Puan Hayati

Tuesday, June 1, 2010

Buah Kurma (Phonex Dactylifera )


Buah Kurma (Tamar). adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex dactylifera yang boleh dimakan segar atau yang telah dikeringkan.Rasa buah kurma segar cukup enak ,ranggup kerana biasanya buah ini disejukkan untuk mengelakkannya daripada rosak.

Buah Kurma mempunyai banyak gred dan berbagai panggilan.Sewaktu di Maddinah saya lebih suka makan kurma nabi.Warnanya agak hitam dan buahnya lebih kecil daripada yang lain dan agak bulat sedikit.Harganya jauh lebih mahal berbanding dengan jenis kurma yang lain.DBuah kurma kaya dengan zat besi, kalsium, sodium, vitamin A dan C, fosforus, potasium dan juga mengandungi sejenis bahan protein dan garam galian yang menghentikan tindak balas luar biasa yang dicetuskan oleh gluten dalam usus kecil. Jika dibiarkan, tindak balas itu akan menyebabkan pengeluaran sel darah putih secara berlebihan.

Kurma mempunyai pelbagai khasiat yang tercatit didalam Al-Quran. Buah kurma sangat sesuai untuk wanita waktu kehamilan atau selepas kelahiran memandangkan buah ini kaya dengan unsur zat besi dan kalsium.

Firman Allah:
Maksudnya: "Dan gegarlah ke arahmu pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak. Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merungsingkan".

Rasulullah juga pernah bersabda mengenai hal ini, sabdanya:
"Beri makan buah tamar kepada isteri-isteri kamu yang hamil dan barang siapa yang memakan buah tamar tersebut semasa hamilnya, maka anak yang akan lahir itu akan menjadi seorang anak yang penyabar dan bersopan-santun, kerana makanan Siti Maryam binti Imran ketika melahirkan Nabi Isa a.s adalah buah tamar".

Buah Delima (Punica Granatum)



Buah delima adalah sejenis buah yang berasal dari Mediterranean yang banyak digunakan dalam perubatan tradisional untuk mengubati pelbagai jenis penyakit. Bentuk buahnya seperti epal dengan di dalamnya mempunyai beratus-ratus biji.Biji-biji inilah yang dimakan .Rasanya sedap ,masam-masam manis.
Buah delima merupakan salah satu buah yang terdapat di dalam syurga . Sebagaimana firman Allah (Q:55:68)
Maksudnya: "Pada keduanya juga terdapat buah-buahan serta pohon-pohon kurma dan delima".

Buah delima mempunyai pelbagai keistimewaan. Buah ini mengandungi zat besi, kalsium, folforus, vitamin A dan C. Zat besi yang terdapat di dalam buah delima dianggap sebagai unsur penting dalam pembentukan darah merah. Seseorang yang kekurangan zat besi akan mengalami penyakit anemia.

Sejak zaman dahulu ahli perubatan Yunani menggunakan ubat ini sebagai ubat cacing. Alkaloid yang terdapat pada kulit buah membuat cacing melekat pada dinding usus manusia melepaskan pegangannya. Buah delima masam pula boleh mencegah dari muntah, menghentikan cirit-birit dan melawaskan air kencing.

Terdapat kajian yang menyatakan bahawa biji delima dapat dijadikan ubat luka-luka yang teruk dan kebenjolan. Caranya dengan mengambil biji-biji delima ditumbuk dan dicampurkan dengan sedikit madu dan disapukan pada bahagian luka.Berguna juga untuk menurunkan berat badan .Ambil dua genggam daun delima muda diramas-ramas dengan air masak, dicampurkan sedikit garam. Dapatkan perahan pati, minum dua kali sehari.

Delima banyak mengandung antioksidan boleh melawan penyakit ketumbuhan /tumor.Menurut kajian Kanser prostat adalah jenis kanser kedua yang mengancam pria setelah kanser paru-paru.

Dapatkan produk ini  disini
  

                                                    INFO DETAIL DELIMA  KLIK
 

Friday, March 19, 2010

Perbandingan Khasiat Acai Berry



Acai berry banyak diperkatakan di negara barat kerana khasiat yang ditawarkan. Ia pernah dibincangkan di rancangan Oprah, malah pernah diwartakan di Buletin Utama TV3.




Dapatkan Nu3 Acai Plus kerana Sifat antioksida buah Acai yang kuat mampu mempertahankan badan daripada pelbagai penyakit dengan mengurangkan kerosakan oksidaan pada sendi-sendi, kulit, jantung dan mata. Terbukti berkesan untuk anda yang mengalami masalah pernafasan, SEMBELIT, SAKIT LUTUT DAN SENDI ,kekecutan otot dan masaalah METABOLISMA.Nu3 Acai plus dapat menurunkan berat badan (lose weight )secara natural.