Puan Hayati

Wednesday, January 29, 2014

Isu Halal- Haram Penting

Pihak berkuasa perlu memantau dengan segera  isu ini...Demi menjaga akidah  masyarakat muslim
Pada orang dewasa yang berpelajaran mungkin mudah mengenal pasti ....tetapi pada yang  kurang pengetahuan....??


Suatu dahulu pihak  Jakim katanya meletakkan syarat-syarat yang terlalu ketat untuk mendapatkan sijil halal yang sah, Mashitah  pula pernah berkata terdapat prosedur pensijilan halal yang harus dipatuhi oleh peniaga agar sijil itu dipercayai orag ramai.Petikan ini  bagaimana cerita ?


"Makanan halal perlu bebas daripada bersentuhan dan berdekatan dengan benda haram dan najis dalam Islam semasa peringkat penyediaan, pemprosesan dan penyimpanan.

"Justeru, bagi mendapatkan pensijilan Halal Malaysia bukan sahaja halal tetapi juga toyyiban iaitu bersih, suci dan berkualiti tinggi supaya integriti pensijilan Halal itu sentiasa terpelihara dan diiktiraf di peringkat antarabangsa," tambahnya.

Seminar yang dihadiri kira-kira 150 orang terdiri daripada pihak industri dan wakil Jabatan Agama Islam Negeri bertujuan memartabat dan mengharmoni penguatkuasaan undang-undang berkaitan halal ke arah menjadikan Malaysia sebagai hab halal di dunia. - Bernama

Adakah kita buka mata dan buta hati ? ?

No comments: