Menilai sesuatu itu biarlah dengan ILMU. MOGA HIMPUNAN INFO INI BERMANAFAAT DALAM MENCARI apa yang TERBAIK,SUCI LAGI HALAL . Sayangi Diri dan Keluarga.
Wednesday, April 23, 2008
Awasi Mentega Kacang Anda
Presiden CAP,S.M.Mohamed Idris menunjukkan sampel dalam sidang media di Pulau Pinang
Mentega Kacang atau Peanut butter (dikenali juga sebagai peanut paste) Rasanya sangat sedap. Diperbuat daripada kacang tanah. Makanan ini terkenal di Canada,United States, Australia, United Kingdom,;South Africa, Papua New Guinea, New Zealand,Asia , Saudi Arabia.Bermakna seluruh dunia tahu dan kenal mentega kacang.
Pembuatannya daripada Kacang yang telah dikeringkan dan di buang kulit arinya dan dihancurkan,sehingga memperolhei pasta yang halus dan rata.Bahan emulsifier ditambah untuk membuat lemak dan cairan berpadu sempurna.
Baru-baru ini tersebar berita mentega kacang penyebab penyakit kanser hati.Isu ini berkait rapat dengan keselamatan pengguna dan perlu diambil tindakan serius kerana memberi penyakit sampingan kepada pengguna.
Harga barang bertambah naik , Logiknya jika harga mahal,barang lebih berkualiti tetapi menjadi disebaliknya.Lebih merbahaya dan sangat merosakkan kesihatan.Oleh itu elakkan makanan yang ada tambahan bahan seperti emulsifier dan sejenisnya seperti ovellate, shortening ,MSG,pewarna dan lain-lain bahan kimia dalam pembuatan makanan atau membeli makanan yang mempunyai bahan tersebut.Tahan selera untuk sehat ,Cari makanan lebih berkhasiat.Don't eat for die.
Petikan Akhbar
------------------------------------------------------------------------------------
Mentega Beracun Rosakkan Hati
Mentega kacang makanan yang digemari rakyat negara ini, menjadikannya sebagai bahan penyedap roti setiap kali bersarapan pada awal pagi.
Namun tahukah anda, di sebalik keenakan mentega itu, terdapat kandungan bahan kimia yang dikenali sebagai aflatoksin yang boleh menyebabkan kanser hati .Aflatoksin ialah sejenis mycotoxin atau sebatian kimia yang lazimnya dihasilkan oleh kulat ketika tumbuh segar di atas bahan organik seperti jagung, kacang atau biji kapas.
Hasil penyelidikan selama dua tahun Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) terhadap kebanyakan produk mentega kacang dan produk kacang jenama popular di pasaran negara ini,pada tahun 2006 dan 2007 didapati dicemari aflatoksin melebihi paras selamat."Impaknya cukup tinggi kerana ia boleh menyebabkan kanser hati walaupun dimakan dalam kuantiti yang kecil. Aflatoksin mengakibatkan penyakit di seluruh tubuh, tetapi biasanya diketahui punca penyakit hati dan kanser hati,"
Di bawah Peraturan Makanan 1985, paras maksimum yang dibenarkan bagi aflatoksin ialah 15 bahagian per bilion (bpb) untuk kacang tanah mentah dan 5 bpb bagi produk makanan lain."Paras tertinggi bahan itu ditemui dalam sampel gula-gula kacang yang mengandungi 50 bpb aflatoksin. Sampel kacang mentah diuji pula didapati mengandungi 25-50 bpb hingga 5-10 bpb, perkara itu berlaku disebabkan bahagian pengawasan kualiti sesebuah syarikat pengeluar tidak cekap malah 13 daripada 20 sampel mentega kacang yang diuji CAP didapati melanggar paras aflatoksin yang dibenarkan.kata Khatijah Hashim
Pengerusi Persatuan Pengguna Shah Alam dan Selangor (Cassa), Datuk Dr. Jacob George pula berpendapat label barangan harus mengandungi kriteria makanan yang jelas boleh dimakan.Setiap produk makanan harus dilabel sesuai dengan peringkat umur dan terdapat panduan jelas bahan kimia yang terkandung di dalamnya supaya ia tidak menjejaskan kesihatan seseorang kelak.
_________________________________________________________
Petikan Kosmo 23 April 2008
Oleh Megat Lufti dan Ahree Ahmad
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment