Puan Hayati
Showing posts with label Ayam. Show all posts
Showing posts with label Ayam. Show all posts

Wednesday, February 27, 2008

Anda Tahu Halal Dan Haram ?

Bagaimana nak tahu ayam yang dibeli halal atau haram kerana logo halal ditampal kat plastik pembungkusan.? Kalau ada kepala ayam bolehlah diselidik lagi, jika telah siap di potong macamana?.
Untuk Langkah keselamatan , Belilah ayam dipasar yang memang ada penyembelihnya kat situ… Jika ragu-ragu……Jangan dibeli…..Ini kerana kes yang kita semua baca ………”Jadikan Teladan”

Bila keturunan umat Islam rosak, seperti tidak memikirkan halal dan haram.Hidayah Allah tidak dapat atau kata lain ,bantuan Tuhan tak datang, tinggallah umat Islam di dalam kelemahan.

Jiwa umat Islam yang sudah rosak tak akan dapat pimpinan dari Tuhan, hiduplah mereka sebagai haiwan. Kalau mereka hidup macam haiwan, akhirnya kehinaan akan datang.Dewasa ini banyak yang boleh dijadikan teladan: Sebagai contoh ada yang asyik sibuk dengan motivasi dan dakwah, sangkaan orang ramai, mereka berjuang untuk fisabilillah, tetapi yang sebenarnya mereka berjuang untuk hidup mewah.

Syabas kepada Plaintif ini, yang berusaha memperjuangkan keadilan.Semoga usaha murni ini mendapat hidayah Tuhan bagi menyelamatkan Umat Islam .



_____________________________________________________________________________
PETIKAN AKHBAR - 20hb. FEBRUARI 2008

Timbalan Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Zainuddin Md Zin, memfailkan kira-kira RM5 juta terhadap tiga pembekal dan penjual ayam, termasuk Tesco Stores (Malaya) Sdn Bhd kerana menjual ayam yang tidak disembelih.

Plaintif juga memohon defendan untuk membayar ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan yang bernilai RM5 juta kerana defendan pertama dan kedua berlaku khianat dengan membekalkan makanan berlogo halal kepada semua umat Islam.Beliau turut memohon mahkamah untuk menghalang ketiga-tiga defendan untuk menjual, mengedar, memasar atau menyebabkan produk itu berada di pasaran, dan meminta mahkamah mengarahkan ketiga-tiga defendan memohon maaf kepada semua umat Islam di negara ini berterusan selama tiga hari di muka hadapan akhbar utama bahasa Melayu dengan menanggung segala kos perbelanjaan.

Dalam writ saman berkenaan, beliau juga mendakwa defendan pertama gagal memastikan keadaan ayam yang dihasilkan tidak disembelih mengikut Syara’ (ayam yang dibeli tidak halal kerana urat leher ayam yang disembelih itu tidak putus ) dan tidak prihatin serta sensitif kepada kehendak umat Islam.

Defendan kedua pula didakwa secara cuai menyelia pengeluaran produk yang berlogo halal pada bungkusan itu, manakala defendan ketiga gagal melakukan sebarang pemeriksaan bagi memastikan keselamatan halal produk itu sebelum dipasarkan.



____________________________________________________________________________________
PETIKAN AKHBAR BERITA HARIAN
3 pembekal ayam tak sembelih disaman - Oleh Fatin Hafizah Mohd Shahar

Thursday, February 21, 2008

Kualiti Kebersihan Makanan vs Info Makanan Halal

Penyediaan Makanan Harus Menjadi Faktor Utama di lakukan untuk menjamin kebersihan Makanan. Bahan Mentah mestilah segar dan berstatus Halal .Walaupun status mana pembeli, jika penyediaan seperti digambar ini ,sudah semestinya mereka menolak sama sekali daripada membelinya. Renunglah...

Berapakah nilai keimanan kita jika direnungkan dengan insiden diatas!. Terlalu murah untuk dinilai. Oleh itu sentiasa mengawasi dan meneliliti setiap bahan mentah yang hendak dibeli dalam persediaan makanan dan jangan terlalu gairah makan diluar kerana kita kurang pasti bahan mentah mereka. . ….

Generasi umat Islam hari ini harus dididik dan disedarkan untuk kembali kepada Tuhan, bersatu dan berkasih sayang sesama umat Islam. kemelut yang berlaku di kalangan umat Islam seperti perkara ini,tentunya mendapat kehinaan Tuhan.Jika tidak di benteras,makanan yang menjadi darah-daging itu akan berpanjangan dari satu generasi ke satu generasi sambung menyambung.Akan terhasil Keturunan yang akan sentiasa lalai kepada Tuhan Nya ,asyik berhiburan dan sangat gairah makan dan minum tanpa memikirkan halal dan haram lagi.



• Gambar Ideris di stor bahan mentah kilang,kelihatan periuk merebus bebola ikan
• Gambar minyak masak kitar semula yang sudah bertukar menjadi hitam
• Gambar daging dan perut khinzir disimpan bersama ikan dan bahan lain di kilang itu.

----------------------------------------------------------------------------------------------------
KEPALA BATAS - Jika anda penggemar makanan berasaskan bebola ikan, wajar siasat semula kaedah pengeluarannya untuk mengelak termakan bahan tidak halal / haram. Ini kerana sebuah kilang di sini yang mengeluarkan makanan tersebut sejak lima tahun lalu, dikesan mencampurkan daging dan perut babi bersama isi ikan dan tepung untuk membuat bebola ikan.

Malah, kumpulan wartawan yang menyertai serbuan ke kilang itu bersama 20 pegawai penguat kuasa Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKSPP) turut terkejut apabila melihat sebuah periuk besar berisi minyak masak yang dipercayai digunakan berulang kali untuk menghasilkan produk makanan di situ. Lebih menjijikkan apabila minyak masak itu yang ditempatkan di dalam periuk di luar kilang, sudah bertukar rupa menjadi hitam serta likat seperti minyak pelincir kenderaan.

Ternyata serbuan yang diketuai Ketua Unit Inspektorat dan Perundangan JKNPP, Ideris Mohamad bakal membuka mata ramai pihak terutama penggemar makanan berasaskan bebola ikan dan golongan peniaga mengenai status kebersihannya.

"Tindakan pengusaha kilang ini dengan menyimpan perut dan daging babi bersama bahan mentah lain termasuk ikan di dalam satu peti penyejuk memang nyata salah. "Alasan mereka daging berkenaan adalah untuk kegunaan para pekerja , ini tidak masuk akal kerana kuantiti bahan yang disimpan itu terlalu banyak dan hasil siasatan mendapati memang mereka mencampurkan daging babi itu untuk membuat bebola ikan," jelas Ideris.

Produk dari kilang berkenaan dipercayai dipasarkan secara meluas khususnya di Seberang Perai hingga meliputi Kulim dan beberapa kawasan lain. Menurut Ideris, kilang itu pernah diserbu setahun lalu dan diarah tutup selama dua minggu atas kesalahan terlalu kotor.

Namun, serbuan semalam membuktikan tidak banyak perubahan berlaku.
Justeru, pihaknya telah merampas semua bahan makanan di kilang itu yang dianggarkan bernilai lebih RM300,000 selain pengambilan sampel produk untuk ujian.

Jelas Ideris, jika disabit kesalahan, pengusaha kilang boleh didakwa di bawah Seksyen 13B Akta Makanan 1983 kerana memproses makanan tidak mengikut spesifikasi dengan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih lapan tahun.

______________________________________________________
.Kilang itu juga diarah tutup selama 14 hari.
Oleh RIZAM ZAKARIYA
Kosmo!