Puan Hayati

Saturday, May 30, 2020

Betul Anda Yakin Kuasa Allah ?


 Sepanjang Waktu PKP ,Aktiviti lock down, ramai yang bosan kerana aktiviti terhad, pada yang berfikiran positif  banyak kebaikan disebalik  musibah ini.Allah mendidik kita untuk menghargai masa. Dulu nya sebuk ,kadang-kadang banyak waktu solat terlepas....  waktu maghrib bercampur stress emosi  masih terperangkap dalam traffic jam di jalan raya .

Kini kita di hadiahkan banyak masa untuk  bersama keluarga, dapat muhasabah diri, dapat betulkan ikatan family yang longgar akhibat sebuk bekerja dulu.......Ohhhh baru ku tahu nakal anak ku,  selama ini ku serahkan pada pengasuh atau tadika , kini bila 24 jam bersama baru ada keinsafan diri dan tau mengucapkan  sedikit rasa terima kasih pada orang lain yang selama ini  turut pening kepala dengan kerenah anak kita..

Bila hati terdidik , ada rasa keinsafan diri...bayangkan kita masih selesa di rumah  tapi bagaimana  para petugas barisan hadapan negara yang sedang berjuang sehabis daya mereka untuk menangani  COVID-19 yang meningkat setiap hari,  mereka yang merisikokan diri , berhadapan dengan ancaman wabak dalam keadaan perlindungan yang tidak mencukupi dan suasana mendesak. Sentiasalah kita bersyukur dan redo dengan ketentuan Allah , Sentiasa ucapkan Alhamdulillah. 

Perkabaran satu cerita yang menarik , yang di kongsikan untuk panduan dalam hidup ini. Waktu Mekah Lock Down,
Diantara pelajar Malaysia terkesan adalah Harith, yang belajar di di Universiti Ummul Qura. Mereka tak dapat keluar  dari  kota Mekah. Suasana lock down yang berlarutan panjang, sangat meresahkan  lalu
Dari bumi Mekah,Harith menghubungi si ibu,Nun jauh beribu batu,
Di hati ibu juga sama,mengingati nasib seorang  anak seorang  yang terdampar di bumi yang asing.

Pesan si ibu,Harith,......
"Bacalah 'La Hawla wa La Quwwata Illa Billah',
Baca lah jangan berhenti,Baca lah dengan penghayatan..."

Kalau ikut logik akal,Tiada harapan dapat keluar dari Mekah,
Apatakh lagi untuk Peluang  balik ke Malaysia.
 Nasihat dan  Pesanan ibu disemat ketat-ketat di hati ,
Harith  terus menerus ber zikir
Harith meyakini,Semua yang berlaku ini,Ada satu Kuasa yang mengurustadbirnya,Serahkan pada Dia semuanya,Seorang hamba sudah tiada daya upaya,Melainkan dengan izinNya.

Tampa diduga. Pengumuman di media massa keluar,meyatakan
Kerajaan Arab Saudi membenarkan perjalanan pulang bagi warganegara asing,Waktu tu,Talian Saudi Airlines memang terlalu sibuk,Tak dapat ditembusi pun,Macam goreng pisang panas,
Sebab semua orang nak keluar dari Mekah,Pulang ke kampung halaman.

Kuasa Allah ,Entah dari mana,Ada hamba Allah,Beritahu Harith,
Cuba akses ke website Saudi Airlines.Dalam debar,Harith cuba ke website tersebut.Dan,Percaturan Allah,Harith dapat membeli tiket kapalterbangnya dengan mudah sekali,
Subhanallah !

Bayangkan,Tiket yang ada,Adalah pada hari peperiksaan akhirnya,
Episod debar mendebarkan,Silih berganti,
Terus-terusan Harith berzikir,
La Hawla Wala Quwwata Illa Billah.

Naik je kapal terbang dari Jeddah,Kemudian transit di Dammam selama 1 jam,Dan,Ternyata,Luar biasa gerak kerja Allah,
Elok landing di Dammam,
Peperiksaan online baru bermula,
Dan Harith menduduki peperiksaan Di Airport Dammam itu,
Menjawab semua soalan berbahasa arab itu,Dalam masa transit 1 jam sahaja,Lambat jawab,Hilang akses internet,
Atau kesukaran nak naik pesawat kembali.

Allah sebaik-baik Penolong,Semua soalan siap dijawab dan dihantar,
Beberapa minit sebelum kapalterbang kembali berlepas.
 Dan,Keputusan peperiksaan itu,Harith mendapat 98/100 markah.
 Subhanallah !
 Allah sebaik-baik Penolong.


Sampai je di Malaysia,
Mereka disambut dengan layanan luar biasa oleh barisan Frontliner,
Luggage diangkat oleh Frontliner,Disantuni oleh para Frontliner dengan sebegitu baik,Kemudian menaiki bas,Disediakan makan dan minum,Diiring dengan motor dan kereta polis menuju ke hotel di Bukit Bintang untuk kuarantin selama 2 minggu,Betul-betul terasa seperti Menteri,Seperti VVIP,Delegasi luar negara.

Sampai di hotel,
Tak perlu beratur di kaunter untuk check-in,Tanpa perlu keluarkan duit atau kad kredit,Semua dihantar terus masuk ke bilik hotel,
Dengan keadaan sangat selesa.Makan dan minum untuk sahur dan berbuka semua di depan pintu,Asal buka pintu,Ada makanan.

Kata Harith,
Entah macamana lah keadaan syurga nanti,Kalau begini pun terasa sungguh indah sekali.Itulah gerak kerja Allah yang Maha Teliti,
Magiknya sampai penduduk di bumi pun tak dapat menjangka kehadirannya.

.Hidup ini sebenarnya magik,Magik di atas rahmat Allah,
Bilamana sandaran kita total kepada Allah,Allah akan uruskan semuanya sekonyong-konyongnya,Sampai kita rasa tak percaya.

Hidup logik,
Membuatkan kita merasa sedikit longgar kebergantungan kita padaNya,Kita merasai segala berlaku atas usaha kita.
 Allah boleh menjadikan yang tidak logik itu seperti magik,
Dan Allah juga boleh menjadikan logik itu seperti tidak logik,
Semuanya Allah yang memegang segala kekuasaan di langit dan di bumi.

Maka,Serahkan lah semua urusan kita pada Yang Maha Hebat UrusTadbirnya. " La Hawla Wala Quwwata Illa Billah."



 Pada yang mengeluh, stress....
Pening urus anak,
Pening urus pasangan,
Pening urus famili,
Pening urus bisnes,
Pening serba serbi,
Zikirlah,
لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ العَلِيِّ العَظِيْمِ

Ertinya: "Tiada daya dan upaya kecuali dengan kekuatan Allah yang maha tinggi lagi maha agung."

Sabda Rasulullah bermaksud,
"Maukah aku tunjukkan kepadamu salah satu bacaan yang menjadi simpanan kekayaan di dalam surga?
Maka sahabat menjawab,'Tentu wahai Rasulullah'.
Rasulullah menjelaskan,
'Bacalah La hawla wa la quwwata illa billah'"

(HR: Muslim)

Tuesday, October 22, 2019

Wajarkah mengambil makanan tambahan?


RAMAI orang bertanya, “adakah vitamin atau makanan tambahan (supplement) berkesan?” atau “bila ianya diperlukan?”. Lebih parah lagi, ada yang bertanya “adakah ia berbaloi untuk dibeli?

.Kenapa ?? ?
Semua persoalan itu mungkin dapat dijawab jika adanya kesedaran mengenai pentingnya penjagaan kesihatan tubuh badan dari awal.Apatah lagi, tabiat pemakanan kita yang terdedah dengan lemak, manisan dan bahan toksik beracun, menyebabkan pengambilan makanan tambahan sangat penting.

Jika di Amerika Syarikat satu daripada tiga rakyatnya atau 100 juta masyarakat negara berkenaan mengambil makanan tambahan setiap hari dan membelanjakan sekitar AS$6.5 bilion (RM24.7 bilion) setahun untuk tujuan berkenaan, bagaimana pula di negara kita?

Pakar Perunding Kesihatan, Zulkifli Ahamad berkata, jumlahnya amatlah sedikit dan kesedaran masyarakat kita masih lagi rapuh iaitu 50-50.

Tidak dinafikan, memang ada golongan muda, sama ada bekerjaya ataupun masih bersekolah, yang mengamalkan pengambilan makanan tambahan sebagai rutin kehidupan seharian.

Sama ada diambil dari rumah sebaik selepas bersarapan pagi atau sebelum masuk tidur. Ada juga mengambilnya untuk membentuk otot dan lebih ramai sebagai tujuan kecergasan tubuh badan,untuk membantu meningkatkan sistem imunisasi dan mencergaskan diri


Hakikatnya, kesesuaian sesuatu produk bergantung kepada keperluan badan. Namun, kata Zulkifli, pengambilan makanan tambahan daripada sumber semula jadi seperti tumbuh-tumbuhan, lebah, hasil tenusu dan herba adalah digalakkan bagi mengelakkan terjadinya kesan sampingan.

Bagaimanapun, katanya, tidak ada guna pengambilan makanan tambahan atau vitamin yang teratur, jika tidak minum air secukupnya (lapan gelas sehari) atau terlebih kandungan kafein dan gula di dalam badan..Faktor berkenaan akan menyebabkan makanan tambahan yang diambil kurang memberi kesan positif.

Apapun, satu peringatan penting! 
Apa juga makanan tambahan yang anda ambil, pastikan terpapar lambang Kementerian Kesihatan Malaysia, bagi memastikan bahan itu teruji dan  selamat berada di dalam tubuh badan.

Amalkan dari zaman kanak-kanak
SARANAN kerajaan mencegah lebih baik daripada mengubati seharusnya dipandang serius oleh segenap masyarakat di negara ini betapa penjagaan kesihatan dari awal amat penting berbanding merawat.


Zulkifli berkata, tidak seperti masyarakat Jepun yang majoriti masyarakatnya mampu hidup sehingga 100 tahun kerana pengambilan makanan sihat dan juga makanan tambahan di usia muda, masyarakat di negara ini kurang mempunyai kesedaran dalam aspek pemakanan yang hakikatnya terdedah dengan bahan beracun atau toksik tanpa disedari.
“Ramai orang kita ingat, kehidupan mereka sudah cukup bagus, lebih-lebih lagi bila tiada tanda-tanda sakit di usia muda.

“Mereka juga lebih suka mengambil ubatan berasaskan kimia dan dadah,  seperti yang mengandungi parasitamol yang sekadar menghilangkan kesakitan buat seketika.

“Ramai juga tidak tahu bahawa dalam satu hidangan nasi yang mengandungi ayam dan sayuran, sebenarnya terdedah dengan bahan toksik.

“Sebab itulah, pengambilan makanan tambahan berasaskan sumber semula jadi yang diperkaya dengan vitamin di dalamnya akan membantu menyeimbangkan kesihatan badan
, Benarkah ??” katanya kepada i-Kon.

Dia berkata, ada kanak-kanak berusia empat hingga tujuh tahun yang mengalami penyakit kencing manis atau masalah obesiti dan kerana itu, pengambilan makanan tambahan digalakkan selewat-lewatnya pada usia 18 tahun dan seawal usia setahun.

“Ini perlu kerana sekarang ini pada usia 24 tahun pun ada yang menghidapi serangan jantung. Jadi adalah lebih baik diamalkan pengambilan makanan tambahan dari kecil lagi,” katanya.


INGAT!!! Maklumkan kepada pakar kesihatan:

1. Jika mempunyai alahan atau reaksi luar biasa terhadap sebarang ubat-ubatan, makanan dan apa juga makanan tambahan atau bahan pewarna.
2. Jika mengalami masalah pemakanan tertentu seperti kurang kandungan garam dan gula. Kebanyakan bahan ubatan mengandungi bahan aktif dan cecair perubatan.
3. Jika mengalami lebih daripada satu masalah kesihatan akibat pengambilan makanan tambahan.
4. Jika mengalami kesusahan mengingati sesuatu dan membaca label.


FAKTA: Siapa yang patut mengambil vitamin/makanan tambahan.
.•  Dewasa
Golongan dewasa jarang mengambil makanan seimbang dalam pemakanan mereka. Malah pada lingkungan usia ini juga mereka akan kehilangan vitamin dan mineral penting dalam badan.Bagi individu yang kurang terdedah dengan cahaya matahari, mereka selalunya kekurangan Vitamin D .Vitamin B penting kerana mereka ini sentiasa stress dan memerlukan   Vitamin E yang terlalu tinggi untuk mengatasi masaalah saraf,

Kandungan dos Vitamin A berlebihan mungkin tidak merbahaya bagi golongan awal dewasa, tetapi menjadi bahan toksik kepada golongan akhir dewasa..

  Perokok
Merokok boleh menyebabkan kehilangan beberapa vitamin penting, terutama Vitamin C. Berpandukan kajian, 25 peratus perokok wanita dan 31 peratus perokok lelaki kekurangan Vitamin C.

Pengambilan asid folik sebagai makanan tambahan sangat digalakkan, bagaimanapun pengambilan dos vitamin antioksida yang terlalu banyak akan membawa bahaya.Daripada mengambil makanan tambahan, kebanyakan perokok digalakkan mengambil buah-buahan segar, sayuran dan bijiran dalam diet masing-masing..

  Peminum alkohol
Golongan ini selalunya menghadapi masalah kekurangan kepelbagaian vitamin dalam badan. Paling bahaya apabila kekurangan Vitamin B1 (thiamin), asid folik, Vitamin B6, B2 dan Vitamin C..

  Pengamal diet dan vegetarian
Individu dalam program pengurangan berat badan 1,000 kalori sehari, digalakkan mengambil multivitamin dan membuat pemeriksaan pakar kesihatan secara kerap.

Manakala bagi vegetarian, pengambilan makanan tambahan yang mengandungi roboflavin, Vitamin B12 dan Vitamin D, sangat diperlukan.Mereka yang tidak mengambil bahan tenusu atau telur dan juga daging, mempunyai kebarangkalian mengalami kekurangan Vitamin A. Namun bagi yang mengambil daging, telur dan hasil tenusu, tahap kandungan zat besi perlu diambil berat..

  Wanita mengandung dan menyusu
Vitamin B sangat perlu bagi menambah kandungan vitamin sedia ada..

  Bayi dan kanak-kanak
Bayi yang mengambil susu ibu sihat selalunya kerana memiliki vitamin secukupnya, kecuali beberapa kejadian kurangnya Vitamin K dan D. Ini kerana susu badan  ibu kurangan mengandungi Vitamin mungkin diet ibu atau pemakanan yang di ambil kurang berzat .

AMARAN!!!
Pengambilan Vitamin D secara berlebihan meningkatkan kadar toksik berbahaya dalam badan. Oleh kerana itu, tiada siapa digalakkan mengambil vitamin D dalam kehidupan seharian, melainkan atas nasihat doktor atau pakar kesihatan..Lebih baik berjemur di bawah cahaya matahari di waktu pagi untuk peroleh zat  VITAMIN D semila jadi




Perhatian ! Setiap usaha itu  Tentu ada Kebaikan 
Kepada yang bermasaalah kulit ,gunakan  kerim ini , suppliment ini memang memberi kesan yang cepat ,,,.Kepada yang malas makan suppliment  boleh guna krim "calit-calit tegang " ....klik disini .Krim Ajaib ;Sesuai untuk suami yang lemah juga .nampak kesan secepat lima minit sahaja

Walaubagaimana pun ikutilah nasihat terbaik. Memakan makanan yang natural atau semulajadi sangat di galakkan    serta mengamalkan  cara makan mengikut sunah Nabi SAW.

1.Makan buah dahulu  sebelum ambil makanan lain
2. Lebihkan pengambilan sayuran berbanding daging
3.Makanan di kenal  pasti  halal dan suci (Thoiyyib )
4.Makan secara sederhana, berhenti sebelum kenyang
5.Gunakan tangan kanan dan duduk bila makan
6.Minum air selepas makan bukan di waktu makan



Allah menjadikan semua dibumi ini bagus untuk kita  semua, kita sebagai manusia perlu mencari ilmu dan mengkaji, meneliti anugerah Allah ini.




Kesimpulanya, Waktu kita ada masaalah kesihatan , makanan tambahan  di anjurkan untuk membantu perkuatkan sel badan meyembuhkan penyakit.

"MEMBENTAS PENYAKIT LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI"

______________________________________________
Sumber; Berita Harian

Bermasaalah kulit , kurangkankan pengambilan Antibiotik  
Boleh amalkan suppliment ini.  Baca, Klik Disini

Saturday, October 19, 2019

Perlu Tahu Cara Pengurusan Jenazah


Baru-baru ini kami mengikuti Kelas Pengurusan Jenazah di Masjid  Ubudiah,,Kerling. Hulu Selangor bawah anjuran JAKIM

 Alhamdulillah, Allah beri ruang  pada  sahabat -sahabat yang hadzir kerana ILMU Ukhrawi yang sangat 'rare' untuk dipelajari oleh generasi  sekar.ang 

Kata Ustaz , kalau boleh , jangan buat cara  mudah , serah sahaja kepada orang yang pakar, anak-anak peluk tubuh menanti jenazah diuruskan diluar bilik mayat.

Memang diharuskan jenazah diuruskan oleh orang yang dilantik oleh Jabatan Agama untuk menguruskan jenazah keluarga kita. Tetapi lebih afhdal sekiranya ahli keluarga sendiri yang boleh memandikan, mengkapankan, menyembahyangkan dan mengkebumikan ahli keluarga terdekat kita terutamanya ibu bapa kita yang meninggal dunia.



Ustaz ada juga kongsikan tanda-tanda orang yang nak mati.
3 tanda orang yang nak mati (Allah redha)
1. Dahi memercikkan air.
2. Bergenang air mata di kelopak matanya.
3. Mengalir air jernih melalui lubang hidungnya.

3 tanda orang yang nak mati (Allah tak redha)
1. Terdengar bunyi berdengkur seperti lembu.
2. Berubah muka menjadi lebam/hitam.
3. Keluar buih dari mulut.

Bila mati dengan keredhaan Allah, soalan Mungkar dan  Nakir  akan dapat dijawab dengan tenang.
Malaikat akan berkata kepada simati
"Tidurlah kamu seperti tidur pengantin"
Maksudnya tidurnya tidak akan diganggu.


Kenapa anak, suami/isteri atau ahli keluarga terdekat lebih afhdal menguruskan jenazah ahli keluarga mereka yang telah meninggal dunia. Bukan apa, aurat si mati sama seperti semasa mereka masih hidup.  Jadi, adalah lebih elok diserahkan pengurusan kepada yang muhrim semasa hidupnya.

Lagipun, sekiranya si mati itu adalah ayah atau ibu kita, bukankah elok kita sebagai anak buat kali terakhir mencurahkan air mandian kepada mereka.

Inilah kali terakhir kita dapat menatap wajah mereka puas-puas. Inilah kali terakhir kita dapat mengusap pipi mereka puas-puas. Ini kali terakhir kita dapat menyikatkan rambut mereka.