Puan Hayati

Friday, March 19, 2010

BUAH ACAI ( Euterpe Oleracea)



Beri acai atau nama botaninya euterpe oleracea berwarna purple gelap didapati mengandungi antioksida yang tinggi - malah lebih tinggi dari anggur, bluberry, blackberry atau buah delima. Boleh dikatakan kandungan antioksida di dalam buah Acai berry adalah antara yang tertinggi di dunia.



ACAI BERRY

1). Kandungan Anti-Oksidan yang tinggi - Anthocyanin:
-Meningkatkan penghasilan insulin sebanyak 50% & menolong mencegah penyakit kencing manis.
-Mempertingkatkan kesan anti-oksida, melambatkan penuaan dan mengekalkan kecantikan luaran & kesihatan badan.
-Mempercekapkan pengedaran darah & merendahkan tekanan darah, justeru mencegah trombosis dan penyakit2 kardiovaskular (jantung).
-Anti Radang.
-Menjamin kesihatan mata.

2). Mengandungi Asid-asid Lemak Penting (Omega 3, 6 & 9):
-Meningkatkan paras HDL (lipoprotein ketumpatan tinggi) & mengurangkan kolestrol LDL yang tidak baik dalam darah untuk mencegah penyakit-penyakit kronik seperti penyakit kardiovaskular, artritis, strok, penyakit kencing manis, kolestrol tinggi, tekanan darah tinggi, depresi dan kanser juga.

3). Kandungan Serat yang tinggi membantu penghadaman dan mengelakkan sembelit.

4). Mengandungi pelbagai Vitamin (E, C, B1, B2, B3 & Mineral (Kobalt, Kromium, Kalsium, Besi etc):
-Vitamin B Kompleks: membantu proses metabolisme, menjaga kesihatan kulit & otot, meningkatkan fungsi sistem pertahanan badan dan sistem saraf.
-Vitamin C memperbaiki sel-sel kulit & merangsangkan sintesis kolagen, sejenis unsur protin gentian yang membentuk kulit, rawan, tulang & tisu perantaraan lain.
-Vitamin E ialah sejenis anti-oksida yang bermanfaat untuk melingdungi struktur membran daripada rosak, mencegah penyakit jantung & melambatkan penuaan.
-Kobalt membentuk sel-sel darah merah serta vitamin B; mencegah anemia.
-Kromium adalah penting dalam metabolisme gula, membantu mencegah penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi.
-Kalsium memberi kesan terhadap pembentukan tulang & gigi; mencegah penyakit osteoporosis.
-Zat Besi adalah penting dalam pengangkutan oksigen daripada paru-paru ke tisu serta meningkatkan sistem imuniti badan.

5). Mengandungi phytosteroid yang membantu mengurangkan kolestrol dalam badan.

Wednesday, January 14, 2009

Nilai Ukuran Mutu Barangan- Standard Piawai



Pasaran hari ini, begitu sesak dengan berpuluh-puluh syarikat menjual makanan tambahan. Keadaan ini terjadi kerana orang ramai sedar betapa kepentingan pemakanan untuk hidup sihat.Jika makanan yang dimakan kekurangan khasiat mengikut (“Standard American Diet” (SAD)) ,yang dijadikan ukuran ,di nasihatkan supaya mengambil makanan tambahan untuk mencukupi keperluan itu

Keadaan ini menjadikan syarikat pengeluaran mengambil kesempatan dalam mempromosikan bahan keluaran syarikat mereka. Semuanya mendakwa dirinya yang terbaik.Keadaan begini biasa terjadi, apabila sesuatu keluaran diberi sambutan hebat – sama ada kasut sukan, pakaian atau makanan tambahan – ada yang mengambil kesempatan pada popularity ini untuk membuat keuntungan cepat.Ada yang “mengeluarkan makanan tambahan yang bermutu rendah secara besar-besaran pada kos yang rendah, dan dipersembahkan kepada para pengguna yang jahil sebagai keluaran terbaik.

Sebagai pengguna berhati-hatilah dengan tawaran-tawaran sedemikian.Anda mungkin berjimat sedikit wang kerana membeli dengan harga murah tetapi kesihatan yang menjadi binasa. Ringkasnya, produk pemakanan telah menjadi peniagaan yang besar dan pengguna yang kurang arif menjadi sasaran mudah kepada pengaut keuntungan yang kejam.
Bagaimana untuk mengelakkan diri dari tertipu dalam kecelaruan dakwaan ini ? Keluaran barangan termurah bukan selalunya (atau biasanya ) belian terbaik, begitu juga dengan harga termahal.

Bagaimana untuk memilih pemakanan yang terbaik pada harga yang terbaik? Apa dasar anda untuk membuat keputusan yang bijak bestari? Jawapannya ,anda perlu tahu maklumat yang diberikan pada keluaran barangan berkenaan – bukan nama (yang biasa lebih merupakan gimik) tetapi kandungan dan kualiti sebenar yang tertera pada label (dan sebarang tulisan yang disertai). Inilah yang akan memberi maklumat yang anda perlu tahu dalam memilih sesuatu makanan tambahan dengan bijak .

Wednesday, April 23, 2008

Awasi Mentega Kacang Anda

Presiden CAP,S.M.Mohamed Idris menunjukkan sampel dalam sidang media di Pulau Pinang Mentega Kacang atau Peanut butter (dikenali juga sebagai peanut paste) Rasanya sangat sedap. Diperbuat daripada kacang tanah. Makanan ini terkenal di Canada,United States, Australia, United Kingdom,;South Africa, Papua New Guinea, New Zealand,Asia , Saudi Arabia.Bermakna seluruh dunia tahu dan kenal mentega kacang. Pembuatannya daripada Kacang yang telah dikeringkan dan di buang kulit arinya dan dihancurkan,sehingga memperolhei pasta yang halus dan rata.Bahan emulsifier ditambah untuk membuat lemak dan cairan berpadu sempurna. Baru-baru ini tersebar berita mentega kacang penyebab penyakit kanser hati.Isu ini berkait rapat dengan keselamatan pengguna dan perlu diambil tindakan serius kerana memberi penyakit sampingan kepada pengguna. Harga barang bertambah naik , Logiknya jika harga mahal,barang lebih berkualiti tetapi menjadi disebaliknya.Lebih merbahaya dan sangat merosakkan kesihatan.Oleh itu elakkan makanan yang ada tambahan bahan seperti emulsifier dan sejenisnya seperti ovellate, shortening ,MSG,pewarna dan lain-lain bahan kimia dalam pembuatan makanan atau membeli makanan yang mempunyai bahan tersebut.Tahan selera untuk sehat ,Cari makanan lebih berkhasiat.Don't eat for die. Petikan Akhbar ------------------------------------------------------------------------------------ Mentega Beracun Rosakkan Hati Mentega kacang makanan yang digemari rakyat negara ini, menjadikannya sebagai bahan penyedap roti setiap kali bersarapan pada awal pagi. Namun tahukah anda, di sebalik keenakan mentega itu, terdapat kandungan bahan kimia yang dikenali sebagai aflatoksin yang boleh menyebabkan kanser hati .Aflatoksin ialah sejenis mycotoxin atau sebatian kimia yang lazimnya dihasilkan oleh kulat ketika tumbuh segar di atas bahan organik seperti jagung, kacang atau biji kapas. Hasil penyelidikan selama dua tahun Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) terhadap kebanyakan produk mentega kacang dan produk kacang jenama popular di pasaran negara ini,pada tahun 2006 dan 2007 didapati dicemari aflatoksin melebihi paras selamat."Impaknya cukup tinggi kerana ia boleh menyebabkan kanser hati walaupun dimakan dalam kuantiti yang kecil. Aflatoksin mengakibatkan penyakit di seluruh tubuh, tetapi biasanya diketahui punca penyakit hati dan kanser hati," Di bawah Peraturan Makanan 1985, paras maksimum yang dibenarkan bagi aflatoksin ialah 15 bahagian per bilion (bpb) untuk kacang tanah mentah dan 5 bpb bagi produk makanan lain."Paras tertinggi bahan itu ditemui dalam sampel gula-gula kacang yang mengandungi 50 bpb aflatoksin. Sampel kacang mentah diuji pula didapati mengandungi 25-50 bpb hingga 5-10 bpb, perkara itu berlaku disebabkan bahagian pengawasan kualiti sesebuah syarikat pengeluar tidak cekap malah 13 daripada 20 sampel mentega kacang yang diuji CAP didapati melanggar paras aflatoksin yang dibenarkan.kata Khatijah Hashim Pengerusi Persatuan Pengguna Shah Alam dan Selangor (Cassa), Datuk Dr. Jacob George pula berpendapat label barangan harus mengandungi kriteria makanan yang jelas boleh dimakan.Setiap produk makanan harus dilabel sesuai dengan peringkat umur dan terdapat panduan jelas bahan kimia yang terkandung di dalamnya supaya ia tidak menjejaskan kesihatan seseorang kelak. _________________________________________________________ Petikan Kosmo 23 April 2008 Oleh Megat Lufti dan Ahree Ahmad