Puan Hayati
Showing posts with label Mengakhiri. Show all posts
Showing posts with label Mengakhiri. Show all posts

Saturday, October 19, 2019

Perlu Tahu Cara Pengurusan Jenazah


Baru-baru ini kami mengikuti Kelas Pengurusan Jenazah di Masjid  Ubudiah,,Kerling. Hulu Selangor bawah anjuran JAKIM

 Alhamdulillah, Allah beri ruang  pada  sahabat -sahabat yang hadzir kerana ILMU Ukhrawi yang sangat 'rare' untuk dipelajari oleh generasi  sekar.ang 

Kata Ustaz , kalau boleh , jangan buat cara  mudah , serah sahaja kepada orang yang pakar, anak-anak peluk tubuh menanti jenazah diuruskan diluar bilik mayat.

Memang diharuskan jenazah diuruskan oleh orang yang dilantik oleh Jabatan Agama untuk menguruskan jenazah keluarga kita. Tetapi lebih afhdal sekiranya ahli keluarga sendiri yang boleh memandikan, mengkapankan, menyembahyangkan dan mengkebumikan ahli keluarga terdekat kita terutamanya ibu bapa kita yang meninggal dunia.



Ustaz ada juga kongsikan tanda-tanda orang yang nak mati.
3 tanda orang yang nak mati (Allah redha)
1. Dahi memercikkan air.
2. Bergenang air mata di kelopak matanya.
3. Mengalir air jernih melalui lubang hidungnya.

3 tanda orang yang nak mati (Allah tak redha)
1. Terdengar bunyi berdengkur seperti lembu.
2. Berubah muka menjadi lebam/hitam.
3. Keluar buih dari mulut.

Bila mati dengan keredhaan Allah, soalan Mungkar dan  Nakir  akan dapat dijawab dengan tenang.
Malaikat akan berkata kepada simati
"Tidurlah kamu seperti tidur pengantin"
Maksudnya tidurnya tidak akan diganggu.


Kenapa anak, suami/isteri atau ahli keluarga terdekat lebih afhdal menguruskan jenazah ahli keluarga mereka yang telah meninggal dunia. Bukan apa, aurat si mati sama seperti semasa mereka masih hidup.  Jadi, adalah lebih elok diserahkan pengurusan kepada yang muhrim semasa hidupnya.

Lagipun, sekiranya si mati itu adalah ayah atau ibu kita, bukankah elok kita sebagai anak buat kali terakhir mencurahkan air mandian kepada mereka.

Inilah kali terakhir kita dapat menatap wajah mereka puas-puas. Inilah kali terakhir kita dapat mengusap pipi mereka puas-puas. Ini kali terakhir kita dapat menyikatkan rambut mereka.



Monday, August 28, 2017

Warna Warni Kejayaan dan Kekayaan.


Dalam hidup ini ada pelbagai jenis bentuk kerisauan yang sentiasa hadir dalam diri seseorang. Ini adalah lumrah  proses kehidupan setiap manusia yang tidak terlepas dari sebarang masalah. Antara kerisauan yang biasanya kita hadapi adalah mengenai masa hadapan kita. Apa yang kita akan lakukan pada masa hadapan ? Nak sambung belajar, Diploma, Degree, PhD ? Nak kerja apa dah habis belajar nanti? Bila agaknya boleh berjaya seperti orang lain? Itulah beberapa contoh persoalan yang sentiasa bermain dalam fikiran kita.


Tidak kurang juga yang masih berfikiran masa lalu. Masih mengenang masa lalu.Masa yang lepas yang sudah pun berlalu. Menyesal dengan masa lepas kerana menyalahkan diri kita sendiri. Kita akan rasa bersalah kenapa kita tidak belajar dengan bersungguh-sungguh masa zaman kanak-kanak dahulu. Jika kita rajin masa zaman remaja dulu sudah tentu dapat masuk ke Universiti, dapat aliran dan bidang yang menjanjikan kerjaya yang lebih baik seperti doktor, farmasi, jurutera dan lain-lain. Itu semua adalah perkara biasa yang mungkin bermain dalam fikiran kita.

Masa hadapan adalah perkara yang selalu menjadi kerisauan dalam diri kita. Kita sangat risau jika tidak dapat kerjaya yang baik di masa hadapan kerana kita sudah tentu mahu hidup dengan senang di masa hadapan. Bagi seorang pelajar, selepas belajar nanti siapa yang nak sara hidup kita jika bukan diri kita sendiri. Banyak perbelanjaan dan perkara yang perlu kita tanggung. Malah kita juga perlu membantu ibu bapa kita. Waktu kini zaman getir ramai lulusan PhD Pun tiada  dapat jaminan bagaimana nasib  di masa hadapan nanti.


Dalam perjalanan hidup ini terlalu banyak liku yang perlu ditempuhi. Adakalanya kita keliru untuk memilih jalan yang harus disusuri kerana ada waktunya terlalu banyak persimpangan jalan di hadapan. Kadang-kadang kita memilih jalan yang betul dan kita meneruskan lagi perjalanan hidup ini sehingga ke persimpangan yang seterusnya. Seringkali juga kita terpilih jalan yang salah sehingga kita terpaksa berpatah balik untuk mencari jalan yang betul. 


Begitulah hidup ini, kita memulakan sesuatu dan mengakhiri sesuatu. Memang masa itu tidak boleh diputar balik tetapi untuk memulakan sesuatu yang baru bukanlah mustahil. 
Jika anda gagal mencapai sesuatu, jangan terlalu bersedih kerana selagi ada waktu yang tinggal anda masih boleh mencuba. Jangan anggap semua hidup anda adalah milik takdir. 



Tahukah anda ?  
Duit merupakan medium ataupun “alat urusniaga” yang paling penting dalam kehidupan kita. Tanpa duit, hidup kita tidak meriah kerana walaupun duit bukan segala-galanya tetapi ironinya segala-galanya yang kita perlukan hari ini semuanya memerlukan duit.
Dengan duit, kita mampu memiliki segala-gala keperluan yang kita perlukan dan juga mempu membeli segala-gala yang kita impikan. Namun begitu, duit juga merupakan punca masalah besar dalam hidup anda jika anda tidak pandai merancang kerana ia bakal mendorong kepada “kesempitan duit”.

Sedarkah Anda?    "Kesempitan duit" merupakan penyakit yang sentiasa menyerang setiap orang tidak kira masa. Ia merupakan fobia yang menjadi barah kepada masalah kerungsingan manusia."Kesempitan duit" yang kronik mampu mendorong manusia bertindak diluar kawalan minda seperti merompak, meragut malahan membunuh orang lain yang tidak bersalah hanya kerana terdesak mahukan duit.

Gangguan Emosi  akan menjadi anda  seorang yang sentiasa kecewa, sedih dan gelisah dengan masalah kewangan anda,  menjadi kurang sabar serta pemarah.Inilah tekanan mental dan emosi yang bakal menghantui hidup anda selamanya.Semuanya masaalah ini harus di benteras .

Usah  duduk termenung menyesali kesilapan  selama ini kerana membuat perkara yang sia-sia , masih belum dapat untuk mengejar impian ! Buat Pilihan sekarang.. cari jalan terbaik untuk mengelakkan diri dari mengalami kesempitan duit dan mendapatkan wang yang mencukupi untuk saraan  hidup anda  ."Bangkitlah Segera ”. Sudah tiba masanya untuk anda melakukan transformasi diri. Tinggalkan zaman gelap yang penuh dengan kekecewaan, kegelisahan, kegagalan dan kesedihan.


Berhijrahlah kepada kehidupan yang lebih baik dan penuh dengan warna kejayaan dan kekayaan.Jangan fokus pada fikiran untuk mendapat harta dan duit itu susah, sebaliknya fokus bahawa anda yakin akan mengecapi status kewangan yang anda inginkan tak berapa lama lagi.

“ Bangkit Dari Kegagalan  Dengan Bantuan Sistem Smart money every week got income!”

“Dapatkan rahsia ‘Easy web’ dan anda akan mempunyai web anda sendiri – 15 minit selepas selesai –DIJAMIN!”

Sila tinggalkan email dan talipon anda di ruangan komen untuk di hubungi untuk mengetahui rahsia ini.


In life you will find two things… a way and an excuse. 

For what you want enough you will find a way, for what you don’t you will find an excuse…
Rewards await those who choose wisely, it is when you continue to fight when you know all hope is lost that miracles happen…
-Lisa Christiansen