Puan Hayati
Showing posts with label bintit-bintit di kulit. Show all posts
Showing posts with label bintit-bintit di kulit. Show all posts

Wednesday, July 10, 2013

Antibiotik Paling Kuat Bagus??


Demam Denggi ialah sejenis virus, jadi tiada Antibiotik  yang boleh membunuh virus denggi. Rawatan Homeopathy boleh merawat Denggi  ini  dengan menggunakan ubatan seperti Bryonia, Echinecea, Aconite dan banyak lagi mengikut simptom keluhan .Jika di hospital rawatan yang diberi meliputi perawatan  seperti mengawal hidrasi tubuh dan pemerhatian kadar platelet diperlukan. 


Kenapa tiada antibiotik digunakan untuk merawat denggi?
Ya, kerana denggi ialah sejenis virus. ….. Hai ! apa pulak perbezaan ni...
Sekiranya semua doktor memberikan Antibiotik kepada pesakit yang mempunyai sakit tekak dan selsema, dan semua pesakit mengambilnya, ini bermakna 80% daripada Antibiotik tadi yang tidak memberi apa-apa kesan kepada virus adalah satu pembaziran, sia-sia malah boleh mendatangkan bahaya kepada tubuh.



Siapa kata Antibiotik tidak ada kesan sampingan ? Ada.....Antibiotik mempunyai kesan sampingan kecil seperti loya, pening, muntah dan cirit birit sehingga ke yang teruk seperti kerosakan buah pinggang, usus dan hati, pekak dan sawan.

Steven Johnson Syndrome adalah satu kesan sampingan kepada beberapa jenis Antibiotik berasaskan sulfa.Kesan Antibiotik itu menyebabkan keadaan kulit seperti terbakar dan juga menyerang kawasan seperti mulut mata dan lidah. Kesan sampingan ini boleh membawa maut.


           Solusi Hompath/Homeopathy 
 Ambil Nitric Acid 30 di Klinik  Homeopathy  


Apabila Antibiotik diambil dan digunakan sewenang-wenangnya, maka Bakteria yang tidak terbunuh oleh Antibiotik akan menjalani mutasi. Ia menjadi kebal dan semakin kuat. Bakteria ini akan membiak dan tersebar di kalangan manusia yang dekat dan jauh.
 Penggunaan Antibiotik ini membunuh secara rambang-, Antibiotik tidak mengenal musuh. Ia seperti sebuah BOM NUKLEAR. Kawan atau lawan, semuanya musnah tanpa belas kesihan ini ternyata membawa padah kepada kesihatan. Selepas tiada lagi bakteria yang baik, maka bakteria yang jahat akan bermaharajalela.


Semakin kuat antibiotik digunakan semakin mahal Antibiotik tersebut.
Untuk orang  yang kaya mungkin tak kisah dengan kos Antibiotik yang meningkat sekarang. Tetapi untuk orang kampung atau yang susah memang memberi kesan Sebagai contoh untuk membayar kos , RM 60 untuk 7 biji Augmentin memang  agak memeningkan kepala.


Di hospital kos perbelanjaaan rawatan juga semakin meningkat. Ini kerana Antibiotik yang kuat tidak mungkin berharga murah. Syarikat farmaseutikal terpaksa membelanjakan jutaan wang untuk menghasilkan Antibiotik yang lebih kuat dan siapa yang harus membayar harga itu?
Apa Pendapat Doktor ?


waktu pendemik, Elakkan tempat yang sesak, jaga jarak untuk elakan tularan penyakit berjangkit di sebabkan oleh virus.




Friday, December 28, 2012

Alternatif Pesakit Gout dan Diabetes


 

Penyakit atau  masalah Gout, Athritis atau sakit sendi dan Diabetis atau kencing Manis  kini semakin lumrah kalangan rakyat Malaysia. Penyakit ini mula menyerang seawal usia hujung 20an atau awal 30an. Produk dari tepung putih adalah satu punca penting selain banyak faktor lain yang menyebabkan Gout, diabetes dan athritis. Sila semak pada bungkusan tepung tersebut untuk mengesahkan tiada perkataan Tanpa bahan pemutih  atau  tanpa benzoyl peroxide. Setelah mengetahui   terpulanglah kepada kita untuk membeli atau tidak .


 Dalam bahasa mudah, tepung gandum putih adalah kurang baik kerana mengandungi bahan toksik . Seorang manusia tidak akan menerima kesan negatif dari benzoyl peroxide  dalam tempuh yang singkat. Namun setelah mengambil produk tepung putih untuk tempuh yang panjang iaitu melebihi 20 atau 30 tahun, kesan negatif dari benzoyl peroxide  bakal semakin ketara.

Pesakit Gout, Diabetes dan arthritis perlu mengelakkan segala makanan yang mengandungi tepung gandum putih (yang telah dilunturkan oleh benzoyl peroxide ) seperti mee kuning, roti canai, roti serta kuih muih yang diperbuat dari bahan ini.

 Seorang yang pernah mengalami "Acute Gout" menceritakan  kesan negatif  tepung putih ini ke atas pesakit Gout. Sesiapa yang menghidap penyakit Gout, kawal permakanan anda dan hasilnya  penyakit  Gout anda berkurang dan hampir tidak ada. 

Pengalaman apabila makan  makanan yang dibuat dari tepung putih seperti mee kuning atau roti canai dalam kuantiti yang banyak , kesannya dapat dilihat dalam tempuh 24 jam, Pesakit Gout akan mengalami simptom Gout yang serius akibat dari memakan tepung putih yang mengandungi bahan kimia Benzoyl Peroxide



Sebagai eksperimen kawalan (control experiment), lakukan pula eksperimen yang sama seperti di atas tetapi menggunakan pula spageti atau makaroni atau capati. Kesemua makanan ini diperbuat daripada gandum juga namun tepung ini tidak campurkan dengan benzoyl peroxide. Eksperimen ini tidak akan menyebabkan symptom Gout.

Daripada kedua-dua eksperimen ini menunjukkan dengan jelas bahawa bukan gandum yang membahayakan pesakit Gout namun kandungan benzoyl peroxide di dalam tepung gandumlah yang membahayakan pesakit Gout. Bagi mee kuning, selain benzoyl peroxide yang merbahaya, kandungan aid borik sebagai pengawet di dalamnya menambah parah kepada pesakit Gout.

Tepung gandum setelah dikisar berwarna kekuningan. Rahsia  yang  digunakan untuk menjadikan tepung gandum berwarna putih melepak ialah dengan  mencampurkan bahan kimia benzoyl peroxide.  Proses pemutihan tepung gandum dilakukan adalah dengan cara mencampurkan tepung gandum dengan bahan kimia benzoyl peroxide..

Dalam tempuh yang singkat, iaitu tidak sampai pun 1 jam, semua tepung gandum ini akan bertukar ke putih.Selain menukar (meluntur) kepada warna putih, benzoyl peroxide  juga bertindak balas dengan tepung gandum ini lalu menukarkan protin gluten yang terdapat dalam tepung gandum ini. Ia juga mengakibatkan sebahagian nutrisinya telah hilang .Serangga kurang menggemari tepung putih berbanding tepung gandum yang asal , benzoyl peroxide  akan terus berada di dalam tepung putih ini apabila dipasarkan. Dalam bahasa mudah, tepung gandum putih adalah kurang baik kerana mengandungi bahan toksik /kimia benzoyl peroxide  yang  merbahaya dan boleh menyebabkan berbagai penyakit

Pada  satu waktu dahulu, satu lori tepung gandum seberat 20 tan untuk dieksport ke Singapore telah ditegah masuk kerana mengandungi bahan kimia benzoyl peroxide Bagusnya Singapore , mereka mengharamkan jualan tepung gandum yang mengandungi bahan kimia /benzoyl peroxide  kerana hendak menjaga kesihatan rakyatnya tetapi mengapa Malaysia masih  membenarkan jualan tepung yang mengandungi kimia merbahaya benzoyl peroxide  ini? .  
.Pilihlah   yang  terbaik untuk keluarga . Kita  mengguna dan memakan tepung  gandum  sebab harga nya murah di pasaran dan mudah di dapati di mana-mana kedai runcit.   Namun demikian, sejak menyedari bahaya benzoyl peroxide  terhadap sistem ketahanan dan kesihatan tubuh berusahalah  mengguna membeli tepung yang lebih suci, halal lagi bersih dari tercemar dgn bahan beracun/ tanpa bahan racun peluntur ini.  Semoga keluarga lebih sihat .Berhati-hati  dalam pemilihan makanan yang terbaik untuk keluarga sendiri. Benzoyl Peroxide adalah :· Bahan toksik
Benzoyl Peroxide adalah kimia yang sangat ampuh yang sering digunakan dalam kepekatan rendah sebagai rawatan jerawat. Benzoyl Peroxide pada dasarnya bekerja sebagai agen peeling, mengupas sel-sel kulit mati dan membunuh bakteria dalam pori-pori. Benzoyl Peroxide sangat mudah terbakar, meletup, beracun, dan disyaki sebagai bahan penggalak tumor  yang boleh menyebabkan mutasi pada sel badan.

Walaupun benzoil peroksida umumnya dianggap aman pada konsentrasi rendah, tapi..kalau kena pada kulit boleh menyebabkan alahan pada kulit, akan menyebabkan kesan sampingan( buruk ) seperti gatal-gatal, pembengkakan wajah, kulit kering dan kulit mengelupasBahan peluntur kuat yang mampu melunturkan iaitu menukarkan ke warna putih pakaian dan juga rambut yang berwarna. Benzoyl Peroxide adalah satu bahan peluntur yang amat kuat sehinggakan rambut hitam boleh bertukar putih bila disentuhkan Benzoyl Peroxide ini.




Thursday, June 10, 2010

Buah Kiwi (Actinidia chinensis)



Buah kiwi (Actinidia chinensis), kaitkan dengan Australia dan New Zealand .Isi buah kecil yang berbentuk bujur dan berkulit coklat yang berbulu halus ini, berwarna hijau zamrud yang terang dan separuh lut sinar dengan aturan beberapa urat putih di bahagian tengahnya dan mempunyai biji-biji hitam yang kecil. Rasa isinya agak berkrim, enak dan lazat hampir menyamai rasa campuran buah strawberi dan pisang, serta mempunyai rasa manis yang unik.

Buah ini mengandungi vitamin A, B1, B2, potasium, niasin dan asid posfat dan juga kaya dengan klorofil dan mempunyai sumber antioksidan yang terbaik .Kandungan antioksidan dalam buah ini dapat membantu imunisasi tubuh mengatasi radikal bebas /Kandungan zat lutein dapat mencegah kanser prostat dan penyakit yang disebabkan virus atau bakteria

tidak mengandungi lemak.Kandungan magnesium dan vitamin C yang terdapat dalam buah ini ,menjadikan hati /liver dapat bekerja/berfungsi dengan lebih baik/maksima. Buah kiwi juga mengandung serat yang tinggi bagus untuk yang sedang ber diet. Amino arginine-nya membantu peredaran darah dan mampu mengatasi masalah impotensi

70% tubuh manusia mengandung air. Jika tiba-tiba berlaku cirit birit atau muntah. Bahagian tubuh yang berisiko adalah gagal ginjal/buah pinggang. Buah ini dapat digunakan sebagai sumber energi, karena mengandung kalori yang dapat diubah menjadi energi. Satu biji buah dijangkakan mendapat 80-90 kalori.

Seorang kawan bercerita dia dan suaminya disahkan terkena demam denggi dan di masukkan ke hospital.Kes pesakit denggi biasanya dikenali dengan symptom;demam yang tinggi, menggigil,rasa loya,keluar bintit-bintit di kulit, sakit-sakit badan dan sendi.Platlet dalam darah suaminya turun sehingga 18.Doktor terpaksa menambah Platlet (platlet transfusion )……dengan minum jus kiwi dan memakan sedikit buah kiwi platletnya mendadak naik menjadi 82 ,sementara isterinya pula bacaan 76 naik ke 170…sangat menakjubkan.

Untuk kecukupan serat per hari,kita perlukan sekitar 25-30 gram. Satu mangkuk kecil sayur atau satu buah diperkirakan mengandung serat 4 gram. Jika Anda malas makan sayur, anda perlu makan 8 buah untuk memenuhi keperluan serat 30 gram,.