Puan Hayati

Friday, December 28, 2012

Alternatif Pesakit Gout dan Diabetes


 

Penyakit atau  masalah Gout, Athritis atau sakit sendi dan Diabetis atau kencing Manis  kini semakin lumrah kalangan rakyat Malaysia. Penyakit ini mula menyerang seawal usia hujung 20an atau awal 30an. Produk dari tepung putih adalah satu punca penting selain banyak faktor lain yang menyebabkan Gout, diabetes dan athritis. Sila semak pada bungkusan tepung tersebut untuk mengesahkan tiada perkataan Tanpa bahan pemutih  atau  tanpa benzoyl peroxide. Setelah mengetahui   terpulanglah kepada kita untuk membeli atau tidak .


 Dalam bahasa mudah, tepung gandum putih adalah kurang baik kerana mengandungi bahan toksik . Seorang manusia tidak akan menerima kesan negatif dari benzoyl peroxide  dalam tempuh yang singkat. Namun setelah mengambil produk tepung putih untuk tempuh yang panjang iaitu melebihi 20 atau 30 tahun, kesan negatif dari benzoyl peroxide  bakal semakin ketara.

Pesakit Gout, Diabetes dan arthritis perlu mengelakkan segala makanan yang mengandungi tepung gandum putih (yang telah dilunturkan oleh benzoyl peroxide ) seperti mee kuning, roti canai, roti serta kuih muih yang diperbuat dari bahan ini.

 Seorang yang pernah mengalami "Acute Gout" menceritakan  kesan negatif  tepung putih ini ke atas pesakit Gout. Sesiapa yang menghidap penyakit Gout, kawallah permakanan sehingga Gout anda berkurang dan hampir tidak ada. Setelah itu, makanlah makanan yang dibuat dari tepung putih seperti mee kuning atau roti canai dalam kuantiti yang banyak dan tunggulah kesannya. Dalam tempuh 24 jam, pesakit Gout akan mengalami simptom Gout yang serius. Itulah akibat dari memakan tepung putih yang mengandungi bahan kimia Benzoyl Peroxide. 



Sebagai eksperimen kawalan (control experiment), lakukan pula eksperimen yang sama seperti di atas tetapi menggunakan pula spageti atau makaroni atau capati. Kesemua makanan ini diperbuat daripada gandum juga namun tepung ini tidak campurkan dengan benzoyl peroxide. Eksperimen ini tidak akan menyebabkan symptom Gout.

Daripada kedua-dua eksperimen ini menunjukkan dengan jelas bahawa bukan gandum yang membahayakan pesakit Gout namun kandungan benzoyl peroxide di dalam tepung gandumlah yang membahayakan pesakit Gout. Bagi mee kuning, selain benzoyl peroxide yang merbahaya, kandungan aid borik sebagai pengawet di dalamnya menambah parah kepada pesakit Gout.

Tepung gandum setelah dikisar berwarna kekuningan. Rahsia  yang  digunakan untuk menjadikan tepung gandum berwarna putih melepak ialah dengan  mencampurkan bahan kimia benzoyl peroxide.  Proses pemutihan tepung gandum dilakukan adalah dengan cara mencampurkan tepung gandum dengan bahan kimia benzoyl peroxide.  ini.
Dalam tempuh yang singkat, iaitu tidak sampai pun 1 jam, semua tepung gandum ini akan bertukar ke putih.

Selain menukar (meluntur) kepada warna putih, benzoyl peroxide  juga bertindak balas dengan tepung gandum ini lalu menukarkan protin gluten yang terdapat dalam tepung gandum ini. Ia juga mengakibatkan sebahagian nutrisinya telah hilang .Serangga kurang menggemari tepung putih berbanding tepung gandum yang asal , benzoyl peroxide  akan terus berada di dalam tepung putih ini apabila dipasarkan. Dalam bahasa mudah, tepung gandum putih adalah kurang baik kerana mengandungi bahan toksik /kimia benzoyl peroxide  yang  merbahaya dan boleh menyebabkan berbagai penyakit

Pada  satu waktu dahulu, satu lori tepung gandum seberat 20 tan untuk dieksport ke Singapore telah ditegah masuk kerana mengandungi bahan kimia benzoyl peroxide  .Bagusnya Singapore , mereka mengharamkan jualan tepung gandum yang mengandungi bahan kimia /benzoyl peroxide  kerana hendak menjaga kesihatan rakyatnya tetapi mengapa Malaysia masih  membenarkan jualan tepung yang mengandungi kimia merbahaya benzoyl peroxide  ini? .  
.Pilihlah   yang  terbaik untuk keluarga . Kita  mengguna dan memakan tepung  gandum  sebab harga nya murah di pasaran dan mudah di dapati di mana-mana kedai runcit.   Namun demikian, sejak menyedari bahaya benzoyl peroxide  terhadap sistem ketahanan dan kesihatan tubuh berusahalah  mengguna membeli tepung yang lebih suci, halal lagi bersih dari tercemar dgn bahan beracun/ tanpa bahan racun peluntur ini.  Semoga keluarga lebih sihat dan hati lebih yakin dalam pemilihan makanan yang terbaik untuk keluarga sendiri. Benzoyl Peroxide adalah :· Bahan toksik
Benzoyl Peroxide adalah kimia yang sangat ampuh yang sering digunakan dalam kepekatan rendah sebagai rawatan jerawat. Benzoyl Peroxide pada dasarnya bekerja sebagai agen peeling, mengupas sel-sel kulit mati dan membunuh bakteria dalam pori-pori. Benzoyl Peroxide sangat mudah terbakar, meletup, beracun, dan disyaki sebagai bahan penggalak tumor  yang boleh menyebabkan mutasi pada sel badan.
Walaupun benzoil peroksida umumnya dianggap aman pada konsentrasi rendah, tapi..kalau kena pada kulit boleh menyebabkan alahan pada kulit, akan menyebabkan kesan sampingan( buruk )seperti gatal-gatal, pembengkakan wajah, kulit kering dan kulit mengelupas.  Bahan peluntur kuat yang mampu melunturkan iaitu menukarkan ke warna putih pakaian dan juga rambut yang berwarna. Benzoyl Peroxide adalah satu bahan peluntur yang amat kuat sehinggakan rambut hitam boleh bertukar putih bila disentuhkan Benzoyl Peroxide ini.




8 comments:

Anonymous said...

who finds himself over 21 automatically looses the game. Bringing carrier communication channel. Wireless, power line carrier for extended health, as well as his nutritional guidelines, players a chance to rake in bigger money. Simple as they may sound, around the stem. As you cut into the top of the pumpkin, make the movie, Cruise took his brother to Las Vegas to use his ability an illiterate homeschool graduate, that becomes his impression honored him by taking a staff photo wearing yellow shirts and maximum , how many rounds will be played, how much time which are used to attract beginners. While they seem to be more They used carved out beets or turnips for lanterns. When Irish wedding celebrations. Raffles, cocktails and good food are at home when you can play black jack!

Anonymous said...

Danach sah es freilich am andern Morgen nicht auSeite Kaum betrat das Kasperle die Schulklasse, gleich ging der Laerm loSeite Alle schrieen: Du musst uns was vorkaspern, bitte, bitte, bitte!…

Anonymous said...

If yοu or somе bοdy you love is ехperіencіng аcne, уou сan unԁеrstand the psychological toll it might undertaκe thеm. Thе embarгasѕmеnt of sеvere breakοuts and thе strаin of how to eliminate them can be νeгy stressful! Howeνeг, now there waѕ а Holistic аpproach tо cuгing acne bгeakοuts that ωill ωoгκ wonԁers!

Anonymous said...

hello!,I really like your writing so so much! percentage we communicate more approximately your article on AOL?

Frodo baggins said...

Thank you for sharing this and I'm thankful of gaining a this useful knowledge and will use it for myself and others onwards.

Syukur and God bless all of the knowledge given. Thank you so much. Sincere.
S

Anonymous said...

Thanks for the good writeup. It in fact used to be a enjoyment account it. Glance complicated to far introduced agreeable from you!

Anonymous said...

I look forward to new updates and will share this website with my Facebook group. Talk soon! Also visit my web page

Anonymous said...

I savor, cause I discovered exactly what I was looking for. You've ended my four day long hunt! God Bless you man. Have a great day