Sepanjang Waktu PKP ,Aktiviti lock down, ramai yang bosan kerana aktiviti terhad, pada yang berfikiran positif banyak kebaikan disebalik musibah ini.Allah mendidik kita untuk menghargai masa. Dulu nya sebuk ,kadang-kadang banyak waktu solat terlepas.... waktu maghrib bercampur stress emosi masih terperangkap dalam traffic jam di jalan raya .
Kini kita di hadiahkan banyak masa untuk bersama keluarga, dapat muhasabah diri, dapat betulkan ikatan family yang longgar akhibat sebuk bekerja dulu.......Ohhhh baru ku tahu nakal anak ku, selama ini ku serahkan pada pengasuh atau tadika , kini bila 24 jam bersama baru ada keinsafan diri dan tau mengucapkan sedikit rasa terima kasih pada orang lain yang selama ini turut pening kepala dengan kerenah anak kita..
Bila hati terdidik , ada rasa keinsafan diri...bayangkan kita masih selesa di rumah tapi bagaimana para petugas barisan hadapan negara yang sedang berjuang sehabis daya
mereka untuk menangani COVID-19 yang
meningkat setiap hari, mereka yang merisikokan diri , berhadapan dengan ancaman wabak dalam keadaan
perlindungan yang tidak mencukupi dan suasana mendesak. Sentiasalah kita bersyukur dan redo dengan ketentuan Allah , Sentiasa ucapkan Alhamdulillah.
Perkabaran satu cerita yang menarik , yang di kongsikan untuk panduan dalam hidup ini. Waktu Mekah Lock
Down,
Diantara pelajar
Malaysia terkesan adalah Harith, yang belajar di di
Universiti Ummul Qura. Mereka tak dapat keluar dari kota Mekah. Suasana lock down
yang berlarutan panjang, sangat meresahkan lalu
Dari bumi Mekah,Harith menghubungi
si ibu,Nun jauh beribu
batu,
Di hati ibu juga
sama,mengingati nasib seorang anak seorang
yang terdampar di bumi yang asing.
Pesan si ibu,Harith,......
"Bacalah 'La Hawla wa
La Quwwata Illa Billah',
Baca lah jangan
berhenti,Baca lah dengan penghayatan..."
Kalau ikut logik
akal,Tiada harapan dapat
keluar dari Mekah,
Apatakh lagi untuk Peluang balik ke
Malaysia.
Nasihat dan Pesanan ibu disemat
ketat-ketat di hati ,
Harith terus menerus ber zikir
Harith meyakini,Semua yang berlaku
ini,Ada satu Kuasa yang
mengurustadbirnya,Serahkan pada Dia
semuanya,Seorang hamba sudah
tiada daya upaya,Melainkan dengan
izinNya.
Tampa diduga. Pengumuman di media
massa keluar,meyatakan
Kerajaan Arab Saudi
membenarkan perjalanan pulang bagi warganegara asing,Waktu tu,Talian Saudi
Airlines memang terlalu sibuk,Tak dapat ditembusi
pun,Macam goreng pisang
panas,
Sebab semua orang
nak keluar dari Mekah,Pulang ke kampung
halaman.
Kuasa Allah ,Entah dari mana,Ada hamba Allah,Beritahu Harith,
Cuba akses ke
website Saudi Airlines.Dalam debar,Harith cuba ke
website tersebut.Dan,Percaturan Allah,Harith dapat membeli
tiket kapalterbangnya dengan mudah sekali,
Subhanallah !
Bayangkan,Tiket yang ada,Adalah pada hari
peperiksaan akhirnya,
Episod debar
mendebarkan,Silih berganti,
Terus-terusan Harith
berzikir,
La Hawla Wala
Quwwata Illa Billah.
Naik je kapal
terbang dari Jeddah,Kemudian transit di
Dammam selama 1 jam,Dan,Ternyata,Luar biasa gerak
kerja Allah,
Elok landing di
Dammam,
Peperiksaan online
baru bermula,
Dan Harith menduduki
peperiksaan Di Airport Dammam itu,
Menjawab semua
soalan berbahasa arab itu,Dalam masa transit 1
jam sahaja,Lambat jawab,Hilang akses
internet,
Atau kesukaran nak
naik pesawat kembali.
Allah sebaik-baik
Penolong,Semua soalan siap
dijawab dan dihantar,
Beberapa minit
sebelum kapalterbang kembali berlepas.
Dan,Keputusan
peperiksaan itu,Harith mendapat
98/100 markah.
Subhanallah !
Allah
sebaik-baik Penolong.
Sampai je di
Malaysia,
Mereka disambut
dengan layanan luar biasa oleh barisan Frontliner,
Luggage diangkat
oleh Frontliner,Disantuni oleh para
Frontliner dengan sebegitu baik,Kemudian menaiki
bas,Disediakan makan dan
minum,Diiring dengan motor
dan kereta polis menuju ke hotel di Bukit Bintang untuk kuarantin selama 2
minggu,Betul-betul terasa
seperti Menteri,Seperti VVIP,Delegasi luar
negara.
Sampai di hotel,
Tak perlu beratur di
kaunter untuk check-in,Tanpa perlu
keluarkan duit atau kad kredit,Semua dihantar terus
masuk ke bilik hotel,
Dengan keadaan
sangat selesa.Makan dan minum
untuk sahur dan berbuka semua di depan pintu,Asal buka pintu,Ada makanan.
Kata Harith,
Entah macamana lah
keadaan syurga nanti,Kalau begini pun
terasa sungguh indah sekali.Itulah gerak kerja
Allah yang Maha Teliti,
Magiknya sampai
penduduk di bumi pun tak dapat menjangka kehadirannya.
.Hidup ini sebenarnya
magik,Magik di atas rahmat
Allah,
Bilamana sandaran
kita total kepada Allah,Allah akan uruskan
semuanya sekonyong-konyongnya,Sampai kita rasa tak
percaya.
Hidup logik,
Membuatkan kita
merasa sedikit longgar kebergantungan kita padaNya,Kita merasai segala
berlaku atas usaha kita.
Allah boleh
menjadikan yang tidak logik itu seperti magik,
Dan Allah juga boleh
menjadikan logik itu seperti tidak logik,
Semuanya Allah yang
memegang segala kekuasaan di langit dan di bumi.
Maka,Serahkan lah semua
urusan kita pada Yang Maha Hebat UrusTadbirnya. " La Hawla Wala
Quwwata Illa Billah."
Pada yang mengeluh, stress....
Pening urus anak,
Pening urus
pasangan,
Pening urus famili,
Pening urus bisnes,
Pening serba serbi,
Zikirlah,
لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ
إِلَّا بِاللهِ العَلِيِّ العَظِيْمِ
Ertinya: "Tiada
daya dan upaya kecuali dengan kekuatan Allah yang maha tinggi lagi maha
agung."
Sabda Rasulullah
bermaksud,
"Maukah aku
tunjukkan kepadamu salah satu bacaan yang menjadi simpanan kekayaan di dalam
surga?
Maka sahabat
menjawab,'Tentu wahai
Rasulullah'.
Rasulullah
menjelaskan,
'Bacalah La hawla wa
la quwwata illa billah'"
(HR: Muslim)