Puan Hayati
Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

Tuesday, November 28, 2023

Solusi Masaalah Air Bersih

BADAN manusia mengandungi 70 peratus air, satu peratusan yang besar berbanding bahan lain yang menjadi jisim di dalam badan. Begitupun, kita masih lagi disarankan mengambil sekurang-kurangnya lapan gelas air setiap hari bagi menampung keperluan badan lebih-lebih dalam keadaan cuaca panas.

"Ada banyak sebab air boleh hilang daripada badan manusia. Proses lazim biasanya yang menyebabkan air sejat daripada badan seperti berpeluh, hembusan nafas dan pembuangan air kencing. Air yang hilang ini mesti diganti kerana ia mempunyai kepentingan tersendiri kepada sistem kesihatan badan

Dr. Batmanghelidj, seorang doktor perubatan dari Amerika Syarikat telah membuat kajian mendalam tentang fungsi air dalam merawat pelbagai penyakit. Menurut beliau  fungsi Histamine (yang selalu dikaitkan dengan masalah allergy) adalah sangat penting dalam proses kawalan pengambilan air badan. Fungsi histamine akan menjadi kurang aktif bila badan cukup air. Sebaliknya histamine akan menjadi sangat aktif bila badan kekurangan air.Ini dimanifestasikan oleh kesakitan.

Dalam satu situasi ,bagaimana  sesaorang itu boleh mengalami strok, sedangkan sentiasa membuat rutin senaman , tidak merokok atau mengambil alkohol . Sangat  berjaga-jaga dalam makanan nmun terjadi juga.! .Apakah penyebabnya ? sebab sebenarnya adalah: *Haus yang panjang ... kekurangan air*!  Oleh itu beringatlah untuk selalu minum air ... agar badan tidak kekurangan air

Keadaan ini terjadi kerana kurang minum air, terutama mereka  yang berumur lebih 60 tahun keatas ,mudah dehidrasi, bukan sahaja kerana mereka mempunyai bekalan air yang lebih kecil; tetapi juga kerana mereka tidak merasakan kekurangan air dalam badan.Tidak rasa haus.Mungkin  pada zahir  kelihatan sihat, tetapi prestasi tindak balas dan fungsi kimia boleh merosakkan seluruh badan mereka.

Perlu beringat dan sangat digalakkan  untuk biasakan  selalu minum cecair,Cecair dari segala bentuk, termasuk air, jus buahan , apa jua air , air kelapa, susu, sup dan buah-buahan yang kaya dengan air, seperti tembikai dan nanas. Paling  penting, setiap dua jam,  minum sedikit cecair

Lihat  air yang kotor  dalam tangki ini.


   Air perigi, air kolam, air hujan – terdapat pelbagai jenis air masing-masing mempunyai nilai terapeutik. Air membantu  penghadaman, menyejukkan dan mengimbangkan . Air apabila betul diserap oleh badan, mempunyai beberapa ciri penyembuhan:

Namun masalah sekarang ada dikawasan yang airnya , bermasaalah disebabkan banyak faktor alam dan pencemaran.Keadaan ini sangat mengusarkaan penduduk berkaitan bekalan air bersih dan masalah kesihatan.Golongan pendapatan rendah terutamanya,kesihan mereka kerana tidak mampu mempunyai sistem perawatan air bersih yang jernih.

.

Kualiti air di setengah tempat semakin merosot akibat sistem rawatan air yang lama tidak lagi sesuai serta pencemaran sumber air dari sungai yang semakin tinggi.Air yang anda dapat setiap hari mungkin mengandungi bahan cemar seperti pasir, karat, kotoran, rasa , berbau klorin, pepejal terlarut serta logam berat yang akan memberikan kesan buruk pada kesihatan kita.


Jadi, ramailah yang beralih kepada penapis air di rumah dan pejabat untuk kesihatan tubuh badan.Bukan semua orang mampu mempunyai penapis air yang canggih .Penapis air yang murah pula di bimbangi tidak halal.Bahan Seramik ini biasanya terdapat pada bahagian pertama mana-mana sistem penapis air. Ia berfungsi untuk menyaring bahan lumpur, lumut, mikro-organisma dan bahan-bahan cemar yang besar sebelum melalui proses penyaringan berikutnya.



Seramik yang ada di pasaran diperbuat dari bahan ‘Tulang Haiwan’ yang dihancurkan, diproses secara mampatan serta dibentuk seperti tiub untuk dipasang pada katrij sistem penapis air.



RUPANYA ADA PENAPIS AIR BAWAH RM300 HARGA MAMPU MILIK UNTUK SEMUA...  Memang benar sekali... Sedap sungguh air dalam Atomy Easy Clean Water Filter Pitcher ni...   Bebas kuman yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit... Lihat detail klik di sini  ( Produk Atomy Easy Clean Water  Filter ) Pitcher .Produk Ini memberikan sedikit senyuman kepada gulungan kurang mampu, mendapat air yang berkualiti .


Penapis Air ini   boleh dibawa kemana-mana  , sangat sesuai untuk pelajar universiti, kolej dan asrama. Sangat di galakkan untuk ibu bapa membelikan   sebagai hadiah untuk anak-anak dan kerabat yang memerlukan. Banyak kos dapat di jimatkan , memandangkan  Air mineral pun dah naik harga... dari Rm1.50 ke Rm 3.00 



 Produk ini Sangat mudah pengendalian. Tanpa bayar duit kos letrik,tak perlu ada wayar elektrik, mudah dibersihkan dan mudah dipasang .Tak perlu bayar duit service datang ke rumah, penapis air memang sedia ada untuk anda.   Cara beli sangat mudah. Masuk ke website dan buat belian , barang terus sampai ke depan pintu rumah anda..dengan bayaran pos percuma.  

 Saya boleh bantu anda ,Klik disini untuk berhubung ( Nak Penapis Air Atomy)



Penapis air ini adalah antara Model Penapis Air Tanpa Letrik ,yang terbaik dan disahkan halal. Sebagai orang muslim, perkara ini sangat di tekankan, sangat wajib mencari penapis air yang halal. Membeli belah di Supermarket Online Atomy, tiada   ada keraguan  lagi,penapis ini  mendapat pensijilan  serta disahkan halal.

Penapis  air ini menggunakan teknologi terbaru , supaya ia dapat berfungsi dengan efisien dan dijamin selamat buat anda dan keluarga.Bukan itu saja,   penapisan ini sangat   mesra alam serta menjimatkan.



Ada pelbagai Penapis dengan pelbagai harga di luar sana. erharga murah, sederhana sampailah ke premium.Penapis air yang dijual pada harga rendah kebiasaannya  hanya mempunyai tapisan asas sahaja dan  mempunyai kualiti tapisan yang sangat minimum.

Terdapat  juga ada beberapa syarikat , menawarkan teknologi tapisan yang canggih dengan kaedah bayaran bulanan mampu milik.Pilihlah mengikut keinginan  dan kemampuan  anda.Cuma anda perlu memastikan penapis yang ingin dibeli itu benar-benar mempunyai pengiktirafan daripada pihak yang berwajib .



Elakkan  dari beli penapis air yang tidak diiktiraf hanya kerana  faktor harganya  yang murah. Sangat  di nasihati, "Usah gadaikaan kesihatan anda, ia sangat berharga untuk anda sebab ada risiko keselamatan." Anda Perlu selidiki latar belakang  syarikat,minta info dari penjual.Anda juga perlu mengetahui   apakah kontrak dan syarat jika anda mengambil penapis air  itu secara tunai ataupun secara sewa beli.Setiap jenama memberikan terma dan syarat yang berbeza.

Sebagai pengguna ,perkara ini,sangat berguna untuk penyelesaian kiranya ada sebarang masalah timbul bila sudah dibuat pasangan nanti.Sangatlah perlu memilih jurujual yang berpengalaman dan boleh dipercayai supaya mereka dapat memberi anda khidmat nasihat yang tepat dan dapat mengelakkan anda daripada ditipu.



Pembelian Produk Atomy Easy Clean Water Filter Pitcher , sangat meyakinkan dari segi kualiti, harga mampu milik, mudah pengendalian, mudah dibawa kemana-mana untuk sebarang aktiviti.Anda melancong pun boleh bawa bersama ,pasti anda gembira bila memilikinya.

Pengantian filter penapis Air disyorkan untuk di gantikan setelah tiga bulan , ada timer di sediakan di atas penutup penapis itu. Pastinya anda sentiasa mendapat air yang berkualiti setiap masa kerana ada reminder yang tepat waktu / on time  minta di tukarkan .Alat ganti juga disediakan .Sangat mudah di lakukan tampa anda perlu membayar  upah servis.


Nota. Kebaikan anda berbelanja di  PASARAYA  ATOMY ONLINE , perbelanjaan anda tidak hangus. *Turn Your Spending, Every Cents into Earning.*

Kebaikan yang anda dapat , anda berbelanja, anda memiliki  Atomy Easy Clean Water Filter Pitcher dan di waktu yang sama anda masih ada lagi simpanan kewangan .Ini dinamakan belanja tak hanggus... Tak rugi bukan. jadilah pengguna bijak.?






Wednesday, July 10, 2013

Antibiotik Paling Kuat Bagus??


Demam Denggi ialah sejenis virus, jadi tiada Antibiotik  yang boleh membunuh virus denggi. Rawatan Homeopathy boleh merawat Denggi  ini  dengan menggunakan ubatan seperti Bryonia, Echinecea, Aconite dan banyak lagi mengikut simptom keluhan .Jika di hospital rawatan yang diberi meliputi perawatan  seperti mengawal hidrasi tubuh dan pemerhatian kadar platelet diperlukan. 


Kenapa tiada antibiotik digunakan untuk merawat denggi?
Ya, kerana denggi ialah sejenis virus. ….. Hai ! apa pulak perbezaan ni...
Sekiranya semua doktor memberikan Antibiotik kepada pesakit yang mempunyai sakit tekak dan selsema, dan semua pesakit mengambilnya, ini bermakna 80% daripada Antibiotik tadi yang tidak memberi apa-apa kesan kepada virus adalah satu pembaziran, sia-sia malah boleh mendatangkan bahaya kepada tubuh.



Siapa kata Antibiotik tidak ada kesan sampingan ? Ada.....Antibiotik mempunyai kesan sampingan kecil seperti loya, pening, muntah dan cirit birit sehingga ke yang teruk seperti kerosakan buah pinggang, usus dan hati, pekak dan sawan.

Steven Johnson Syndrome adalah satu kesan sampingan kepada beberapa jenis Antibiotik berasaskan sulfa.Kesan Antibiotik itu menyebabkan keadaan kulit seperti terbakar dan juga menyerang kawasan seperti mulut mata dan lidah. Kesan sampingan ini boleh membawa maut.


           Solusi Hompath/Homeopathy 
 Ambil Nitric Acid 30 di Klinik  Homeopathy  


Apabila Antibiotik diambil dan digunakan sewenang-wenangnya, maka Bakteria yang tidak terbunuh oleh Antibiotik akan menjalani mutasi. Ia menjadi kebal dan semakin kuat. Bakteria ini akan membiak dan tersebar di kalangan manusia yang dekat dan jauh.
 Penggunaan Antibiotik ini membunuh secara rambang-, Antibiotik tidak mengenal musuh. Ia seperti sebuah BOM NUKLEAR. Kawan atau lawan, semuanya musnah tanpa belas kesihan ini ternyata membawa padah kepada kesihatan. Selepas tiada lagi bakteria yang baik, maka bakteria yang jahat akan bermaharajalela.


Semakin kuat antibiotik digunakan semakin mahal Antibiotik tersebut.
Untuk orang  yang kaya mungkin tak kisah dengan kos Antibiotik yang meningkat sekarang. Tetapi untuk orang kampung atau yang susah memang memberi kesan Sebagai contoh untuk membayar kos , RM 60 untuk 7 biji Augmentin memang  agak memeningkan kepala.


Di hospital kos perbelanjaaan rawatan juga semakin meningkat. Ini kerana Antibiotik yang kuat tidak mungkin berharga murah. Syarikat farmaseutikal terpaksa membelanjakan jutaan wang untuk menghasilkan Antibiotik yang lebih kuat dan siapa yang harus membayar harga itu?
Apa Pendapat Doktor ?


waktu pendemik, Elakkan tempat yang sesak, jaga jarak untuk elakan tularan penyakit berjangkit di sebabkan oleh virus.




Friday, December 28, 2012

Alternatif Pesakit Gout dan Diabetes


 

Penyakit atau  masalah Gout, Athritis atau sakit sendi dan Diabetis atau kencing Manis  kini semakin lumrah kalangan rakyat Malaysia. Penyakit ini mula menyerang seawal usia hujung 20an atau awal 30an. Produk dari tepung putih adalah satu punca penting selain banyak faktor lain yang menyebabkan Gout, diabetes dan athritis. Sila semak pada bungkusan tepung tersebut untuk mengesahkan tiada perkataan Tanpa bahan pemutih  atau  tanpa benzoyl peroxide. Setelah mengetahui   terpulanglah kepada kita untuk membeli atau tidak .


 Dalam bahasa mudah, tepung gandum putih adalah kurang baik kerana mengandungi bahan toksik . Seorang manusia tidak akan menerima kesan negatif dari benzoyl peroxide  dalam tempuh yang singkat. Namun setelah mengambil produk tepung putih untuk tempuh yang panjang iaitu melebihi 20 atau 30 tahun, kesan negatif dari benzoyl peroxide  bakal semakin ketara.

Pesakit Gout, Diabetes dan arthritis perlu mengelakkan segala makanan yang mengandungi tepung gandum putih (yang telah dilunturkan oleh benzoyl peroxide ) seperti mee kuning, roti canai, roti serta kuih muih yang diperbuat dari bahan ini.

 Seorang yang pernah mengalami "Acute Gout" menceritakan  kesan negatif  tepung putih ini ke atas pesakit Gout. Sesiapa yang menghidap penyakit Gout, kawal permakanan anda dan hasilnya  penyakit  Gout anda berkurang dan hampir tidak ada. 

Pengalaman apabila makan  makanan yang dibuat dari tepung putih seperti mee kuning atau roti canai dalam kuantiti yang banyak , kesannya dapat dilihat dalam tempuh 24 jam, Pesakit Gout akan mengalami simptom Gout yang serius akibat dari memakan tepung putih yang mengandungi bahan kimia Benzoyl Peroxide



Sebagai eksperimen kawalan (control experiment), lakukan pula eksperimen yang sama seperti di atas tetapi menggunakan pula spageti atau makaroni atau capati. Kesemua makanan ini diperbuat daripada gandum juga namun tepung ini tidak campurkan dengan benzoyl peroxide. Eksperimen ini tidak akan menyebabkan symptom Gout.

Daripada kedua-dua eksperimen ini menunjukkan dengan jelas bahawa bukan gandum yang membahayakan pesakit Gout namun kandungan benzoyl peroxide di dalam tepung gandumlah yang membahayakan pesakit Gout. Bagi mee kuning, selain benzoyl peroxide yang merbahaya, kandungan aid borik sebagai pengawet di dalamnya menambah parah kepada pesakit Gout.

Tepung gandum setelah dikisar berwarna kekuningan. Rahsia  yang  digunakan untuk menjadikan tepung gandum berwarna putih melepak ialah dengan  mencampurkan bahan kimia benzoyl peroxide.  Proses pemutihan tepung gandum dilakukan adalah dengan cara mencampurkan tepung gandum dengan bahan kimia benzoyl peroxide..

Dalam tempuh yang singkat, iaitu tidak sampai pun 1 jam, semua tepung gandum ini akan bertukar ke putih.Selain menukar (meluntur) kepada warna putih, benzoyl peroxide  juga bertindak balas dengan tepung gandum ini lalu menukarkan protin gluten yang terdapat dalam tepung gandum ini. Ia juga mengakibatkan sebahagian nutrisinya telah hilang .Serangga kurang menggemari tepung putih berbanding tepung gandum yang asal , benzoyl peroxide  akan terus berada di dalam tepung putih ini apabila dipasarkan. Dalam bahasa mudah, tepung gandum putih adalah kurang baik kerana mengandungi bahan toksik /kimia benzoyl peroxide  yang  merbahaya dan boleh menyebabkan berbagai penyakit

Pada  satu waktu dahulu, satu lori tepung gandum seberat 20 tan untuk dieksport ke Singapore telah ditegah masuk kerana mengandungi bahan kimia benzoyl peroxide Bagusnya Singapore , mereka mengharamkan jualan tepung gandum yang mengandungi bahan kimia /benzoyl peroxide  kerana hendak menjaga kesihatan rakyatnya tetapi mengapa Malaysia masih  membenarkan jualan tepung yang mengandungi kimia merbahaya benzoyl peroxide  ini? .  
.Pilihlah   yang  terbaik untuk keluarga . Kita  mengguna dan memakan tepung  gandum  sebab harga nya murah di pasaran dan mudah di dapati di mana-mana kedai runcit.   Namun demikian, sejak menyedari bahaya benzoyl peroxide  terhadap sistem ketahanan dan kesihatan tubuh berusahalah  mengguna membeli tepung yang lebih suci, halal lagi bersih dari tercemar dgn bahan beracun/ tanpa bahan racun peluntur ini.  Semoga keluarga lebih sihat .Berhati-hati  dalam pemilihan makanan yang terbaik untuk keluarga sendiri. Benzoyl Peroxide adalah :· Bahan toksik
Benzoyl Peroxide adalah kimia yang sangat ampuh yang sering digunakan dalam kepekatan rendah sebagai rawatan jerawat. Benzoyl Peroxide pada dasarnya bekerja sebagai agen peeling, mengupas sel-sel kulit mati dan membunuh bakteria dalam pori-pori. Benzoyl Peroxide sangat mudah terbakar, meletup, beracun, dan disyaki sebagai bahan penggalak tumor  yang boleh menyebabkan mutasi pada sel badan.

Walaupun benzoil peroksida umumnya dianggap aman pada konsentrasi rendah, tapi..kalau kena pada kulit boleh menyebabkan alahan pada kulit, akan menyebabkan kesan sampingan( buruk ) seperti gatal-gatal, pembengkakan wajah, kulit kering dan kulit mengelupasBahan peluntur kuat yang mampu melunturkan iaitu menukarkan ke warna putih pakaian dan juga rambut yang berwarna. Benzoyl Peroxide adalah satu bahan peluntur yang amat kuat sehinggakan rambut hitam boleh bertukar putih bila disentuhkan Benzoyl Peroxide ini.




Wednesday, January 14, 2009

Nilai Ukuran Mutu Barangan- Standard Piawai



Pasaran hari ini, begitu sesak dengan berpuluh-puluh syarikat menjual makanan tambahan. Keadaan ini terjadi kerana orang ramai sedar betapa kepentingan pemakanan untuk hidup sihat.Jika makanan yang dimakan kekurangan khasiat mengikut (“Standard American Diet” (SAD)) ,yang dijadikan ukuran ,di nasihatkan supaya mengambil makanan tambahan untuk mencukupi keperluan itu

Keadaan ini menjadikan syarikat pengeluaran mengambil kesempatan dalam mempromosikan bahan keluaran syarikat mereka. Semuanya mendakwa dirinya yang terbaik.Keadaan begini biasa terjadi, apabila sesuatu keluaran diberi sambutan hebat – sama ada kasut sukan, pakaian atau makanan tambahan – ada yang mengambil kesempatan pada popularity ini untuk membuat keuntungan cepat.Ada yang “mengeluarkan makanan tambahan yang bermutu rendah secara besar-besaran pada kos yang rendah, dan dipersembahkan kepada para pengguna yang jahil sebagai keluaran terbaik.

Sebagai pengguna berhati-hatilah dengan tawaran-tawaran sedemikian.Anda mungkin berjimat sedikit wang kerana membeli dengan harga murah tetapi kesihatan yang menjadi binasa. Ringkasnya, produk pemakanan telah menjadi peniagaan yang besar dan pengguna yang kurang arif menjadi sasaran mudah kepada pengaut keuntungan yang kejam.
Bagaimana untuk mengelakkan diri dari tertipu dalam kecelaruan dakwaan ini ? Keluaran barangan termurah bukan selalunya (atau biasanya ) belian terbaik, begitu juga dengan harga termahal.

Bagaimana untuk memilih pemakanan yang terbaik pada harga yang terbaik? Apa dasar anda untuk membuat keputusan yang bijak bestari? Jawapannya ,anda perlu tahu maklumat yang diberikan pada keluaran barangan berkenaan – bukan nama (yang biasa lebih merupakan gimik) tetapi kandungan dan kualiti sebenar yang tertera pada label (dan sebarang tulisan yang disertai). Inilah yang akan memberi maklumat yang anda perlu tahu dalam memilih sesuatu makanan tambahan dengan bijak .

Wednesday, February 20, 2008

Kebersihan Makanan; Halal, Pilihan Utama


Awasilah kebersihan makanan zahir dan batin .Kebersihan makanan dari segi luaran mudah kita lihat dan menjaganya, tetapi kebersihan makanan dari segi hakikinya,hanya hati dapat merasainya, akal memikirkanya .Peringatan kepada semua supaya berbanyaklah kita bermuhasabah diri. Menilai dan meneliti setiap aspek yang melibatkan kebersihan makanan, kerana impaknya begitu besar kepada pertumbuhan diri dari segi kerohanian .

Doa ada hubungan langsung dengan makanan yang masuk ke tubuh kita. Bila yang haram yang kita makan, maka pastilah semua doa kita akan ditolak!
Kalau pun dengan makanan haram tetap tercapai apa yang diinginkan, itu adalah cubaan! Kita akan tetap mendapat balasan yang setimpal, tidak didunia, di hari akhirat nanti!

Makanan yang halal akan menjadi sumber energi untuk kehidupan. Semua yang halal yang diberikan kepada anak-anak dan keluarga kita, akan menjadikan mereka bersikap lemah lembut, penyayang, sangat menyejuk mata, mendapat ketenangan dalam hidupan, berkeyakinan akan sentiasa mendapat bimbingan ALLAH
, rasa syukur yang mendalam atas semua karunia-Nya yang akan menjadi sumber inspirasi dalam membina kehidupan yang lebih baik, mendapat keberkatan – di dunia dan akhirat.

Tidak berapa lama dahulu kita dikejutkan dengan berita dari Harian Metro yang mendedahkan kes penyalahan sijil halal JAKIM. Ini adalah iktibar kepada sesiapa sahaja supaya dapat mengelakkan diri dari perkara-pekara yang meragukan dalam soal ini;kebersihan makanan.


___________________________________________________
Ini adalah Sumber Petikkan Akhbar :

KUALA LUMPUR : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menarik balik sijil pengesahan halal yang diberikan kepada syarikat Dindings Poultry Processing Sdn Bhd berikutan proses penyembelihan ayam di kilangnya meragukan. Pekara ini disahkan oleh Pengarah Bahagian Kajian Makanan dan Barangan Gunaan Islam Jakim, Che Hassan Fahmi Che Mamat yang dihubungi Harian Metro.

Menurutnya, setiap pemegang sijil halal bertanggungjawab ke atas sebarang penyalahgunaan syarat ditetapkan Jakim dan tidak menganggap isu halal sebagai remeh,kerana kesannya amat serius kepada umat Islam di negara ini.Tindakan Jakim itu tidak perlu dipertikaikan.

Ini kerana Sijil Pengesahan Halal boleh ditarik balik atau ditamatkan tempoh sahnya bila-bila masa apabila didapati ia menyalahi Prosedur Pensijilan Halal Malaysia yang sudah ditetapkan atau terdapat perkara atau cara pengendalian yang meragui dari segi hukum syarak.

Menurut sumber Jakim, sepasukan pegawai penguat kuasa Jakim dengan bantuan pegawai penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengadakan pemeriksaan mengejut di kilang pemprosesan ayam milik syarikat itu di Kawasan Perindustrian Kampung Aceh, Setiawan, Perak dan telah terdapat beberapa kesalahan membabitkan proses penyembelihan yang meragukan.

Difahamkan antara kesalahan dikesan Jakim iaitu sesetengah ayam disembelih dua kali selepas penyembelihan pertama tidak sempurna dan ada ayam sudah mati sebelum disembelih.
Ini membuktikan ayam terbabit haram dimakan. Penyembelihan yang dilakukan dengan pantas itu menyebabkan tidak putus salah satu urat sama ada urat halkum atau urat marikh pada ayam terbabit yang diwajibkan mengikut syarak. Haram untuk dimakan oleh orang Islam.

Penguat kuasa Jakim, melakukan soal siasat bergilir-gilir terhadap tukang sembelih ayam yang bertugas di kilang itu untuk mendapatkan penjelasan terperinci , dan pekerja berkenaan mengaku ada menyembelih ayam dua kali untuk menjimatkan masa berikutan terlalu banyak ayam yang perlu diproses.

Proses melayikan ayam menggunakan air panas didapati dikawal oleh pekerja bukan Islam. Ini secara langsung melanggari syarat sah penyembelihan untuk haiwan halal yang mewajibkan ia dilakukan oleh individu beragama Islam.

Syarikat itu tidak sekadar menjadi pembekal ayam siap diproses ke pasar raya utama seluruh negara, malah kepada syarikat makanan segera. produk siap diproses seperti ayam bersalut tepung dan nugget yang mempunyai logo halal Jakim masih dijual.

Disebabkan ayam yang diproses syarikat itu mendapat permintaan tinggi, katanya, Jakim sudah menghantar surat rasmi mengenai penarikan sijil pengesahan halal terbabit kepada pasar raya dan syarikat makanan segera. Surat dihantar kepada pejabat agama Islam dan pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) setiap negeri.Pusat beli-belah terkemuka, pasar raya dan pemborong perlu menghentikan serta merta penjualan ayam keluaran syarikat terbabit.

Hukuman lebih berat perlu digubal kerana hukuman sedia ada terlalu ringan, sudah tiba masanya Akta Halal digubal bagi mengawal kegiatan penyalahgunaan atau penyelewengan sijil halal Jakim.
_____________________________________________________________
AYAM DINDINGS JUAL BANGKAI KEPADA UMAT ISLAM....

Edisi Nasional METRO: Ayam haram
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin

Wednesday, September 26, 2007

Ketagih Makanan Segera


Mungkin anda tidak meyedari semua makanan segera mempunyai aroma yang sama.Seperti yang diketahui ,MSG (Monosodium Glutamate )banyak digunakan dalam makanan segera.

Makanan segera mengandungi garam, lemak dan gula yang sangat tinggi.
Pengambilan harus dihadkan kerana kurang baik untuk kesihatan

________________________________________________________________-
Steven A Witherly, PHD.CEO Technical Product Inc.Consultant.