RAMAI orang bertanya, “adakah
vitamin atau makanan tambahan (supplement) berkesan?” atau “bila ianya
diperlukan?”. Lebih parah lagi, ada yang bertanya “adakah ia berbaloi untuk
dibeli?”
.Kenapa
?? ?
Semua persoalan itu mungkin dapat dijawab jika adanya kesedaran mengenai pentingnya penjagaan kesihatan tubuh badan dari awal.Apatah lagi, tabiat pemakanan kita yang terdedah dengan lemak, manisan dan bahan toksik beracun, menyebabkan pengambilan makanan tambahan sangat penting.
Semua persoalan itu mungkin dapat dijawab jika adanya kesedaran mengenai pentingnya penjagaan kesihatan tubuh badan dari awal.Apatah lagi, tabiat pemakanan kita yang terdedah dengan lemak, manisan dan bahan toksik beracun, menyebabkan pengambilan makanan tambahan sangat penting.
Jika di
Amerika Syarikat satu daripada tiga rakyatnya atau 100 juta masyarakat negara
berkenaan mengambil makanan tambahan setiap hari dan membelanjakan sekitar
AS$6.5 bilion (RM24.7 bilion) setahun untuk tujuan berkenaan, bagaimana pula di
negara kita?
Pakar Perunding Kesihatan, Zulkifli Ahamad
berkata, jumlahnya amatlah sedikit dan kesedaran masyarakat kita masih lagi
rapuh iaitu 50-50.
Tidak
dinafikan, memang ada golongan muda, sama ada bekerjaya ataupun masih
bersekolah, yang mengamalkan pengambilan makanan tambahan sebagai rutin
kehidupan seharian.
Sama ada
diambil dari rumah sebaik selepas bersarapan pagi atau sebelum masuk tidur. Ada
juga mengambilnya untuk membentuk otot dan lebih ramai sebagai tujuan
kecergasan tubuh badan,untuk membantu meningkatkan sistem imunisasi dan
mencergaskan diri
Hakikatnya,
kesesuaian sesuatu
produk bergantung kepada keperluan badan. Namun, kata Zulkifli,
pengambilan makanan tambahan daripada sumber semula jadi seperti
tumbuh-tumbuhan, lebah, hasil tenusu dan herba adalah digalakkan bagi
mengelakkan terjadinya kesan sampingan.
Bagaimanapun,
katanya, tidak
ada guna pengambilan makanan tambahan atau vitamin yang teratur, jika tidak
minum air secukupnya (lapan gelas sehari) atau terlebih kandungan kafein dan
gula di dalam badan..Faktor
berkenaan akan menyebabkan makanan tambahan yang diambil kurang memberi kesan
positif.
Apapun,
satu peringatan penting!
Apa juga makanan tambahan yang anda ambil, pastikan terpapar
lambang Kementerian Kesihatan Malaysia, bagi memastikan bahan itu teruji
dan selamat berada di dalam
tubuh badan.
Amalkan
dari zaman kanak-kanak
SARANAN
kerajaan mencegah lebih baik daripada mengubati seharusnya dipandang serius
oleh segenap masyarakat di negara ini betapa penjagaan kesihatan dari awal amat
penting berbanding merawat.
Zulkifli berkata, tidak
seperti masyarakat Jepun yang majoriti masyarakatnya mampu hidup sehingga 100
tahun kerana pengambilan makanan sihat dan juga makanan tambahan di usia muda,
masyarakat di negara ini kurang mempunyai kesedaran dalam aspek pemakanan yang
hakikatnya terdedah dengan bahan beracun atau toksik tanpa
disedari.
“Ramai
orang kita ingat, kehidupan mereka sudah cukup bagus, lebih-lebih lagi bila
tiada tanda-tanda sakit di usia muda.
“Mereka
juga lebih suka mengambil ubatan berasaskan kimia dan dadah, seperti yang mengandungi
parasitamol yang sekadar menghilangkan kesakitan buat seketika.
“Ramai juga tidak tahu bahawa
dalam satu hidangan nasi yang mengandungi ayam dan sayuran, sebenarnya terdedah
dengan bahan toksik.
“Sebab itulah, pengambilan makanan tambahan berasaskan sumber semula jadi yang diperkaya dengan vitamin di dalamnya akan membantu menyeimbangkan kesihatan badan, Benarkah ??” katanya kepada i-Kon.
Dia
berkata, ada kanak-kanak berusia empat hingga tujuh tahun yang mengalami
penyakit
kencing manis atau masalah obesiti dan kerana itu, pengambilan makanan
tambahan digalakkan selewat-lewatnya pada usia 18 tahun dan seawal usia
setahun.
“Ini
perlu kerana sekarang ini pada usia 24 tahun pun ada yang menghidapi serangan
jantung.
Jadi adalah lebih baik diamalkan pengambilan makanan tambahan dari kecil lagi,”
katanya.
INGAT!!!
Maklumkan kepada pakar kesihatan:
1. Jika
mempunyai alahan atau reaksi luar biasa terhadap sebarang ubat-ubatan, makanan
dan apa juga makanan tambahan atau bahan pewarna.
2. Jika
mengalami masalah pemakanan tertentu seperti kurang kandungan garam dan gula.
Kebanyakan bahan ubatan mengandungi bahan aktif dan cecair perubatan.
3. Jika
mengalami lebih daripada satu masalah kesihatan akibat pengambilan makanan
tambahan.
4. Jika
mengalami kesusahan mengingati sesuatu dan membaca label.
FAKTA: Siapa yang patut mengambil vitamin/makanan tambahan.
.• Dewasa
Golongan
dewasa jarang mengambil makanan seimbang
dalam pemakanan mereka. Malah pada lingkungan usia ini juga mereka akan kehilangan vitamin dan
mineral penting dalam badan.Bagi
individu yang kurang terdedah
dengan cahaya matahari, mereka selalunya kekurangan Vitamin D
.Vitamin B
penting kerana mereka ini sentiasa stress dan memerlukan Vitamin E yang terlalu tinggi untuk mengatasi
masaalah saraf,
Kandungan
dos Vitamin A berlebihan mungkin tidak merbahaya bagi golongan awal dewasa,
tetapi menjadi bahan toksik kepada golongan akhir dewasa..
• Perokok
Merokok
boleh menyebabkan kehilangan beberapa vitamin penting, terutama Vitamin C.
Berpandukan kajian, 25 peratus perokok wanita dan 31 peratus perokok lelaki
kekurangan Vitamin C.
Pengambilan
asid folik sebagai makanan tambahan sangat digalakkan, bagaimanapun pengambilan
dos vitamin antioksida yang terlalu banyak akan membawa bahaya.Daripada
mengambil makanan tambahan, kebanyakan perokok digalakkan mengambil buah-buahan
segar, sayuran dan bijiran dalam diet masing-masing..
• Peminum alkohol
Golongan
ini selalunya menghadapi masalah kekurangan kepelbagaian vitamin dalam badan.
Paling bahaya apabila kekurangan Vitamin B1 (thiamin), asid folik, Vitamin B6,
B2 dan Vitamin C..
• Pengamal diet dan
vegetarian
Individu
dalam program
pengurangan berat badan 1,000 kalori sehari, digalakkan mengambil multivitamin
dan membuat pemeriksaan pakar kesihatan secara kerap.
Manakala
bagi vegetarian, pengambilan makanan tambahan yang mengandungi roboflavin,
Vitamin B12 dan Vitamin D, sangat diperlukan.Mereka
yang tidak mengambil bahan tenusu atau telur dan juga daging, mempunyai
kebarangkalian mengalami kekurangan Vitamin A. Namun bagi yang mengambil
daging, telur dan hasil tenusu, tahap kandungan zat besi perlu diambil
berat..
• Wanita mengandung dan
menyusu
Vitamin B
sangat perlu bagi menambah kandungan vitamin sedia ada..
• Bayi dan kanak-kanak
Bayi yang
mengambil susu ibu sihat selalunya kerana memiliki vitamin secukupnya, kecuali
beberapa kejadian kurangnya Vitamin K dan D. Ini kerana susu badan ibu kurangan mengandungi Vitamin mungkin diet ibu atau pemakanan yang di ambil kurang berzat .
AMARAN!!!
Pengambilan Vitamin D secara berlebihan
meningkatkan kadar toksik berbahaya dalam badan. Oleh kerana itu, tiada siapa
digalakkan mengambil vitamin D dalam kehidupan seharian, melainkan atas nasihat
doktor atau pakar kesihatan..Lebih baik berjemur di bawah cahaya matahari di waktu pagi untuk peroleh zat VITAMIN D semila jadi
Perhatian
! Setiap usaha itu Tentu ada
Kebaikan
Kepada yang bermasaalah kulit ,gunakan kerim ini ,
suppliment ini memang memberi kesan yang cepat ,,,.Kepada yang malas makan
suppliment boleh guna krim "calit-calit tegang " ....klik
disini .Krim Ajaib ;Sesuai untuk suami yang lemah
juga .nampak kesan secepat lima minit sahaja
Walaubagaimana pun ikutilah nasihat terbaik. Memakan makanan yang natural atau semulajadi sangat di galakkan serta mengamalkan cara makan mengikut sunah Nabi SAW.
1.Makan buah dahulu sebelum ambil makanan lain
2. Lebihkan pengambilan sayuran berbanding daging
3.Makanan di kenal pasti halal dan suci (Thoiyyib )
4.Makan secara sederhana, berhenti sebelum kenyang
5.Gunakan tangan kanan dan duduk bila makan
6.Minum air selepas makan bukan di waktu makan
Allah menjadikan semua dibumi ini bagus untuk kita semua, kita sebagai manusia perlu mencari ilmu dan mengkaji, meneliti anugerah Allah ini.
Kesimpulanya, Waktu kita ada masaalah kesihatan , makanan tambahan di anjurkan untuk membantu perkuatkan sel badan meyembuhkan penyakit.
1.Makan buah dahulu sebelum ambil makanan lain
2. Lebihkan pengambilan sayuran berbanding daging
3.Makanan di kenal pasti halal dan suci (Thoiyyib )
4.Makan secara sederhana, berhenti sebelum kenyang
5.Gunakan tangan kanan dan duduk bila makan
6.Minum air selepas makan bukan di waktu makan
Allah menjadikan semua dibumi ini bagus untuk kita semua, kita sebagai manusia perlu mencari ilmu dan mengkaji, meneliti anugerah Allah ini.
Kesimpulanya, Waktu kita ada masaalah kesihatan , makanan tambahan di anjurkan untuk membantu perkuatkan sel badan meyembuhkan penyakit.
"MEMBENTAS PENYAKIT LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI"
______________________________________________
Sumber;
Berita Harian
Bermasaalah kulit , kurangkankan pengambilan Antibiotik
Boleh amalkan suppliment ini. Baca, Klik Disini