Puan Hayati

Friday, August 2, 2013

Penyesalan Tiada Erti....Jauhi dan Hindari

Kehidupan ini umpama roda , sekejap keatas dan sekejap kebawah....berpusing dan berputar.....Begitu juga dengan perangai kita ni................"ada mood ? ? !! " kata budak-budak  sekarang.

Kadang-kadang dah tahu di hujung sana tu ... jalan mati...... nak masuk juga.
Hai ! itulah dikatakan manusia kadang-kadang cerdik tak bertempat.

"Jenuh aku beritahu bebudak ni " Sunggut mak Limah
"Tak reta base betol !"......kenapa ? ?
"Dah ku pesan jangan beli air tin tu..... beli juga "....

Rupanya saudara mak Limah baru saje meniggal dunia disahkan terkena jangkitan kuman tikus.
Allahyarham terasa sangat haus waktu berkunjung kePenang.....jadi dia beli air dalam tin, tanpa membasuh tin tu , terus je meminumnya.....akhibatnya dia di masukkan kehospital dan meniggal dunia  dua hari kemudian.
Penyesalan tiada erti nya lagi.....minta anda semua saling ingat mengingati. Jauhi dan hindari makanan yang di tinkan kerana kekerapan terkena peyakit leptospirosis.Yelah ...tikus memang banyak dimana-mana .Dari kilang hingga ke pengguna....Kita memang terdedah dengan ancaman ini.
antibodi kuat  ; badan kita akan dapat menghindari trajedi ini.

Namun kita sebagai orang Muslim kena juga mempercayai " Ajal maut Telah di Tentukan". ...............Tetapi jika telah disediakan payung sebelum hujan...barulah peribahasa ini dapat diguna pakai....

Kalau negara jiran tikus ini dimasak dan dihidangkan persis seperti daging ayam; pada yang tiada perihatin tentu terkena
 Tikus dibakar untuk buang bulu ; kemudian dipotong seperti belakang ayam....dibubuh bumbu dan di hidangkan ....memang !!  tersilap pandang tentu termakan tikus goreng. Hati-hati kepada mereka yang sering keluar negara ...

Kau di ikutkan minuman dalam tin  ini tiada memberi manafaat kepada diri kita...kita dianjurkan supaya meminum air kosong (Plain water). Tambahan dengan isu ini...harap dihentikan tabiat kita.....
Terdahulu orang sebok mengatakan bahaya minuman Red Bull More info -  ,RED BULL Tetapi kebanyakan mereka ini  hanya pandang sebelah mata je ....!!!     Buat penagih minuman ini.... samalah seperti  PEROKOK . Mereka tahu merokok itu bahaya ....peparu rosak namun pada mereka kenikmatan tak bertepi itu wajib dipenuhi...
Bukan ke kerja orang yang tak cerdik tu....!
                           Adakah anda perasan dengan minuman ini ? ?

Cuba lihat dekat-dekat......
Apa ke benda  ni? Dah takde lagi ke sumber yg baik, yg murni,   ? ?sumber utk membuat produk minuman mereka???? Tidakkah mereka peka dgn pengguna2 Islam yg sememangnya ramai telah terbiasa dgn minuman yg mereka bekalkan atas jenama YHS???

Oleh itu baca lebel ...jangan jenama ! !
Belek punya belek.....hah, patutlah. Minuman ni diperbuat di...... di negara yg dah memang tersohor bubuh melamine dalam susu!!
Apapun, saya sekedar berkongsi info dan diharap sesiapa yg teringin nak merasa minuman jenama YHS " Bean Soy Drink", lupakan sajalah niat anda tu. Tak berbaloi bahan yg haram jika memasuki dlm tubuh badan kita ni!! Harap dapat sebarkan info ini terutama sekali kepada anak-anak kita yg mungkin kurang arif tentang perkara ini.






Wednesday, July 10, 2013

Antibiotik Paling Kuat Bagus??


Demam Denggi ialah sejenis virus, jadi tiada Antibiotik  yang boleh membunuh virus denggi. Rawatan Homeopathy boleh merawat Denggi  ini  dengan menggunakan ubatan seperti Bryonia, Echinecea, Aconite dan banyak lagi mengikut simptom keluhan .Jika di hospital rawatan yang diberi meliputi perawatan  seperti mengawal hidrasi tubuh dan pemerhatian kadar platelet diperlukan. 


Kenapa tiada antibiotik digunakan untuk merawat denggi?
Ya, kerana denggi ialah sejenis virus. ….. Hai ! apa pulak perbezaan ni...
Sekiranya semua doktor memberikan Antibiotik kepada pesakit yang mempunyai sakit tekak dan selsema, dan semua pesakit mengambilnya, ini bermakna 80% daripada Antibiotik tadi yang tidak memberi apa-apa kesan kepada virus adalah satu pembaziran, sia-sia malah boleh mendatangkan bahaya kepada tubuh.



Siapa kata Antibiotik tidak ada kesan sampingan ? Ada.....Antibiotik mempunyai kesan sampingan kecil seperti loya, pening, muntah dan cirit birit sehingga ke yang teruk seperti kerosakan buah pinggang, usus dan hati, pekak dan sawan.

Steven Johnson Syndrome adalah satu kesan sampingan kepada beberapa jenis Antibiotik berasaskan sulfa.Kesan Antibiotik itu menyebabkan keadaan kulit seperti terbakar dan juga menyerang kawasan seperti mulut mata dan lidah. Kesan sampingan ini boleh membawa maut.


           Solusi Hompath/Homeopathy 
 Ambil Nitric Acid 30 di Klinik  Homeopathy  


Apabila Antibiotik diambil dan digunakan sewenang-wenangnya, maka Bakteria yang tidak terbunuh oleh Antibiotik akan menjalani mutasi. Ia menjadi kebal dan semakin kuat. Bakteria ini akan membiak dan tersebar di kalangan manusia yang dekat dan jauh.
 Penggunaan Antibiotik ini membunuh secara rambang-, Antibiotik tidak mengenal musuh. Ia seperti sebuah BOM NUKLEAR. Kawan atau lawan, semuanya musnah tanpa belas kesihan ini ternyata membawa padah kepada kesihatan. Selepas tiada lagi bakteria yang baik, maka bakteria yang jahat akan bermaharajalela.


Semakin kuat antibiotik digunakan semakin mahal Antibiotik tersebut.
Untuk orang  yang kaya mungkin tak kisah dengan kos Antibiotik yang meningkat sekarang. Tetapi untuk orang kampung atau yang susah memang memberi kesan Sebagai contoh untuk membayar kos , RM 60 untuk 7 biji Augmentin memang  agak memeningkan kepala.


Di hospital kos perbelanjaaan rawatan juga semakin meningkat. Ini kerana Antibiotik yang kuat tidak mungkin berharga murah. Syarikat farmaseutikal terpaksa membelanjakan jutaan wang untuk menghasilkan Antibiotik yang lebih kuat dan siapa yang harus membayar harga itu?
Apa Pendapat Doktor ?


waktu pendemik, Elakkan tempat yang sesak, jaga jarak untuk elakan tularan penyakit berjangkit di sebabkan oleh virus.




Sunday, June 23, 2013

Ramadan Yang Ku Nanti....Bertemu Kembali


Marhaban ya Marhaban...Bulan ke Rahmatan bulan ke Berkatan,Penantian setahun ......bertemu kembali..ye......
 Tidak lama lagi bulan Ramadan akan menjelang. Apakah persedian anda ?
Dalam mendidik anak-anak, semuanya harus dilakukan sejak dari usia kecil. Sama juga halnya dengan ibadah puasa di bulan Ramadhan ini. Untuk peringkat permulaan, anda bolehlah meminta dia berpuasa mengikut kemampuan diri masing-masing. Tidak perlu memaksa dia untuk berpuasa penuh sehari. Apa yang penting, anda sudah mengorak langkah permulaan untuk mendidiknya makan secara sihat ketika melaksanakan rukun Islam ketiga ini.
Biar apa pun pilihannya, ketahuilah bahawa makanan adalah sumber penting dalam membekalkan tenaga kepada si kecil yang baru belajar untuk menunaikan ibadah puasa. Bagi anak anda yang hanya mampu berpuasa setengah hari pun, anda tetap perlu meneliti makanan yang diambilnya agar dia tidak mudah berasa lapar di pertengahan hari.
Agar usaha si anak berjaya melunaskan tuntutan berpuasa ini, anda memainkan peranan penting dalam mengatur rutin pemakanannya. Pemilihan makanan yang seimbang dan sihat ketika bersahur mahupun saat berbuka puasa adalah antara yang perlu anda ambil peduli. Justeru, panduan berikut boleh anda aplikasikan dalam membantu dia menjalani ibadah puasa dengan sebaik mungkin.
 

Pesta Makan
Waktu Berbuka Puasa
Adakah anda perasaan menjelang berbuka puasa .Orang ramai akan berpusu-pusu kePasar Ramadan.Tidak cukup sebelah tangan membawa juadah balik. Pernah saya bertanya " Untuk berapa orang makan ?" .
" Oh!... Bukan untuk buka puasa je….yang ni   untuk buat sahur nanti ." Jawabnya selamba...
Jika diteliti pasar Ramadan akan mula beroperasi jam 3.00 petang.Jadi pukul berapa penjual akan mula memasak.?. Bolehlah buat kira-kira atau mathametik.!
Adakah masih berkhasiat?

 Makan Terlalu Banyak
Panduan ini sangat penting! Elakkan  makan banyak atau  makan dalam jumlah yang terlalu banyak hanya kerana mahu memastikan diri kekal kenyang untuk tempoh seharian berpuasa. Perbuatan sebegini tidak membawa apa-apa erti kerana ia sama sekali tidak dapat membantu anak anda kenyang dan terus bertenaga sepanjang hari.
Didik anak berbuka puasa dengan kurma, buah-buahan atau air terlebih dahulu mengikut sunnah Rasulullah SAW.kurangkan pengambilan makanan yang berminyak dan pedas

Kurma
Kurma sememangnya terkenal sebagai buah-buahan yang tinggi kandungan gula dan mudah ditukarkan menjadi tenaga segera. Jadi, ia sangat baik untuk diambil setiap hari agar mampu membekalkan tenaga mencukupi sepanjang hari. Malah amalan sunnah Rasulullah SAW turut menganjurkan kita untuk berbuka puasa dengan kurma terlebih dahulu sebelum menjamah makanan yang lainnya.
Selain daripada tenaga segera yang dihasilkan, kurma juga mengandungi pelbagai jenis vitamin seperti vitamin A, vitamin B, riboflavin, tiamin, zat besi dan serat yang ternyata baik dalam mengekalkan keperluan zat pemakanan sepanjang bulan puasa.



Makanan Seimbang
Kita mesti  melengkapkan pemakanan yang diambil  dengan pengambilan makanan bersumberkan buah-buahan dan sayur-sayuran  segar sewaktu makan sahur dan buka puasa.Ini bagi memastikan  ahli keluarga  mendapat khasiat  dan makanan berserat  daripada pengambilan buah berkenaan.
Tahukah anda bahawa pengambilan serat ketika berpuasa sangat penting kerana ia dapat melambatkan proses tubuh untuk berasa lapar. Malah, ia juga baik dalam melancarkan proses penghadaman. Serat larut yang terdapat dalam buah-buahan dan kekacang menggalakkan penyerapan zat daripada makanan ke dalam tubuh. Manakala, serat tidak larut di dalam bijirin dan sayur-sayuran pula memastikan salur pencernaan bebas daripada sebarang halangan. Serat jenis ini turut menyerap air yang dapat membantu anak anda cepat kenyang.

Minum air kosong
Kanak-kanak amat mudah mengalami dehidrasi berbanding golongan dewasa. Oleh kerana itulah, selain daripada memberinya makanan berkhasiat, anda perlu menggalakkan dia untuk minum lebih air kosong berbanding minuman-minuman yang lainnya. Pengambilan air kosong dalam jumlah yang mencukupi turut membantu dirinya menyingkirkan toksin yang terhasil di dalam tubuh.


Ketika Bersahur
Pastikan makanan yang diambil anak adalah seimbang . Jangan biarkan anak minum terlalu banyak air untuk  mengelakkan perutnya menjadi tidak selesa . Pastikan anak bersahur lewat agar dia tidak cepat rasa lapar dan letih.

 Alternatif
Kekadang kerana kesibukan waktu  atau telalu kepenatan atau terlewat terjaga untuk bersahur
Sediakan protin ringkas yang mudah. 









Atomy Triple -up 

Product ni adalah gabungan 3 jenis protein yang memastikan badan kita menyerap Protein dengan Lebih berkesan dan berpanjangan..

Protein sangat Penting kerana berfungsi untuk:

Membina dan memulihkan Sel-sel dan Tissue dalam badan kita & tumbesaran✅

Membina otot/muscles dan memulihkan kecederaan otot selepas bersenam✅ 

Menjadi sumber tenaga,menyimpan dan mengangkut nutrients ke seluruh badan,✅

Menghasilkan hormon & enzim untuk tubuh sihat & aktif serta gembira✅

Memastikan badan bertenaga & imun kuat💪..

Product ini sangat direkemen pada :

🩷Yang aktif bersukan,

🩷 Yang berumur 30 ke atas (kerana muscle makin mengecut),

🩷Kanak2 & Remaja yang sedang membesar (kuat,tinggi & sihat)

🩷Sesiapa yang kurang mengambil protein dalam diet hariannya.


Dalam 1 kotak terdapat (Ada 30 sachet)
boleh ambil 1-2 sachet sehari






Thursday, January 10, 2013

Tabiat yang Merbahayakan Diri

Tandas juga punya issue .Bagi kita rakyat asia,buang air besar cara bertinggung sudah dilatih sejak kecil,  normal dan bersahaja. Ini bukanlah satu posisi biasa bagi orang barat.Cerita asalnya di sini adalah untuk mengingatkan kita agar kembali kepada posisi asal kita secara tradisi.


                   
 Kalau yang biasa dikampung membesar dalam suasana hulu, buang air besar /berak bertinggung adalah perkara biasa. Bertinggung atas batang kelapa dan melepaskan bom masuk ke dalam sungai di pagi yang nyaman cukup mengasyikkan.Ada yang bertinggung di air cetek,namun kemajuan modern setiap rumah sudah ada tandas  curah .

 
 
Berak duduk membuatkan usus tercekik dan najis tidak dapat dilepaskan dengan lancar. Ini membuatkan banyak kesan kekotoran dan keracunan tertinggal dan di serap semula ke atas.
Mungkin kita perasan dengan angka mereka yang terkena kanser usus yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini di negara asia yang pada suatu masa dahulu adalah tersangat-sangat jarang berlaku. Kanser usus dulu-dulu hanya banyak berlaku dikalangan orang barat. Sebabnya mereka berak duduk dan kita berak bertinggung.


 
 
Bagi mereka dah terbiasa amalkan berak duduk sejak sekian lama, kembalilah ke pangkal jalan. Lihatlah perbezaan kesihatan anda selepas menukar posisi berak. Anda akan dapat rasakan tahap kesihatan yang jauh lebih baik .


                                     
 
Percaya ataupun tidak banyak dikalangan orang ketika menggunakan tandas , terpaksa naik dan mencangkung di atas tandas mangkuk untuk menghindari dari duduk di mangkuk tandas awam yang kadang kalanya untuk mengelak dari kekotoran.

                                     
 
Bagaimanapun tindakan ini akan mengakibatkan kita berada pada posisi yang sangat berbahaya.Mencangkung pada saat menggunakan tandas mangkuk duduk sangat dilarang, kerana bahannya terbuat dari seramik / porselein, tidak mampu untuk menampung berat seluruh badan pada satu masa.

 
kisah  ini adalah peristiwa yang benar-benar terjadi, dimana mangkuk tandas duduk terbelah dan pecah ketika seorang gadis duduk mencangkung saat menggunakannya.