Puan Hayati
Showing posts with label doctor advice. Show all posts
Showing posts with label doctor advice. Show all posts

Sunday, September 16, 2012

Hak Kasih Sayang



Kita adalah makhluk yang dicipta oleh Allah , maka sudah tentulah Allah telah menetapkan garis panduan untuk kita.Tidak perlu lagi kita yang bertaraf hamba ini untuk mencari kehidupan sendiri.Segalanya telah ditetapkan.

Panduan hidup yang disediakan oleh allah ini dikenali sebagai Syariat.Tiada nilainya segala bentuk kemewahan dan kesenangan duniawi ini tanpa kepatuhan terhadap Allah SWT  dan mengikuti tatacara kehidupan Rasuallah SAW.

Musim Haji datang kembali......Teringat  sewaktu menunaikan haji di Mekah ,waktu menunggu solat subuh ,oleh kerana leka membaca Al Quraan , tidak sedar telah ujud  se ekor kucing yang nyenyak tidur diatas sejadah.Entah bila kucing itu datang dan tak tau dari arah mana datangnya...Pelik sungguh!!!!

.Pelik kerana  puan Nor sembahyang ditingkat dua dan di bahagian tengah dibahagian jamaah wanita serta yang berselindung atau di belakang barisan rak Al Quraan bersetentangan dengan pancuran emas.Jika kucing tu  naik tangga  dan melalui barisan jemaah yang berhimpit-himpit tu.....tentu ada yang perasan.tetapi......tup tup ternampak dia dah tertidur di sejadah dengan aksi yang cukup bagus dan sangat nyeyak.Jika di usik-usik hanya mengeliat dan ubah posisi sahaja tanpa beredar dari sejadah tu.

Sedar bila kawan sebelah mencuit " kakak buat apa dengan kucing ?"  Agak terperanjat juga......" Itu...." Oh! nyeyak sungguh kucing itu tidur.Bila ditanya kawan sekeliling ,tiada siapa pun yang perasaan atau nampak kucing tu datang

Terpaksalah puan Nor berkongsi sejadah dengan kucing tu....sebab ditolak-tolak kucing tu hanya mengeliat saja tanpa beredar.Setelah habis solat ,kucing tu masih tidur. Kawan berpesan katanya..".nabi sangat sayangkan kucing hinggakan ada suatu ketika dia mengunting kain supaya tidak mengganggu kucing yang tidur itu."Puan nor pun meninggalkan sejadah yang ditiduri kucing itu......


Tibalah masanya kini untuk kongsi cerita,,,,ada seekor  kucing yang mendatang kerumah puan Nor . Kakinya  luka kerana bergaduh.Luka merebak  dan telah berulat (magots) sebab bau luka itu menggundang sang lalat mengerumuni nya.Terpaksa dibawa kucing ini  ke klinik haiwan kerana sangat susah untuk membersihkan ulat tersebut.Doktor memberitahu..."Nasib bawa cepat ke klinik, jika tidak ..kaki si kucing Kuning ini terpaksa di potong"...





Diklinik kucing itu di kurantin selama 8jam .baru dibenarkan  bawa balik.Ubat dan rawatan  perubatan rm 50.00.Rasanya lebih mahal daripada rawatan kita sakit  biasa diklinik.

Di rumah kucing ini mendapat ubat homeopathy pulak yang dititiskan dalam mulutnya.Beginilah nasib orang buangan, jika ada yang sudi berbahagialah hidupnya.

Kucing adalah makhluk allah...tetapi sebagai manusia yang di berikan akal "kenapa sanggup menginaya anak sendiri atau insan lain yang punya perasaan"......Jadilah insan yang punya naluri kasih sayang dan kesihan belas yang di banggakan




Tuesday, April 19, 2011

Educate Malaysians Typical Thinking (Benarkah Gaya Fikiran begini?)


Ramai yang tidak sedar bahawa rawatan terbaik adalah menjaga system imun tubuh. Ramai yang beranggapan bahawa penyakit boleh sembuh hanya dengan memakan ubat/drug. Mereka tidak meyedari bahawa mengambil ubat berdadah hanya menyorokkan simptom yang pada zahirnya elok sedangkan tubuhnya semakin teruk dan penyakitnya semakin parah.

Seperti yang kita ketahui, ubat tahan sakit seperti ubat pronstan mempunyai dadah yang jumlahnya selamat diambil tetapi pada jangka masa panjang memberi kesan /impact yang besar pada buah pinggang kita . Lihat pada sekitar kita sekarang ,Lihat kesihatan kawan-kawan yang menjadi penggambil setia ubatan demikian  (kecuali mereka yang mendapatkan rawatan alternatif tanpa dadah ).Adakah mereka bertambah sihat atau sebalik nya…… buat penelitian



Pusat haemodialisis telah tumbuh seperti cendawan . Bukan sahaja ubat yang menyumbang kepada kerosakan buah pinggang mereka malahan faktor pemakanan masakini dan persekitaran yang serba serabut/ stress menjadi kan juga satu faktor yang kuat.Apabila Fungsi buah pinggang tidak teratur lagi mulalah timbul masaalah tekanan darah tinggi dan penyakit jantung.

Biasanya waktu pesakit yang demam mendapatkan rawatan di hospital .Pihak hospital hanya letakkan ‘drip’ H2O dan seterusnya cuba untuk mengurangkan demam pada pesakit. Sebenarnya ,demam yang berlaku itu adalah kerana jangkitan virus dan kurangnya pertahanan system imun untuk cuba melawan virus tersebut. Perlu diingatkan jangkitan virus penawarnya adalah antivirus bukan antibiotic kerana antibiotic adalah untuk bacteria.

Bila kita minta pendapat orang ramai berkenaan ubat hospital,….??
Jawapannya ,……

(Hospital tu bagus system nya,caring..terutama bahagian kecemasan..-kelas dengan doktor terlatih. tetapi yang menjadi masaalah adalah ubatnya kerana ubat hospital dikawal oleh pihak Farmasi bukan doktor….Doktor memang ada kepakaran masing-masing tetapi bukan drug



Ada yang menjawab makcik tak tau pasal ubat ni..dokor bagi ….makan aje..
{Itu yang ada kes masaalah demam panas aje bila masuk wad tapi bila keluar wad …bermacam-macam drug yang dibekalkan …. ada darah tinggi, kencing manis,stress…kata makcik tu,..... satu hari makan 10 biji pil….?????. Patutlah makcik mengantuk aje....Sepatutnya selepas makan ubat lagi cergas…..)

Inilah orang Malaysia …fikirannya telah diracuni….kalau orang dulu makan herba atau jamu dari bahan keliling rumah ……okey, kerana tak ada dadah/drug...Inilah topik yang mahu dibincangkan sekarang... tentang pemikiran ;

Mereka-mereka ini terlalu sukar untuk berubah;terlalu ego, kekadang ada yang tunjuk pandai ; .....Cuba sekali-sekali bertanyakan kepada doktor…betulke dadah tu tak baik untuk kita.....???
Dengar pendapat Doktor ini ...

Kalau setahun pengambilan ubat dadah …mungkin tahap selamat tetapi bagaimana selepas 4? …5? Atau 10 tahun kemudian…??Apa akan terjadi dengan buah pinggang kita…??Boleh selamat dari kerosakkan??

Tahukah anda betapa besarnya peranan buah pinggang/kidney??? .Ia adalah satu-satunya organ dalam badan manusia yang kalau sudah rosak..tidak akan elok lagi..Oleh itu sesiapa yang ada penyakit ..kurangkan ..dos drug ,terutama yang berpenyakit asthma..darah tinggi..cancer..kencing manis..and Carilah rawatan alternatif.




Maka kajian yang dilakukan oleh para saintis dengan penemuan sains bersejarah ,penyelelidikan mencari satu penyelesaian yang diakui oleh para doctor untuk menggantikan peranan antibiotic dan alternative bagi ubat yang berlatar belakangkan dadah.




Wednesday, April 23, 2008

Awasi Mentega Kacang Anda

Presiden CAP,S.M.Mohamed Idris menunjukkan sampel dalam sidang media di Pulau Pinang Mentega Kacang atau Peanut butter (dikenali juga sebagai peanut paste) Rasanya sangat sedap. Diperbuat daripada kacang tanah. Makanan ini terkenal di Canada,United States, Australia, United Kingdom,;South Africa, Papua New Guinea, New Zealand,Asia , Saudi Arabia.Bermakna seluruh dunia tahu dan kenal mentega kacang. Pembuatannya daripada Kacang yang telah dikeringkan dan di buang kulit arinya dan dihancurkan,sehingga memperolhei pasta yang halus dan rata.Bahan emulsifier ditambah untuk membuat lemak dan cairan berpadu sempurna. Baru-baru ini tersebar berita mentega kacang penyebab penyakit kanser hati.Isu ini berkait rapat dengan keselamatan pengguna dan perlu diambil tindakan serius kerana memberi penyakit sampingan kepada pengguna. Harga barang bertambah naik , Logiknya jika harga mahal,barang lebih berkualiti tetapi menjadi disebaliknya.Lebih merbahaya dan sangat merosakkan kesihatan.Oleh itu elakkan makanan yang ada tambahan bahan seperti emulsifier dan sejenisnya seperti ovellate, shortening ,MSG,pewarna dan lain-lain bahan kimia dalam pembuatan makanan atau membeli makanan yang mempunyai bahan tersebut.Tahan selera untuk sehat ,Cari makanan lebih berkhasiat.Don't eat for die. Petikan Akhbar ------------------------------------------------------------------------------------ Mentega Beracun Rosakkan Hati Mentega kacang makanan yang digemari rakyat negara ini, menjadikannya sebagai bahan penyedap roti setiap kali bersarapan pada awal pagi. Namun tahukah anda, di sebalik keenakan mentega itu, terdapat kandungan bahan kimia yang dikenali sebagai aflatoksin yang boleh menyebabkan kanser hati .Aflatoksin ialah sejenis mycotoxin atau sebatian kimia yang lazimnya dihasilkan oleh kulat ketika tumbuh segar di atas bahan organik seperti jagung, kacang atau biji kapas. Hasil penyelidikan selama dua tahun Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) terhadap kebanyakan produk mentega kacang dan produk kacang jenama popular di pasaran negara ini,pada tahun 2006 dan 2007 didapati dicemari aflatoksin melebihi paras selamat."Impaknya cukup tinggi kerana ia boleh menyebabkan kanser hati walaupun dimakan dalam kuantiti yang kecil. Aflatoksin mengakibatkan penyakit di seluruh tubuh, tetapi biasanya diketahui punca penyakit hati dan kanser hati," Di bawah Peraturan Makanan 1985, paras maksimum yang dibenarkan bagi aflatoksin ialah 15 bahagian per bilion (bpb) untuk kacang tanah mentah dan 5 bpb bagi produk makanan lain."Paras tertinggi bahan itu ditemui dalam sampel gula-gula kacang yang mengandungi 50 bpb aflatoksin. Sampel kacang mentah diuji pula didapati mengandungi 25-50 bpb hingga 5-10 bpb, perkara itu berlaku disebabkan bahagian pengawasan kualiti sesebuah syarikat pengeluar tidak cekap malah 13 daripada 20 sampel mentega kacang yang diuji CAP didapati melanggar paras aflatoksin yang dibenarkan.kata Khatijah Hashim Pengerusi Persatuan Pengguna Shah Alam dan Selangor (Cassa), Datuk Dr. Jacob George pula berpendapat label barangan harus mengandungi kriteria makanan yang jelas boleh dimakan.Setiap produk makanan harus dilabel sesuai dengan peringkat umur dan terdapat panduan jelas bahan kimia yang terkandung di dalamnya supaya ia tidak menjejaskan kesihatan seseorang kelak. _________________________________________________________ Petikan Kosmo 23 April 2008 Oleh Megat Lufti dan Ahree Ahmad

Wednesday, September 26, 2007

Lobak Merah


Apabila membeli lobak merah atau carrot pilih yang berwarna gelap kerana lebih mengandungi Beta Karotean berbanding yang berwarna cerah.Tua lebih baik daripada yang muda.

Beta Karotena adalah antioksida yang diubah menjadi vitamin A apabila berada di dalam tubuh.Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung dan kanser.

Seperti mana yang kita tahu ,sayuran lobak merah baik untuk mata, dapat menyembuhkan sembelit,asma,masaalah gigi,kesukaran tidur,memperbaiki kesihatan rambut,kulit dan kuku.

Lobak merah dimakan mentah lebih baik. Oleh itu digalakkan dimasak acar sahaja.



_____________________________________________________________________
Philip W. Simon,PHD .Jabatan Pertanian Amerika Syarikat