengan begitu nyata dalam Al-Quran. Setiap sumber makanan, sumber pendapatan, bahan keperluan harian, cara penyediaan makanan dan sebagainya, wajib halal. Dalam Islam tidak ada istilah 'Separa Halal', 'Separuh Halal' atau 'Gred Halal dengan 3 Bintang' atau sebagainya. Setiap bahan dan sumbernya perlulah 100% halal malah suci dan baik dan tidak menimbulkan rasa was-was atau keraguan mengenai status halalnya.

Ini kerana setiap sumber yang haram akan menjadi darah daging dan akan menjejaskan amalan, doa dan personaliti dalaman dan luaran seseorang.Justeru, umat Islam juga perlu prihatin kepada aspek penyediaan makanan agar makanan tersebut dapat dipastikan halal sedari proses awalnya merangkumi penternakannya atau penanamannya, penyembelihan dan penyediaannya hinggalah ia dijamah ke mulut sebagai halalan tayyiba sepenuhnya.

Makanan halal akan menjadi darah dan masuk ke hati kita. Hati yang bersih mudah dididik dan beramal soleh. Jagalah makan kita, janganlah makan dikedai orang yang tidak solat, 

Info menyatakan bahawa Nabi Musa diberitahu bahawa air hujan yang jatuh menitis dari bumbung rumah orang tidak solat adalah lebih hina daripada air kencing anjing hitam, bayangkan kalau orang ini menyediakan makanan dari air basuhan tangannya, dan bagaimana pula kalau MEREKA ITU orang  YANG belum  MEMELUK ISLAM
 Fikir2 dan praktikkan

Monday, March 24, 2008

Bagaimana Mencari Yang Halal ?.



Mencari yang halal dan menjauhkan yang haram dalam makanan adalah wajib kepada semua orang Islam, Selalulah perhatikan bagaimana makanan yang akan kita makan itu .Bagaimana cara pembuatan nya? . Makanan akan menjadi darah dan akan masuk kedalam hati kita. Insan yang mempunyai hati yang bersih akan mudah dididik dan akan rajin menunaikan solat serta beramal soleh .

Pekara utama yang perlu dilihat jika ingin makan diluar, seperti restoran atau di kedai , hendaklah diperhatikan logo kedai. Pernah saya keluar Negara melihat kedai seperti kedai orang Islam , Penyambutnya bersongkok dan berkain pelikat. Tetapi alangkah terperanjatnya apabila melihat signboard dipintu tentera tertulis “restaurant babi panggang”. Begitu juga halnya dengan kedai mamak , tersilap haribulan termasuk kedai Berbangsa India, Melihat tokong yang besar dikaunter berbayar barulah terperasan.Bagaimana jika petunjuk ini tak nampak dimata? Awasilah… Beringat.lah…

Perhatikan juga tukang masak dan pelayan kedai itu. Sekiranya Nampak tak menyenangkan dari segi kebersihan lahiriah , elakkan.Sekiranya tukang masak moden berambut dye…pastikan kalau dibasuh air boleh menebusinya, jika tidak …bermaana solatnya tak sah kerana mandi wajibnya tak sah. Air tangan nya memasak makanan itu? Carilah kedai orang yang menunaikan solat kerana dalam penyediaan masakan ,setiap kerja diiringi dengan selawat dan bacaan Bismillah
. Makanan lebih berkat.

Bagi pengemar masakan menggunakan telur, risik kepada tukang masak tersebut , samada telur itu sudah dibasuh dahulu sebelum digunakan. Jika ia senyum atau ketawa bermaana tiada, jadi janganlah makan..Tukang masak yang pegang telur dan kemudian nya menarik mee atau tepung, bermaana najisnya berpindah ke makanan itu.Makanan bernajis tidak suci lagi . Adakah ia halal?. Apakah makna suci dan bersih dalam Islam?

Panduan untuk mencari yang halal , carilah yang ada tanda HALAL Jakim. Tak perlu risau siapa yang buat. Namun begitu sejak kebelakangan ini, logo itu tak menjamin juga.Oleh itu gunakan “instinct”. Jika ada rasa ragu-ragu , tinggalkan.Takut dan dikuatiri makanan itu adalah “syubbah “. Halal dan Haram semua telah mengetahui dengan jelas tetapi perkara “syubbah “agak mengelirukan .Mengikut Para Ulama , mereka berpendapat bahawa ianya lebih cenderung ke arah Haram berbanding Halal . Oleh itu berbanyaklah lah kita menelitinya sebelum menjamahnya.

Allah menyuruh kita memakan makanan yang halal dan baik. Ini bermakna halal saja tidak cukupi. Ini bemakna jika sekadar ada tanda logo halal saja masih belum memadai .Kita perlu juga melakukan penyelidikan tentang kandungan makanan itu. Adakah ianya baik ? Kaji juga baik yang macam mana ? Dari segi apa yang dikatakan baik itu ?
Kaji kandungan makanan dan kesihatan kita adakah bersesuaian?. Orang yang berpenyakit darah tinggi kena kurangkan garam. Orang yang berpenyakit kencing ,manis kena kurangkan gula dan kabohaidrat. Kanak –kanak perlu makanan yang berperotin tinggi dan kaya dengan kalsium untuk pembesaran . Kena kaji lebel makanan , sebagai orang yang pintar kita mesti bijak menguruskan kesihatan diri untuk mencapai tahap kesihatan yang sangat sihat.

Badan yang sihat akan lahirlah pemikiran yang bernas . Idea menuju kecermelangan hidup akan sentiasa diperolehi.Lahirlah insan yang sihat fizikal,mempunyai kebersihan rohani dan memiliki tatasusila yang paling dituntut dalam Islam.Insan beradab-sopan, insan yang taat kepada kedua ibu –bapa, insan yang pandai bergaul dengan masyarakat, Insan yang pemurah dan penyayang dan banyak lagi sifat-sifat terpuji akan dapat dicapai hasil dari makanan yang baik.

Thursday, February 21, 2008

Kualiti Kebersihan Makanan vs Info Makanan Halal

Penyediaan Makanan Harus Menjadi Faktor Utama di lakukan untuk menjamin kebersihan Makanan. Bahan Mentah mestilah segar dan berstatus Halal .Walaupun status mana pembeli, jika penyediaan seperti digambar ini ,sudah semestinya mereka menolak sama sekali daripada membelinya. Renunglah...

Berapakah nilai keimanan kita jika direnungkan dengan insiden diatas!. Terlalu murah untuk dinilai. Oleh itu sentiasa mengawasi dan meneliliti setiap bahan mentah yang hendak dibeli dalam persediaan makanan dan jangan terlalu gairah makan diluar kerana kita kurang pasti bahan mentah mereka. . ….

Generasi umat Islam hari ini harus dididik dan disedarkan untuk kembali kepada Tuhan, bersatu dan berkasih sayang sesama umat Islam. kemelut yang berlaku di kalangan umat Islam seperti perkara ini,tentunya mendapat kehinaan Tuhan.Jika tidak di benteras,makanan yang menjadi darah-daging itu akan berpanjangan dari satu generasi ke satu generasi sambung menyambung.Akan terhasil Keturunan yang akan sentiasa lalai kepada Tuhan Nya ,asyik berhiburan dan sangat gairah makan dan minum tanpa memikirkan halal dan haram lagi.



• Gambar Ideris di stor bahan mentah kilang,kelihatan periuk merebus bebola ikan
• Gambar minyak masak kitar semula yang sudah bertukar menjadi hitam
• Gambar daging dan perut khinzir disimpan bersama ikan dan bahan lain di kilang itu.

----------------------------------------------------------------------------------------------------
KEPALA BATAS - Jika anda penggemar makanan berasaskan bebola ikan, wajar siasat semula kaedah pengeluarannya untuk mengelak termakan bahan tidak halal / haram. Ini kerana sebuah kilang di sini yang mengeluarkan makanan tersebut sejak lima tahun lalu, dikesan mencampurkan daging dan perut babi bersama isi ikan dan tepung untuk membuat bebola ikan.

Malah, kumpulan wartawan yang menyertai serbuan ke kilang itu bersama 20 pegawai penguat kuasa Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKSPP) turut terkejut apabila melihat sebuah periuk besar berisi minyak masak yang dipercayai digunakan berulang kali untuk menghasilkan produk makanan di situ. Lebih menjijikkan apabila minyak masak itu yang ditempatkan di dalam periuk di luar kilang, sudah bertukar rupa menjadi hitam serta likat seperti minyak pelincir kenderaan.

Ternyata serbuan yang diketuai Ketua Unit Inspektorat dan Perundangan JKNPP, Ideris Mohamad bakal membuka mata ramai pihak terutama penggemar makanan berasaskan bebola ikan dan golongan peniaga mengenai status kebersihannya.

"Tindakan pengusaha kilang ini dengan menyimpan perut dan daging babi bersama bahan mentah lain termasuk ikan di dalam satu peti penyejuk memang nyata salah. "Alasan mereka daging berkenaan adalah untuk kegunaan para pekerja , ini tidak masuk akal kerana kuantiti bahan yang disimpan itu terlalu banyak dan hasil siasatan mendapati memang mereka mencampurkan daging babi itu untuk membuat bebola ikan," jelas Ideris.

Produk dari kilang berkenaan dipercayai dipasarkan secara meluas khususnya di Seberang Perai hingga meliputi Kulim dan beberapa kawasan lain. Menurut Ideris, kilang itu pernah diserbu setahun lalu dan diarah tutup selama dua minggu atas kesalahan terlalu kotor.

Namun, serbuan semalam membuktikan tidak banyak perubahan berlaku.
Justeru, pihaknya telah merampas semua bahan makanan di kilang itu yang dianggarkan bernilai lebih RM300,000 selain pengambilan sampel produk untuk ujian.

Jelas Ideris, jika disabit kesalahan, pengusaha kilang boleh didakwa di bawah Seksyen 13B Akta Makanan 1983 kerana memproses makanan tidak mengikut spesifikasi dengan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih lapan tahun.

______________________________________________________
.Kilang itu juga diarah tutup selama 14 hari.
Oleh RIZAM ZAKARIYA
Kosmo!

Wednesday, February 20, 2008

Kebersihan Makanan; Halal, Pilihan Utama


Awasilah kebersihan makanan zahir dan batin .Kebersihan makanan dari segi luaran mudah kita lihat dan menjaganya, tetapi kebersihan makanan dari segi hakikinya,hanya hati dapat merasainya, akal memikirkanya .Peringatan kepada semua supaya berbanyaklah kita bermuhasabah diri. Menilai dan meneliti setiap aspek yang melibatkan kebersihan makanan, kerana impaknya begitu besar kepada pertumbuhan diri dari segi kerohanian .

Doa ada hubungan langsung dengan makanan yang masuk ke tubuh kita. Bila yang haram yang kita makan, maka pastilah semua doa kita akan ditolak!
Kalau pun dengan makanan haram tetap tercapai apa yang diinginkan, itu adalah cubaan! Kita akan tetap mendapat balasan yang setimpal, tidak didunia, di hari akhirat nanti!

Makanan yang halal akan menjadi sumber energi untuk kehidupan. Semua yang halal yang diberikan kepada anak-anak dan keluarga kita, akan menjadikan mereka bersikap lemah lembut, penyayang, sangat menyejuk mata, mendapat ketenangan dalam hidupan, berkeyakinan akan sentiasa mendapat bimbingan ALLAH
, rasa syukur yang mendalam atas semua karunia-Nya yang akan menjadi sumber inspirasi dalam membina kehidupan yang lebih baik, mendapat keberkatan – di dunia dan akhirat.

Tidak berapa lama dahulu kita dikejutkan dengan berita dari Harian Metro yang mendedahkan kes penyalahan sijil halal JAKIM. Ini adalah iktibar kepada sesiapa sahaja supaya dapat mengelakkan diri dari perkara-pekara yang meragukan dalam soal ini;kebersihan makanan.


___________________________________________________
Ini adalah Sumber Petikkan Akhbar :

KUALA LUMPUR : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menarik balik sijil pengesahan halal yang diberikan kepada syarikat Dindings Poultry Processing Sdn Bhd berikutan proses penyembelihan ayam di kilangnya meragukan. Pekara ini disahkan oleh Pengarah Bahagian Kajian Makanan dan Barangan Gunaan Islam Jakim, Che Hassan Fahmi Che Mamat yang dihubungi Harian Metro.

Menurutnya, setiap pemegang sijil halal bertanggungjawab ke atas sebarang penyalahgunaan syarat ditetapkan Jakim dan tidak menganggap isu halal sebagai remeh,kerana kesannya amat serius kepada umat Islam di negara ini.Tindakan Jakim itu tidak perlu dipertikaikan.

Ini kerana Sijil Pengesahan Halal boleh ditarik balik atau ditamatkan tempoh sahnya bila-bila masa apabila didapati ia menyalahi Prosedur Pensijilan Halal Malaysia yang sudah ditetapkan atau terdapat perkara atau cara pengendalian yang meragui dari segi hukum syarak.

Menurut sumber Jakim, sepasukan pegawai penguat kuasa Jakim dengan bantuan pegawai penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengadakan pemeriksaan mengejut di kilang pemprosesan ayam milik syarikat itu di Kawasan Perindustrian Kampung Aceh, Setiawan, Perak dan telah terdapat beberapa kesalahan membabitkan proses penyembelihan yang meragukan.

Difahamkan antara kesalahan dikesan Jakim iaitu sesetengah ayam disembelih dua kali selepas penyembelihan pertama tidak sempurna dan ada ayam sudah mati sebelum disembelih.
Ini membuktikan ayam terbabit haram dimakan. Penyembelihan yang dilakukan dengan pantas itu menyebabkan tidak putus salah satu urat sama ada urat halkum atau urat marikh pada ayam terbabit yang diwajibkan mengikut syarak. Haram untuk dimakan oleh orang Islam.

Penguat kuasa Jakim, melakukan soal siasat bergilir-gilir terhadap tukang sembelih ayam yang bertugas di kilang itu untuk mendapatkan penjelasan terperinci , dan pekerja berkenaan mengaku ada menyembelih ayam dua kali untuk menjimatkan masa berikutan terlalu banyak ayam yang perlu diproses.

Proses melayikan ayam menggunakan air panas didapati dikawal oleh pekerja bukan Islam. Ini secara langsung melanggari syarat sah penyembelihan untuk haiwan halal yang mewajibkan ia dilakukan oleh individu beragama Islam.

Syarikat itu tidak sekadar menjadi pembekal ayam siap diproses ke pasar raya utama seluruh negara, malah kepada syarikat makanan segera. produk siap diproses seperti ayam bersalut tepung dan nugget yang mempunyai logo halal Jakim masih dijual.

Disebabkan ayam yang diproses syarikat itu mendapat permintaan tinggi, katanya, Jakim sudah menghantar surat rasmi mengenai penarikan sijil pengesahan halal terbabit kepada pasar raya dan syarikat makanan segera. Surat dihantar kepada pejabat agama Islam dan pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) setiap negeri.Pusat beli-belah terkemuka, pasar raya dan pemborong perlu menghentikan serta merta penjualan ayam keluaran syarikat terbabit.

Hukuman lebih berat perlu digubal kerana hukuman sedia ada terlalu ringan, sudah tiba masanya Akta Halal digubal bagi mengawal kegiatan penyalahgunaan atau penyelewengan sijil halal Jakim.
_____________________________________________________________
AYAM DINDINGS JUAL BANGKAI KEPADA UMAT ISLAM....

Edisi Nasional METRO: Ayam haram
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin