Puan Hayati

Saturday, October 19, 2019

Perlu Tahu Cara Pengurusan Jenazah


Baru-baru ini kami mengikuti Kelas Pengurusan Jenazah di Masjid  Ubudiah,,Kerling. Hulu Selangor bawah anjuran JAKIM

 Alhamdulillah, Allah beri ruang  pada  sahabat -sahabat yang hadzir kerana ILMU Ukhrawi yang sangat 'rare' untuk dipelajari oleh generasi  sekar.ang 

Kata Ustaz , kalau boleh , jangan buat cara  mudah , serah sahaja kepada orang yang pakar, anak-anak peluk tubuh menanti jenazah diuruskan diluar bilik mayat.

Memang diharuskan jenazah diuruskan oleh orang yang dilantik oleh Jabatan Agama untuk menguruskan jenazah keluarga kita. Tetapi lebih afhdal sekiranya ahli keluarga sendiri yang boleh memandikan, mengkapankan, menyembahyangkan dan mengkebumikan ahli keluarga terdekat kita terutamanya ibu bapa kita yang meninggal dunia.



Ustaz ada juga kongsikan tanda-tanda orang yang nak mati.
3 tanda orang yang nak mati (Allah redha)
1. Dahi memercikkan air.
2. Bergenang air mata di kelopak matanya.
3. Mengalir air jernih melalui lubang hidungnya.

3 tanda orang yang nak mati (Allah tak redha)
1. Terdengar bunyi berdengkur seperti lembu.
2. Berubah muka menjadi lebam/hitam.
3. Keluar buih dari mulut.

Bila mati dengan keredhaan Allah, soalan Mungkar dan  Nakir  akan dapat dijawab dengan tenang.
Malaikat akan berkata kepada simati
"Tidurlah kamu seperti tidur pengantin"
Maksudnya tidurnya tidak akan diganggu.


Kenapa anak, suami/isteri atau ahli keluarga terdekat lebih afhdal menguruskan jenazah ahli keluarga mereka yang telah meninggal dunia. Bukan apa, aurat si mati sama seperti semasa mereka masih hidup.  Jadi, adalah lebih elok diserahkan pengurusan kepada yang muhrim semasa hidupnya.

Lagipun, sekiranya si mati itu adalah ayah atau ibu kita, bukankah elok kita sebagai anak buat kali terakhir mencurahkan air mandian kepada mereka.

Inilah kali terakhir kita dapat menatap wajah mereka puas-puas. Inilah kali terakhir kita dapat mengusap pipi mereka puas-puas. Ini kali terakhir kita dapat menyikatkan rambut mereka.



No comments: