Puan Hayati
Showing posts with label Demam Denggi. Show all posts
Showing posts with label Demam Denggi. Show all posts

Wednesday, July 10, 2013

Antibiotik Paling Kuat Bagus??


Demam Denggi ialah sejenis virus, jadi tiada Antibiotik  yang boleh membunuh virus denggi. Rawatan Homeopathy boleh merawat Denggi  ini  dengan menggunakan ubatan seperti Bryonia, Echinecea, Aconite dan banyak lagi mengikut simptom keluhan .Jika di hospital rawatan yang diberi meliputi perawatan  seperti mengawal hidrasi tubuh dan pemerhatian kadar platelet diperlukan. 


Kenapa tiada antibiotik digunakan untuk merawat denggi?
Ya, kerana denggi ialah sejenis virus. ….. Hai ! apa pulak perbezaan ni...
Sekiranya semua doktor memberikan Antibiotik kepada pesakit yang mempunyai sakit tekak dan selsema, dan semua pesakit mengambilnya, ini bermakna 80% daripada Antibiotik tadi yang tidak memberi apa-apa kesan kepada virus adalah satu pembaziran, sia-sia malah boleh mendatangkan bahaya kepada tubuh.



Siapa kata Antibiotik tidak ada kesan sampingan ? Ada.....Antibiotik mempunyai kesan sampingan kecil seperti loya, pening, muntah dan cirit birit sehingga ke yang teruk seperti kerosakan buah pinggang, usus dan hati, pekak dan sawan.

Steven Johnson Syndrome adalah satu kesan sampingan kepada beberapa jenis Antibiotik berasaskan sulfa.Kesan Antibiotik itu menyebabkan keadaan kulit seperti terbakar dan juga menyerang kawasan seperti mulut mata dan lidah. Kesan sampingan ini boleh membawa maut.


           Solusi Hompath/Homeopathy 
 Ambil Nitric Acid 30 di Klinik  Homeopathy  


Apabila Antibiotik diambil dan digunakan sewenang-wenangnya, maka Bakteria yang tidak terbunuh oleh Antibiotik akan menjalani mutasi. Ia menjadi kebal dan semakin kuat. Bakteria ini akan membiak dan tersebar di kalangan manusia yang dekat dan jauh.
 Penggunaan Antibiotik ini membunuh secara rambang-, Antibiotik tidak mengenal musuh. Ia seperti sebuah BOM NUKLEAR. Kawan atau lawan, semuanya musnah tanpa belas kesihan ini ternyata membawa padah kepada kesihatan. Selepas tiada lagi bakteria yang baik, maka bakteria yang jahat akan bermaharajalela.


Semakin kuat antibiotik digunakan semakin mahal Antibiotik tersebut.
Untuk orang  yang kaya mungkin tak kisah dengan kos Antibiotik yang meningkat sekarang. Tetapi untuk orang kampung atau yang susah memang memberi kesan Sebagai contoh untuk membayar kos , RM 60 untuk 7 biji Augmentin memang  agak memeningkan kepala.


Di hospital kos perbelanjaaan rawatan juga semakin meningkat. Ini kerana Antibiotik yang kuat tidak mungkin berharga murah. Syarikat farmaseutikal terpaksa membelanjakan jutaan wang untuk menghasilkan Antibiotik yang lebih kuat dan siapa yang harus membayar harga itu?
Apa Pendapat Doktor ?


waktu pendemik, Elakkan tempat yang sesak, jaga jarak untuk elakan tularan penyakit berjangkit di sebabkan oleh virus.




Thursday, June 10, 2010

Buah Kiwi (Actinidia chinensis)



Buah kiwi (Actinidia chinensis), kaitkan dengan Australia dan New Zealand .Isi buah kecil yang berbentuk bujur dan berkulit coklat yang berbulu halus ini, berwarna hijau zamrud yang terang dan separuh lut sinar dengan aturan beberapa urat putih di bahagian tengahnya dan mempunyai biji-biji hitam yang kecil. Rasa isinya agak berkrim, enak dan lazat hampir menyamai rasa campuran buah strawberi dan pisang, serta mempunyai rasa manis yang unik.

Buah ini mengandungi vitamin A, B1, B2, potasium, niasin dan asid posfat dan juga kaya dengan klorofil dan mempunyai sumber antioksidan yang terbaik .Kandungan antioksidan dalam buah ini dapat membantu imunisasi tubuh mengatasi radikal bebas /Kandungan zat lutein dapat mencegah kanser prostat dan penyakit yang disebabkan virus atau bakteria

tidak mengandungi lemak.Kandungan magnesium dan vitamin C yang terdapat dalam buah ini ,menjadikan hati /liver dapat bekerja/berfungsi dengan lebih baik/maksima. Buah kiwi juga mengandung serat yang tinggi bagus untuk yang sedang ber diet. Amino arginine-nya membantu peredaran darah dan mampu mengatasi masalah impotensi

70% tubuh manusia mengandung air. Jika tiba-tiba berlaku cirit birit atau muntah. Bahagian tubuh yang berisiko adalah gagal ginjal/buah pinggang. Buah ini dapat digunakan sebagai sumber energi, karena mengandung kalori yang dapat diubah menjadi energi. Satu biji buah dijangkakan mendapat 80-90 kalori.

Seorang kawan bercerita dia dan suaminya disahkan terkena demam denggi dan di masukkan ke hospital.Kes pesakit denggi biasanya dikenali dengan symptom;demam yang tinggi, menggigil,rasa loya,keluar bintit-bintit di kulit, sakit-sakit badan dan sendi.Platlet dalam darah suaminya turun sehingga 18.Doktor terpaksa menambah Platlet (platlet transfusion )……dengan minum jus kiwi dan memakan sedikit buah kiwi platletnya mendadak naik menjadi 82 ,sementara isterinya pula bacaan 76 naik ke 170…sangat menakjubkan.

Untuk kecukupan serat per hari,kita perlukan sekitar 25-30 gram. Satu mangkuk kecil sayur atau satu buah diperkirakan mengandung serat 4 gram. Jika Anda malas makan sayur, anda perlu makan 8 buah untuk memenuhi keperluan serat 30 gram,.