Puan Hayati
Showing posts with label Ubat Cirit-birit. Show all posts
Showing posts with label Ubat Cirit-birit. Show all posts

Wednesday, July 10, 2013

Antibiotik Paling Kuat Bagus??


Demam Denggi ialah sejenis virus, jadi tiada Antibiotik  yang boleh membunuh virus denggi. Rawatan Homeopathy boleh merawat Denggi  ini  dengan menggunakan ubatan seperti Bryonia, Echinecea, Aconite dan banyak lagi mengikut simptom keluhan .Jika di hospital rawatan yang diberi meliputi perawatan  seperti mengawal hidrasi tubuh dan pemerhatian kadar platelet diperlukan. 


Kenapa tiada antibiotik digunakan untuk merawat denggi?
Ya, kerana denggi ialah sejenis virus. ….. Hai ! apa pulak perbezaan ni...
Sekiranya semua doktor memberikan Antibiotik kepada pesakit yang mempunyai sakit tekak dan selsema, dan semua pesakit mengambilnya, ini bermakna 80% daripada Antibiotik tadi yang tidak memberi apa-apa kesan kepada virus adalah satu pembaziran, sia-sia malah boleh mendatangkan bahaya kepada tubuh.



Siapa kata Antibiotik tidak ada kesan sampingan ? Ada.....Antibiotik mempunyai kesan sampingan kecil seperti loya, pening, muntah dan cirit birit sehingga ke yang teruk seperti kerosakan buah pinggang, usus dan hati, pekak dan sawan.

Steven Johnson Syndrome adalah satu kesan sampingan kepada beberapa jenis Antibiotik berasaskan sulfa.Kesan Antibiotik itu menyebabkan keadaan kulit seperti terbakar dan juga menyerang kawasan seperti mulut mata dan lidah. Kesan sampingan ini boleh membawa maut.


           Solusi Hompath/Homeopathy 
 Ambil Nitric Acid 30 di Klinik  Homeopathy  


Apabila Antibiotik diambil dan digunakan sewenang-wenangnya, maka Bakteria yang tidak terbunuh oleh Antibiotik akan menjalani mutasi. Ia menjadi kebal dan semakin kuat. Bakteria ini akan membiak dan tersebar di kalangan manusia yang dekat dan jauh.
 Penggunaan Antibiotik ini membunuh secara rambang-, Antibiotik tidak mengenal musuh. Ia seperti sebuah BOM NUKLEAR. Kawan atau lawan, semuanya musnah tanpa belas kesihan ini ternyata membawa padah kepada kesihatan. Selepas tiada lagi bakteria yang baik, maka bakteria yang jahat akan bermaharajalela.


Semakin kuat antibiotik digunakan semakin mahal Antibiotik tersebut.
Untuk orang  yang kaya mungkin tak kisah dengan kos Antibiotik yang meningkat sekarang. Tetapi untuk orang kampung atau yang susah memang memberi kesan Sebagai contoh untuk membayar kos , RM 60 untuk 7 biji Augmentin memang  agak memeningkan kepala.


Di hospital kos perbelanjaaan rawatan juga semakin meningkat. Ini kerana Antibiotik yang kuat tidak mungkin berharga murah. Syarikat farmaseutikal terpaksa membelanjakan jutaan wang untuk menghasilkan Antibiotik yang lebih kuat dan siapa yang harus membayar harga itu?
Apa Pendapat Doktor ?


waktu pendemik, Elakkan tempat yang sesak, jaga jarak untuk elakan tularan penyakit berjangkit di sebabkan oleh virus.




Tuesday, June 1, 2010

Buah Delima (Punica Granatum)



Buah delima adalah sejenis buah yang berasal dari Mediterranean yang banyak digunakan dalam perubatan tradisional untuk mengubati pelbagai jenis penyakit. Bentuk buahnya seperti epal dengan di dalamnya mempunyai beratus-ratus biji.Biji-biji inilah yang dimakan .Rasanya sedap ,masam-masam manis.
Buah delima merupakan salah satu buah yang terdapat di dalam syurga . Sebagaimana firman Allah (Q:55:68)
Maksudnya: "Pada keduanya juga terdapat buah-buahan serta pohon-pohon kurma dan delima".

Buah delima mempunyai pelbagai keistimewaan. Buah ini mengandungi zat besi, kalsium, folforus, vitamin A dan C. Zat besi yang terdapat di dalam buah delima dianggap sebagai unsur penting dalam pembentukan darah merah. Seseorang yang kekurangan zat besi akan mengalami penyakit anemia.

Sejak zaman dahulu ahli perubatan Yunani menggunakan ubat ini sebagai ubat cacing. Alkaloid yang terdapat pada kulit buah membuat cacing melekat pada dinding usus manusia melepaskan pegangannya. Buah delima masam pula boleh mencegah dari muntah, menghentikan cirit-birit dan melawaskan air kencing.

Terdapat kajian yang menyatakan bahawa biji delima dapat dijadikan ubat luka-luka yang teruk dan kebenjolan. Caranya dengan mengambil biji-biji delima ditumbuk dan dicampurkan dengan sedikit madu dan disapukan pada bahagian luka.Berguna juga untuk menurunkan berat badan .Ambil dua genggam daun delima muda diramas-ramas dengan air masak, dicampurkan sedikit garam. Dapatkan perahan pati, minum dua kali sehari.

Delima banyak mengandung antioksidan boleh melawan penyakit ketumbuhan /tumor.Menurut kajian Kanser prostat adalah jenis kanser kedua yang mengancam pria setelah kanser paru-paru.

Dapatkan produk ini  disini
  

                                                    INFO DETAIL DELIMA  KLIK